Bersama Tn Kadhi Kuala Selangor - 26 Mei 2007

Bukan nak menikah lagi, tapi Sabtu 26 Mei jam 3.15 petang, Tn Kadhi Kuala Selangor Ustaz Idris bin Ramli singgah sebentar di Surau Al-Hidayah selepas majlis akad nikah di salah sebuah rumah di Cemara 7. Turut hadir selainku ialah Sdra Rosli Mohd Hussain ( Naib Pengerusi ), Sdra Fakaruddin ( Ketua Teknikal Pembinaan KIDaS ), Tn Hj Omar ( 'Siak' Al-Hidayah ) dan Us Dr Mohd Zaki ( ahli qaryah serta house-mate Tn Kadhi semasa ngaji di Mesir ). Perbincangan berlangsung kira-kira 45 minit dan Tn Kadhi kemudian ke Puncak Alam untuk majlis akad nikah di sana. Antara yang di sentuh & dibincangkan :-

a. Perbincangan strategi mendapatkan tanah tambahan di tapak Dewan MDKS. Pelan tapak yang dipohon diberikan semula untuk pihak JAIS Kuala Selangor ajukan kepada JAIS Shah Alam. Justifikasi keperluan dimaklumkan walaupun terdapat perancangan pembinaan SRA.

b. Tentang ada ura-ura ada tapak tanah sekolah agama bersekali dengan masjid di Saujana Utama. Pihak penduduk ( AJK KIDaS kot ? ) akan dimaklumkan apabila orang JAIS turun melawat tapak nanti. Berita ini mengejutkan semua wakil Surau Al-Hidayah yang hadir .... kita tunggu dan lihat sahajalah.

c. Permohonan mendirikan tambahan bangunan bagi maksud untuk digunakan oleh KIDaS akan dimajukan kepada MDKS tanpa 'sign' JAIS Kuala Selangor sebab Surau Al-Hidayah sendiri yang hendak membangunkannya. Nasihat beliau supaya mengikuti peraturan serta keperluan peruntukan undang-undang.

d. Memaklumkan bahawa AJK Surau Al-Hidayah adalah seperti yang dicadangkan dan dianggap kekal AJK sedia ada. YB Dato' Amiruddin telah 'sign' merestuinya, cuma tinggal menunggu watikah daripada MAIS. Nasihat beliau, jangan risau dan 'pandai-pandailah'. Sekurang-kurangnya perkara ini meredakan teka-teki sebelum ini.

Selamat Hari Guru ....

Akhirnya ku temui gambar guru-guruku semasa di SM Sains Kluang Johor 1980. Yang pakai kot tu HM - Abdul Rashid Hamzah ( ade le sekali dua kena 'piat' telinga ). Di kanannya, Penolong HM Cikgu Osman nayan yang pernah ku 'tipu' menggunakan surat rakanku untuk membolehkan aku dapat kebenaran balik kampong. Di kirinya Cikgu BM Basar Bani ( baru meninggal last year ), next Cikgu Abdul Rahman - Ketua Warden dan jurulatih hoki ku. Kanan sekali juga jurulatih hoki, then masuk Islam, lupa lak nama. Tapi kecoh citer satu sekolah hal bila dia nak 'sunat'. Cikgu Seni Perushaan, no 4 dari kanan Cikgu Heng Peng Nam yang selalu berteriak di bengkel industrial art yang bising 'bangar'.

Yang lain, baris belakang 4 dari kanan Cikgu Azman yang juga jadi 'pak sedara' kemudiaanya tapi meninggal last year. Seorang warden asrama dan cikgu muzik, tapi akhir hidupnya merupakan orang kuat 'jemaah' dan pakar motivasi. Kalau jumpa selalu mencabar 'dulu masa sekolah bukan main lantang, sekarang apa 'anta 'dah buat untuk ummah ? Jika singgah di rumahnya, anak-anak dapat 'ceramah motivasi' percuma.

Sebelah Cikgu Azman ( 5 dari kanan ) Cikgu Hoo ngajar add math. Pernah ketika aku tersenggok-senggok semasa beliau mengajar, dibalingnya kapur lalu terlekat di celahan spek dan mata. Baris tengah, yang ke-6 cikgu muzik asyik pakai seksi, kalau ngajar tu resah gelisah kami dibuatnya. Di sebelahnya Cikgu Hussin Onn guru sukan dan sprinter, kalau ngajar tu half of the class asyik citer tentang sukan dan pegalamannnya bertanding berlari 100m bagi meningkatkan motivasi.

Yang lain ... ah sukar nak ingatkan balik. Ini pula gambar sekelas Tingkatan 5 tahun 1980 bersama sebahagian guru yang mengajar kelasku. Ini cuma yang mengajar di sekolah menengah, yang di sekolah rendah lagi. Selamat Hari Guru, jasamu tetap ku kenang. Terima kasih Cikgu.












Tekan, mana aku ? Cute kan ?

The miracle didn't come again ....


Tak tengok semua, tapi sempat lihat fews minutes before end of the game. Frust juga. Daripada tayangan semula gol-gol, tampak macam gol mudah bagi AC Milan. First gol tu macam kena tangan pemain AC Milan sebelum deflected then masuk goal. 2nd goal tu memang cantik dan bersahaja. Namun keajaiban sekali lagi yang diharapkan berkecai juga apabila pengadil menamatkan permainan 1 minit sebelum sepatutnya. Pengadil nak cepat habiskan game kot, malas nak bertugas sampai extra time or tendangan penalti. Whatever, itu cuma alasan. No luck this year ... the miracle didn't come again selepas Barca dan The Blues tumbang. Probably next year. The Reds still on top of the world, The Blues dan Red Devils cuma jaguh kampongan. Itupun apabila berlawan sesama mereka, mesti ada pergaduhan ... kamponglah katakan. Anyway, Banitez kena beli Drogba atau seumpamanya, duit ada kan ? Tak pun Crespo ke, Robbie Keane ke ... Owen ? Owen mungkin dah tak seswai.

Pengantin Anak Bekas Pengetua SMKSU

Last week, 20 Mei pergi menghadiri majlis perkahwinan anak kepada Pn Kamaliah Endut, Pengetua SM Sains Kuala Selangor yang dilangsungkan di Dewan SM Sains Kuala Selangor. Since dapat 'dua' personalised surat jemputan, kena pegi juga. Ini merupakan majlis yang pertama bagi Pn Kamaliah yang juga bekas Pengetua pertama SMK Saujana Utama. Kedua-dua pasangan merupakan doktor perubatan. Yang menariknya buat di Dewan Sekolah dan 'ju kaka' bebudak SM Sains Kuala Selangor. Yealah, warga pendidik jiwa pendidik, buat pun di sekolah.

Bersama Akhil Hayy Lagi ...

Alhamdulillah, Surau Al-Hidayah berjaya menganjurkan Karnival Jom Ke Surau pada 6 Mei 2007. Ku kira sambutan daripada masyarakat pada hari tersebut sungguh memberangsangkan. Insya'allah kalau ada kesempatan boleh buat lagi. Surau bukan sekadar tempat solat berjemaah. tapi juga pusat pelbagai aktiviti yang mempereratkan silaturahim di kalangan pengunjung or ahli qaryah. Ada pameran, game, pertandingan , ceramah dan jualan. Alhamdulillah, pada malam kemuncak acara, dapat bersama Ustaz Akhil Hayy lagi ... Berita dan gambar-gambar kemeriahan boleh dilihat di laman http://alhidayah.saujanautama.com. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.