Karnival 1 Malaysia 1 Halal

Lain benar bunyinya, 1 Malaysia 1 Halal. Semuanya hendak di jenamakan sebagai 1 Malaysia juga. Kalau dahulu Islam Hadhari, kini Islam Hadhiri seperti tenggelam. Apakah mana-mana instutusi yang bernamakan atau temakan Islam Hadhari menjadi serba salah ketika ini.

Tetapi ku kira agak menarik juga karnival 1 Malaysia 1 Halal 1 yang berlangsung dari 26 hingga 28hb Februari ni. Pertamanya ia menjadi satu aktiviti masjid, since diadakan di perkarangan Masjid Negara. Ramai juga mengunjungi karnival tersebut ketika aku berada di sana pada petang 28 Februari.

Di samping gerai-gerai jualan yang telah sah mendapat pengiktirafan sijil Halal JAKIM, pengunjung juga berpeluang melihat sendiri beberapa contoh barangan yang diperbuat daripada kulit serta bulu babi. Rupanya banyak sumber tidak halal dalam kandungan sesuatu produk, tidak setakat kulit dan bulu babi.

Antara lain termasuklah penggunaan tulang-tulang haiwan, tumbuhan, sintetik, semulajadi dan kimia. Makumat serta bahan opameran daripada Jabatan Kimia agak menarik dan tidak putus-putus dikunjungi ramai.

Walaupun barangan makanan yang menyertai karnival ini mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM, namun kadangkala halal tidak mestinya berkhasiat. So, kenalah pandai memilih. Ciri penting lain ialah hendaklah bersih dan selamat. Ini sifat universal dan sesuai juga untuk penganut agama lain. Yang lebih peting konsep halal tersebut ialah keseluruhan proses pengeluaran sesuatu produk. Bukan setakat bahannya sahaja.

Tetapi aku kira produk halal tempatan memang banyak dan tidak semuanya menyertai karnival dengan membuka booth pameran di sini. Mungkin kerana itu turut diadakan pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Isteriku mengambil kesempatan membuat pemeriksaan. Semuanya ok, cuma biasalah ... obesiti !!!

Antara produk yang ku kira agak menarik ialah air atau jus sarang burung. Sarang burung memang sudah dikenali sebagai penawar kesihatan yang banyak khasiatnya. Pengasas pengeluran jus tersebut adalah seorang muallaf tempatan berbangsa Cina. Katanya memang sukar bagi Bumiputera Melayu hendak mendapat kepakaran dalam industri sarang burung.

Salah satu target barangan yang hendak diperolehi ialah keluaran Permata Hijrah. Namun produk tersebut habis terjula dengan harga yang memang istimewa. Tak ada rezeki nampaknya. Lagipun orang memang ramai di kaunter Permata Hijrah. Siap beratur ambil giliran lagi.

Nampaknya janda Ustaz Akhil Hayy pun tidak ketinggalan mengambil bahagian membuka gerai menjual pakaian serta alat kosmetik. Bukan main lagi bergaya nampaknya. Aku mulanya tidak perasan, tetapi anak-anak ku yang bagitahu.

Pada ketika ini juga diadakan karnival Sure Heboh TV3. Aku kira karnival yang diadakan di Masjid Negara itu boleh menjadi saingan atau diupgrade ala-ala Sure Heboh di diadakan di merata negara, khususnya di masjid-masjid yang besar.


Kembara Cuti CNY2010 - Kausar Masuk MRSM Langkawi

Sebenarnya Kembara Cuti CNY2010 ku adalah kerana hendak mendaftarkan Kausar anak bongsuku ke Tingkatan 4 MRSM Langkawi. Pada asalnya Cuti CNY2010 hanya nak rehat kat rumah saja sebab nak elak serabut terperangkap dalam jem di jalan raya, khususnya di Lebuh Raya. Tetapi nampaknya takde pilihan. Dapat tahu pun kira-kira 2 minggu sebelum mendaftar, maka kecohlah cari hotel. Flight tentunya tinggal tiket yang mahal. Maka bawak kenderaan sendiri ajelah.

