Jadi AJK PIBG SMKSU ...

Minggu lepas, 24 Mac aku menghadiri AGM PIBG SMK Saujana Utama. Kalau last year hadir ke AGM PIBG SK Saujana Utama, terasa masih muda .. tapi kali ini terasa benor macam dah tua … apatah lagi yang sedang menutut di SMKSU ini adalah anak bongsu. Ah, tak semena-mena terlantik jadi AJK SMK Saujana Utama dalam Mesyuarat Agung Kali Ke-3 yang diadakan pada 24 Mac yang lalu. Itupun nasib baik menolak pencalonan sebagai YDP, giler betul …aku jadi YDP ?? mati akal apa ….

Cabarannya ialah apa yang harus aku lakukan, apa peranan yang perlu dimainkan. Apakah kerana menyedari akan terlucutnya jawatan sebagai Pengerusi Surau Al-Hidayah ( PS ) pada akhir Jun nanti, ini merupakan saluran baru untuk terus ‘berbakti’ … atau inikah peluang untuk mendekatkan kerjasama aktiviti antara Surau Al-Hidayah dengan SMK Saujana Utama, khususnya menghidupkan Kelab Remaja Al-Hidayah, dalam baki sisa sebagai PS …

Hidup ini memang memenatkan ...

Lama dah tak update blog ni, nampak sibuk sikit. Ustaz Mohd Nizam dalam kuliah bulanannya di Surau Al-Hidayah pada 4 Mac lalu ada menyebutkan bahawa hidup ini memang meletihkan. Memang terasa meletihkan dengan kerja-kerja ofis yang tak sudah sudah. Malahan kekadang tu my weekend lebih meletihkan. 3 Mac lalu attend Parent Teacher Day anak yang sedang menuntut di Kolej Taylor Subang Jaya. Ah, prestasinya masih kurang memberangsangkan. Bimbang juga kekalau tak layak untuk masuk mana-mana Universiti di Kanada this year atas tajaan JPA. Lepas tu gi shoping kat Mydin ( yang terbesar katanya ) di USJ, then pegi buat pemeriksaan kesihatan percuma di Gleneagle Intan Subang Jaya. Klinik itu menawarkan kononnya khidmat doktor peribadi kepada kita dengan menjalankan pemeriksaan komprehensif setahun sekali tetapi dengan bayaran yang boleh tahan ’lumayan’ ( tak termasuk ubat, tapi boleh bayar ansur ). Petang baru sampai rumah. Malam lepas isyak, tahlil arwah di rumah Mohd Jaafar. Malam tu Liverpool tewas dengan MU dengan gol last minute, ah, cukup memilukan ...

Ahad keesokannya mengikuti program Bicara Keluargaku Gemilang bersama pasangan suami isteri Ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Siti Norbaiyah. Orang ramai memenuhi ruang solat Surau Al-Hidayah, khususnya kaum hawa. Lepas zuhur hantar anak balik asrama dan malam lepas isyak ada demo dan meeting berkenaan pembelian alat memandikan dan menguruskan jenazah untuk Badan Khairat Kematian Saujana Utama. Sebaik meeting, terima call daripada YM Raja Shuran yang isterinya sedang nazak .... Sesampai dirumahnya, beliau sedang mendakap isterinya yang katanya baru menghembuskan nafas terakhir di atas kerusi malas ... Dalam kesibukan membantu pengurusan jenazah isteri beliau, balik rumah jam 3.00 pagi rupanya. Semoga hidupku diberkati Allah dan kepenatan ini berbaloi di akhirat nanti ...