Ke MAHA 2008

MAHA 2006 yang kedengaran lebih kepada masalah logistik. Kini MAHA 2008 kembali. Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism Exhibition 2008 atau MAHA 2008 sedang berlangsung di Serdang Selangor. Pameran ini dianggap bukan sahaja yang terbesar di Malaysia, tetapi mungkin di Asia Tenggara. MAHA2008 telah diiktiraf oleh The Malaysian Book of Records sebagai pameran terbesar di Malaysia. Diadakan bermula dari 13 Ogos hingga 23 Ogos, boleh dianggap acara ‘must attend’. Lagipun diadakan semasa cuti sekolah berlangsung. Pelbagai pameran, pertunjukan, produk dan inovasi yang berkonsepkan ‘Pertanian Adalah Perniagaan’ diadakan. Aku sempat ke sana, tetapi memandangkan keluasan kawasan, tak dapat nak diselesaikan dari jam 9.30pagi hingga 4 petang. Mungkin 2 atau 3 hari diperlukan. Pelbagai perkara menarik di sana. Panjang umur jumpa lagi MAHA 2010.

Surau Jumaat Al-Hidayah ??

Pada 13 Ogos 2008, aku menghadiri Mesyuarat Tapak Kali Ke-5 Pembinaan Masjid Saujana Utama. Dalam sesi ‘round the table’, Tuan Kadhi Kuala Selangor, Ustaz Zainal Abidin Sulaiman mengucapkan tahniah kepada Surau Al-Hidayah kerana dalam mesyuarat Jawatankuasa Kariah yang lalu, permohonan Surau Al-Hidayah untuk mendapatkan kebenaran Solat Jumaat telah diluluskan dan surat akan menyusul, probably Ramadhan nanti boleh start. So kena carilah mimbar, ujar beliau lagi. Aku agak tergamam menerima berita ini, nak kata ‘terima kasih’ or ‘Alhamdulillah’, macam tak terdaya or dibuat-buat pulak.

Sebelum ‘berpisah' dengan Ustaz selepas meeting, Ustaz turut berbisik, ‘Surau-surau di Saujana sekarang nie naiktaraf jadi masjid je’. Aku rasa ini merujuk kepada pesanan ustaz semasa dialog dengan MGS Saujana Utama dulu, sebab Masjid Saujana Utama yang bakal dibina hanya mampu menampung 1,300 jemaah sahaja. Then aku sms ‘berita gembira’ ini kepada AJK Surau Al-Hidayah, berbagai reaksi diterima. “Alhamdulillah”, “Bila start”, “Lusa boleh start ke ?”, “Tahniah” dan yang terharunya, ”Maka bertambah beban tugas dan amanah harus dipikul bersama”. Ada juga yang melawak, “kena adakan kursus khatib dan bilal, takut nanti baca doa makan” dan yang paling ganaz, “Surau Jumaat An-Nur tutup ke ?”.


Memang, berikutan dengan kesesakan yang berlaku di Surau Jumaat An-Nur yang berhampiran serta pembinaan Masjid Saujana Utama yang masih tidak menentu kedudukannya ketika itu, pelbagai pihak telah mencadangkan agar solat Jumaat didirikan di Surau Al-Hidayah. Aku yang pada mulanya tidak mengambil berat dalam hal ini sebab nak mengurus dan memastikan solat jumaat didirikan merupakan suatu yang lebih berat tanggungjawabnya berbanding solat berjemaah.

Perkara ini pernah menjadi perbincangan hangat di laman web saujanautama.net. Mesyuarat AJK Surau Al-HIdayah yang diadakan sebelum berakhirnya Ramadhan 1428H telah bersetuju untuk mengemukakan permohonan kepada MAIS. Maka bersiaplah melengkapkan dokumen permohonan berkaitan sebelum dikemukakan kepada pihak MAIS melalui Pejabat Agama Kuala Selangor. Turut disertakan gambar fasiliti surau bagi menguatkan paper permohonan.


Banyak juga perkaranya, kena dapatkan banyak ulasan. Memula sokongan Nazir Masjid Felda Bukit Cerakah ( pegi dengan Hj Umor ). Kemudian dengan YB ADUN Jeram ( pegi dengan Setiausaha, Azrul ) semasa sambutan Raya bersama ADUN Jeram di Saujana Utama ( atas nasihat Sdra Abdul Hamid Solihin ). Akhirnya jumpa Orang Besar Daerah ( sorang-sorang ). Baru aku tahu apa fungsi Orang Besar Daerah ini. Kiranya wakil Sultan, tapi takdelah ‘berpatik hamba’.