Berdasarkan kepada keputusan SPM, rupanya MRSM Langkawi ni among the top in SPM. Wau !!! Tetapi kalau sekadar menumpang kemasyuran, sedangkan keputusan yang kita perolehi tidak memberikan sumbangan kepada pencapaian tersebut, maka kuranglah bermakna walaupun berada di sekolah terbaik pencapaiannya.

Memang serba salah juga pada asalnya sama ada hendak menerima tawaran MRSM Langkawi atau tidak. Lagipun keputusan rayuan Sekolah Berasrama Penoh hanya akan diumumkan pada 23 Februari 2010. Harapan untuk dapat KISAS masih meninggi. Tetapi mengenangkan sekiranya dah dapat MRSM, nama kita tercicir secara automatik dalam perkiraan pengambilan kedua SBP, maka terima sajalah. Takut yang kejar tak dapat dan yang dikendung keciciran.

Pagi 16hb kami singgah di MRSM Langkawi sebab nak jelaskan yuran serta beli pakaian rasmi MRSM. Payah juga nak cari pakaian MRSM, sebab warnanya lain dari yang lain dan kedai biasa takde dijual. Yuran pulak dia suroh bank-in tetapi agak keliru dengan penjelasan yang diberikan sebab tidak menyatakan akaun bank mana. itu yang bayar tunai di pejabat MRSM je. Pagi tu juga, anak dan isteriku bertemu dengan tiga orang ex-student SMK Saujana Utama yang kini berada dalam Tingkatan 5. Oklah, sekurang-kurangnya anakku sudah ada kenalan.

Ketika di Pejabat, sempat berkenalan dengan Pengetua MRSM Langkawi yang kelihatan sedang mencapai usia pencen. Orang Muar Johor rupanya. Bersih dan tersusun rapi suasana di Pejabat.

8.15pagi 17hb kamipun pergilah ke MRSM lagi. Orang sudah ramai, parking pun jauh dari dewan pendaftaran. Sampai sahaja kami didekati oleh beberapa para pelajarnya untuk bersalaman, menghulurkan bantuan dan memberikan panduan tunjuk arah. Nak kata sebab kami naik kereta Mercedes ( perasan !!! ), tidak juga sebab orang lain pun nampaknya begitu juga layanannya.

Proses pendaftaran berjalan lancar. Pendaftaran juga melibatkan pelajar tingkatan tingkatan 3 lama di MRSM Langkawi serta dari MRSM lain. Aku difahamkan daripada 120 pelajar, kekira separuh daripada pelajar MRSM lain dan pelajar baru. Yang tidak mencapai straight A dalam PMR 2009, kena pindah ke MRSM lain atau keluar. Betul ke ?

Selepas daftar di dewan kami ke asrama pula untuk daftar asrama dan bawa barangan ke asrama. Spot check dilakukan untuk memastikan pelajar tidak bawa peralatan atau barangan yang tidak dibenarkan di bawa ke asrama.

Sebilik empar orang dan setiap pelajar dibekalkan dengan katil single, tilam, kabinet besi dan meja study serta kerusi. Anakku sebilik dengan pelajar PJ, Shah Alam dan Kangar. Salah seorang darinya rupanya menginap di Rumah Penginapan Koperasi MRSM ( apartment 3 bilik ) dengan harga cuma RM150 sahaja. Lain kali boleh book. Tapi katanya kurang selesa sebab tidak dimaintain dengan wajar.

