Alhamdulillah, menjadi diantara yang pertama menunaikana solat Jumaat pertama di Masjid Besi Putrajaya pada 4 September 2009. Memang ramai yang nak merasa dan mungkin aku dikalangan 10 ribu orang, termasuk PM. Khabarnya Masjid tersebut boleh memuatkan seramai 20 ribu orang jemaah. Luaklah jemaah Masjid Putra lagu ini.
Khutbah Khas pertama telah disampaikan oleh Pengarah JAKIM. Dalam khutbahnya beliau menyeru agar penduduk dapat bersama mengimarahkan majis yang indah dan unik ini, supaya tidak terbiar sekadar menjadi tontonan pelancung. Masjid ini di bawah pentadbiran JAKIM. Sebelum pulang selepas solat, sempat bersalaman dengan PM.
Pada Jumaat sebelum puasa lalu, aku ada juga hadir ke masjid ini sebab dengar khabar solaat Jumaat pertama hendak didirikan. Tapi bila datang, kosong aje. Pernah juga aku ke sana untuk solat terawih sebelum ini. Memang menarik ...
Walaupun disediakan ruang parking di bawah dan sekitar masjid, namun untuk hari Jumaat tetap melimpah sampai ke bangunan-bangunan yang berdekatan. Problem jugak. Nampak juga macam kiosk-kiosk atau ruang niaga untuk peniaga barangkali di bahagian bawah, jalan keluar dari masjid.