Akhirnya, dokumen lengkap permohonan dikemukakan kepada Pegawai Tadbir Agama Islam Kuala Selangor pada 9 November 2007, jam 3.30petang. Masa submit permohonan tersebut kepada Tn Kadhi ketika itu, iaitu Ustaz Idris Ramli, nampak macam payah aje nak lulus. Alasan kukuh untuk menolak ialah jarak dengan Surau Jumaat An-Nur tidak sampai 2km ( 1.6 km sahaja ). Wakil Pejabat Agama yang memantau di Surat Jumaat An-Nur juga pernah mengatakan, tidaklah sesak sangat ( pada hal masa tu cuti sekolah, ramai balik kampong ). Kalau cuti hari Jumaat memang itu Pejabat Agama Kuala Selangor akui. Lagipun mereka macam takut berlaku isu seperti sebuah surau di bangi yang masih meneruskan solat jumaat walaupun masjid telah dibina dan kebenaran telah ditarik bakik.

Selepas dua bulan, Naib Pengerusi Sdra Rosli buat follow up di JAIS Shah Alam, kecoh sikit berlaku. Mereka kata tidak terima permohonan Surau Al-Hidayah, sedangkan Pejabat Agama Kuala Selangor kata sudah hantar. Tension betul … ‘missing in action’ ke ? Nak isi semula permohonan bukan main seksa.

Then dimaklumkan sudah settle. Cuma belum tahu bila tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Kariah. Lepas PRU12 Mac 2008 Sdra Rosli call semula JAIS Shah Alam nak tahu perkembangan. Mereka kata tidak terima permohonana berkenaan daripada Kuala Selangor. Bengang betul ketika itu. Sebenarnya ini bukan kes pertama bagiku, pernah ada kes lain mereka dakwa tidak terima surat yang dikirimkan. Akhirnya barulah diketahui memang Kuala Selangor tidak hantar sebab ‘tak diluluskan’ di peringkat Pejabat Agama Kuala Selangor lagi. Alasannya, jarak tidak sampai 2km dengan Surau Jumaat An-Nur. Geram betul, kalau tak lulus bagi tahulah, boleh kita buat tindakan …

Kemudian buat surat rayuan dengan alasan ‘keesakan yang melampau’. Ini juga saranan Ustaz Khair, Penyelaras Masjid Kuala Selangor ketika itu dengan katanya, ‘mungkin dengan adanya kerajaan baru, polisi ini berubah’. Ustaz Idris dimaklumkan dah tukar ke Sungai Besar dan digantikan dengan Ustaz Zainal Abidin.

Kemudian aku pun menerima salinan surat yang menunjukkan permohonan Surau Al-Hidayah telah dipanjangkan kepada Jawatankuasa Kariah JAIS. Lega sikit, sekurang-kurangnya dan sampai ke JAIS. Sdra Rosli membuat folowup dan memaklumkan perkembangan kepadaku, sehinggalah makluman daripada Ustaz Zainal Abidin.

Bagaimana tindakan seterusnya ? Tunggu surat rasmi daripada JAIS ? Mana nak carik mimbar ni … 2nd hand pun takpe.

Dalam kepalaku, kena ada jawatankuasa khas nak uruskan solat Jumaat ini. AJK yang sering ada di taman ialah Hj Umor, Abang Raja, Ustaz Zaini dan Sabri Musa. Yang boleh balik dari tempat kerja ialah Zul Perhebat. Itu saja ? Mungkin boleh tambah AJK lain .. or giliran dari kalangan 30 orang AJK Surau Al-Hidayah.


Imam Yusof Marzuki ( pernah ada tauliah JAIS ) dan Ustaz Dr Abdul Latif pilihan utama sebagai khatib. Bilal siapa pulak … Kena mesyuarat sungguh nie. Sebelum ini Surau Al-Hidayah sudah buat Kursus Pemantapan Imam Dan Bilal. Tetapi sejauh mana kesannya, khususnya bagi bilal …

Tapi suatu perkata yang aku kira penting ialah menjadikan solat jumaat di Surau Al-Hidayah, menarik, menyeronokkan dan mesej khutbah sampai. Selain air-cond yang sedang dilengkapkan, ini peluang untuk gunakan kemudahan teknologi serta ICT.


Antaranya, LCD yang memaparkan kandungan or intipati khutbah di skrin besar. Ini yang aku benar-benar envy bila sering solat jemaat di Surau Intan Bukit Kiara. Selain mengelakkan ngantuk, mungkin para jemaah lebih focus dan memahami apa yang disampaikan oleh khatib. Bebudak pun tidak bising.

Juga TV untuk jemaah di luar Dewan Solat Utama memaparkan wajah khatib yang sedang berkhutbah, sebagaimana yang sedang diusahakan untuk program Diskusi Bersama Ustaz Wan Akasyah dan Siti Nor Bahyah pada 24 Ogos nanti. Sebiji TV 21 inci dah ada orang sedeqah. Kini tengah cari sangkar untuk digantung.

