Majlis Khatam Al-Quran, Berterawih Dan Berbuka Puasa Di JPJ WP

Pada 7 September 2009 bertempat di Dewan Merpati, JPJ Wilayah Persekutuan aku berkesempatan meneghadiri Majlis Khatam Al-Quran, Berterawih Berjemaah Dan berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim anjuran bersama Badan Kebajikan JPJ Wilayah Persekutuan, Kelab JPJ Malaysia Putrajaya dan Biro Kebajikan & Sosial Puspanita Cawangan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Tapi aku hadir lewat sikit dan sempat join Majlis Tadarrus bersama Dato KP JPJ bermula sebaik solat asar.

Selain daripada itu majlis yang bermula sejak tengahari, telah disikan dengan pelbagai aktiviti seperti Tazkirah, Tahlil, Solat Asar, Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah dan jamuan Morey. Solat diimamkan oleh Imam jemputan iaitu Ustaz Mohd Zain bin Junoh.

Turut hadir bersama ialah anak-anak Yatim dari Rumah Anak Yatim Shifa, Rumah Anak Yatim Baitul Ummah dan anak-anak yatim warga JPJ. Ketua Pengarah JPJ telah menyampaikan sijil, cenderahati kepada peserta tadarrus serta sumbangan menerusi wakil rumah anak yatim berkenaan , sebelum waktu berbuka.

Tadarus Bersama Dato' KP yang dilakukan sebenarnya adalah pembahagian juzuk mengikut peserta untuk ditamatkan bacaannya pada petang itu. Namun sebelum itu, kumpulan tadarus kakitangan JPJ WP telah mengadakan majlis khatam. tadarus. Tadarrus mereka merupakan program harian yang dilakukan mulai 7,45 hingga 8.30 pagi.

Juadah berbuka puasa merupakan sumbangan sama ada Cawangan JPJ sekitar Wilayah Persekutuan atau badan kebajikan mereka.