Dikatakan spesis ini tidak terdapat di mana-mana lagi di dunia ini. Tapi ada juga yang kata ada di Brazil. Entahlah ... Spesies ini hidup di kawasan pokok berembang sebagai sumber makanannya yang banyak terdapat di kawasan tepi sungai itu. Apa yang unik pada spesis ini adalah kerlipan cahaya yang dikeluarkan dari ekornya.Kata pengayuh sampan tu, kerlipan cahaya yang dikeluarkan oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kerlipan sesaat. Dalam ribuan Kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian Kelip-kelip betina. Jangka hayat Kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan. Best juga berpeluang main-main dengan kelip-kelip tu bila pengayuh sampai berhenti dekat pokok berembang. Sempat curik seekor dua masuk dalam bag !!!
Masalahnya nak ambik gambar bersama kelip-kelip tu. Kalau pakai flash, terang sangat jadi tak nampak kerlipan cahayanya. Kalau tak pakai flash, nampak macam langit dengan beberapa bintik-bintik ’bintang’. Mungkin lain kalau pakai kamera mahal. Macamanapun pergilah sendiri untuk mengalamainya ... ha ! ha ! ha !