Terbayang juga aku akan Hj Umor pegang rotan round tempat solat bebudak supaya tidak berbual semasa khatib berkhutbah .. dan satu lagi kena terbitkan “Dari Mimbar Al-Hidayah” untuk edaran setiap kali Jumaat. Ah, banyak benar …

Bukan hendak berebut jemaah berbanding Surau Jumaat An-Nur, tetapi suatu pilihan dan itu kehendak ahli kariah. Bukan masalah nak tambah income kerana KIDaS memang sering membantu Surau Al-Hidayah, selain sumbangan yang tidak putus-putus daripada ahli kariah. Jika dikira daripada sudut kawasan pun rasanya Surau Al-Hidayah lebih kondusif. Ruang parking kereta yang luas, kedudukan di tengah-tengah Saujana Utama dan ada pelajar KIDaS dan probably lebih dekat dengan SMK Saujana Utama.

Surau Jumaat Al-Hidayah akan beroperasi, insay’allah. AJKnya perlu memastikan setiap Jumaat, solat dapat diadakan, perjalanannya sah dan lancar.

Menasyidkan Semula Nasyid ?

Malam 2 Ogos 2008, aku berkesempatan untuk menyaksikan sendiri Konsert Akademi Nasyid di Sri Pentas, Plaza Alam Sentral, Shah Alam secara 'live'. Bukan nak pergi sangat, tetapi anak-anak aku yang mengajaknya. Kebetulan yang di DQ dan UTP pun balik sama. Rupanya Konsert Akademi Nasyid ini telah masuk siri ke-7 yang disirakan di TV9 pada setiap hari Sabtu, jam 8.30 malam hingga 10.00 malam bermula 21 Jun 2008 lagi. Di rumah pun sebenarnya aku jarang menonton sebab bagiku, selain daripada pelbagai definasi, bagiku ”lagu nasyid mesti berkumpulan” dan kebanyakan peserta dalam Akademi Nasyid ini bertanding secara individu.



Apa yang dinamakan lagu or irama nasyid ? Menurut JAKIM, nasyid merupakan cabang seni yang bersendikan Islam, kerana ia mengandungi lirik yang merangkumi pesanan, ingatan, kisah para nabi, seruan dakwah Islamiah dan meniupkan semangat dalam proses pembangunan bangsa dan negara.

Maknanya selagi ada advice of ingatan atau mesej baik, dikira nasyid. Begitu ke ? Apa definisi nasyid bagi anda ? Kepada pakaian kah?? Berdasarkan kopiah ? Pada nama lagu atau kepada kandungannya ? Sekali aku tengok konsert Akademi Nasyid ni, aku rasa macam tak kena. Agaknya pesertanya jenis yang tidak berjaya nak masuk Akademik Fantasia, One In A Million atau Geng Starz, lantas memilih Akademik Nasyid bagi meneruskan ’cita-cita’ sebagai ’penyanyi’ dan nak jejaki cara Faisal ex-Miwarna untuk ’popular’.

Mungkin aku masih terbawa-bawa kepada irama nasyid convensional, yang dulu-dulu sebelum kehadiran Raihan. Lagu-lagu ’moden’ Rabbani dengan sentuhan KRU mencetuskan ’Nasyid Kontemporari’ sehingga ada lagu yang ’bukan nasyid’ yang dinyanyikan oleh "kumpulan nasyid" lalu jadi nampak macam nasyid. Umpamanya, kalau Kumpulan Nasyid menyanyikan lagu 'Air Pasang Dalam' dan 'Lompat Si Katak Lompat' di dalam albumnya sekali pun, mungkin si peminat ini akan akui itu juga lagu nasyid. Ustaz Asri Robbani yang kebetulan jadi ’Pengetua’ Akademi Nasyid musim pertama ini, perlu bertindak sesuatu.

Apakah benar, nasyid semakin hilang arah ? Lagu Kumpulan Nasyid yang popular sekarang kebanyakannya jenis jiwang-jiwang, mendayu-dayu dan seolah-olah hanya mengislamkan lagu-lagu cinta aje untu dinaikkan taraf sebagai lagu nasyid !! Malahan terdapat banyak lagu ’biasa’ yang lebih nasyid dari nasyid-nasyid kontemporari yang berlambak-lambak di pasaran pada hari ini. Mungkin rentak dan bunyinya tidaklah Islamik, tetapi liriknya adalah sangat baik dan mempunyai banyak nasihat dan tidak dikatakan lagu nasyid.

Ini baru kisah 'lagunya', belum ambik kira tentang penyanyi nasyid itu sendiri, sejauh mana mengamalkan apa yang dilaungkan serta lirik yang diucapkan. Ini sebenarnya satu lagi perkara penting bagi irama nasyid, iaitu imej ’islamik’ yang ditunjukkan. Apa perasaan anda sekiranya penyanyi Dayang Nurfaizah nyanyikan lagu 'Selimut Puteh', sedangkan Kumpulan Koptrasa yang banyak nyanyi lagu puisi serta ketuhanan, tidak pulak digelar kumpulan atau nyanyi lagu nasyid.

Yang penting sekarang ialah 'Menasyidkan Semula Nasyid' ... bagaimana ya ?