Bersyukurlah sebab aku masih ada kerja. Kegawatan ekonomi yang melanda sekarang telah menyebabkan ramai yang terpaksa diberhentikan kerja, diberikan cuti sama ada bergaji atau tidak. Namun aku masih ada ofis, ada tugas yang perlu dibereskan dan ada gaji yang diterima pada akhir bulan. Malah bukan itu sahaja, aku berpindah bilik walaupun dalam Bahagian yang sama, sebab bertukar seksyen. Dulu aku incharge seksyen pembangunan aplikasi, tetapi kini tukar ke seksyen teknikal. Tak pastilah sama ada tugas baru ini lebih menarik, lebih mencabar atau lebih apa lagi. Yang penting ada kerja atau tugas yang perlu dilaksana serta selesaikan dan akau kena adapt dengan perubahan ini secepat yang mungkin.
Lepas ini pulak akan berpindah ke Cyberjaya. Majlis penyerahan bangunan telah diadakan pada 31 Mac 2009 yang lalu. Tetapi masih belum dapat nak plan bila masuk sebab ada suatu keputusan daripada pihak tertentu yang masih dinantikan. Dapat aje keputusan, terus bergerak dengan lebih objektif kearahnya. Tarikh cadangan pindah telah beberapa kali ditukar hanya disebabkan perkara ini.
Namun ... Ya, sekali lagi bersyukurlah sebab aku masih ada ofis, masih ada kerja dan peranan serta tugas-tugas ku masih diperlukan dan masih releven. Kerja pulak tu ku anggap banyak. Kekadang meeting tiga empat kali sehari. Pendek kata kalau meeting mula jam 4.30petang ke atas tu maknanya urgent atau sangat penting la tuh ...
Kerja sebagai kakitangaan kerajaan masih dianggap secure pada ketika ini. Kalau dulu orang tidak berapa pandang nak kerja kerajaan, kini orang mencari-cari kerja sebagai kakitangan kerajaan kerana selain imbuhan yang boleh dianggap tidak kurang menarik dan agak secure juga. Lantaran itu permohonan pinjaman atau pemiutang dari kakitangan kerajaan mudah mendapat kelulusan, berbanding yang kerja swasta. Oleh yang demikian, sebagai tanda syukur kerana masih ada kerja dan masih ada ofis, kerjalah dengan sesungguhnya. Hargailah kerja lantaran masih ada kerja ... tension, susah payah, tegang, stress, letih, kena marah, relaks .. kenalah hadapidengan sebaiknya.
Bagaimanakah agaknya mereka yang diberhentikan kerja tu, sekiranya ada keluarga yang perlu di sara selain diri sendiri. Makan minum, susu, lampin, belanja sekolah, sewa rumah atau pinjaman perumahan, petrol, loan kereta, loan persendirian serta pelbagai loan lagi. Bagaimana mahu diselesaikan. Memang ini satu ujian yang barangkali Allah turunkan. Tetapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.
Namun, apakah penyelesaian terhadap kemelut ekonomi dan kewangan yang melanda sama melanda dunia atau Malaysia yangturut terkena tempiasnya ketika ini ? Sistem ekonomi dan kewangan Islam ? Daripada segi aqidah, ini aku yakini mampu menangani kemelut yang melanda, tetapi caranya bagaimana, terserah kepada yang pakar. Tetapi begitulah lumrah manusia, sudah terdesak, kesempitan baru nak kembali kepada Sistem Islam sebagai jalan terakhir.