11.30 pagi kami dengar taklimat di Dewan. Kompom !!! Pengetua menjelaskan bahawa MRSM pernah jadi no 1 seluruh negara bagi SPM 2007 dan 2008. Warga MRSM mengharapkan agarnya prestasi ini dapat diteruskan. Nampaknya banyak peluang lain terbuka sebaik selesai SPM nanti seperti Perubatan UITM, UTP dan pelbagai lagi yang memulakan pengajian sebaik sahaja tamat SPM, sementara menunggu keputusan diumumkan. Namun Pengetua mengingatkan supaya pencapaian setiap semester hendaklah sekurang-kurangnya 3.0 termasuk trial SPM baru berpeluang mendapat tawaran yang akan diberikan nanti.

Selepas taklimat Pengetua, diadakan diskusi bersama Cikgu Angkat yang dipanggil Homeroom. Dalam majlis itu semua pelajar dan ibubapa dikumpulkan dalam satu kumpulan dan berbincang apa sahaja berkaitan hal ehwal pelajar dan sekolah. Rupanya dalam homeroom anakku, anakku sahaja yang pelajar baru MRSM. Yang lain pelajar lama tingkatan tiga di MRSM Langkawi dan MRSM lain. Jadi aku dan isteriku sahaja yang banyak bertanya, sebab mereka telah tahu.

Sejak dari sekolah darjah satu sampai ke tingkatan 3, kausar tinggal di rumah bersama keluarga. Kini tibalah masa berpisah jauh pulak tu, seberang laut !!! Mana tak sedihnya. Tapi sebab abang dan kakak-kakaknya juga sekolah asrama, tentunya dia ingin merasa atau menjejakki langkah abang dan kakaknya.

Duduk MRSM Langkawi ini problemnya ialah jauh dari rumah dan cara mudah nak pergi dan balik Putrajaya hanyalah Kapal Terbang. Nak sesekala jalan ziarah, kena fikir atau plan panjang sebab masa dan kosnya agak tinggi !!!

MRSM Langkawi merupakan MRSM ke-25 dibina. Bangunannya siap dibina dan mula mengambil pelajar pada Februari 1999. Kompleks sekolahnya dikatakan yang termahal ketika itu iaitu berharga RM60 juta. Pembinaannya diilhamkan oleh ex-PM, Tun Mahathir. Perasmian MRSM Langkawi pula disempurnakan oleh DYMM Sultan Negeri Kedah Darul Aman Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 7 Oktober 2000 bersamaan dengan 9 Rejab 1421 H.


Kembara Cuti CNY2010 - Ke Langkawi Lagi

Lantaran terpaksa, maka pergilah bertiga sahaja ke Langkawi dengan kenderaan sendiri dan menyeberang dengan feri. Sampai jetty, aku terkejut apabila kereta yang kawanku Bahazin tempahkan untuk disewa ialah Mercedes !!! Kalut juga sebab tak pernah aku pandu sendiri Mercedes. Jangan kalut kata tuan punya kereta tu, Tn Hj Nasaruddin. Lalu diajarku cara-cara serta fungsi beberapa butang di dashboard. Ah mudah aje rupanya.

Di Jetty Kuala Perlis sebelum ini orang memang ramai, tetapi tidaklah sesak sangat. Nak beli tiket ferri pun beratur pendek sahaja. Agaknya orang ramai sama ada sudah sampai Langkawi atau sudah mula pulang dari Langkawi.

Dalam feri agak selesa berbanding yang pernah aku naikki sebelum-sebelum ini. Luas dan penghawa dinginnya terasa sejuk. Lena tidur dan terasa cepat sampai.

Di Langkawi kami menginap di Akademi JPJ yang baru siap tetapi belom dibuka secara rasmi untuk penginapan kepada awam. Nampak selesa biliknya, mungkin sebab baru lagi. Agak sunyi juga sebab hanya kami sahaja yang menginap pada malam tersebut.


Shopping & Dine

Sebenarnya tidak tahu nak shopping apa selain cokelat sahaja. Maklumlah datang ke sini pun sebab utamanya nak hantar kausar masuk MRSM Langkawi. Jadi banyak window shopping sahaja. Cokelat tu pun bukan murah sangat juga, beza sikit sahaja kalau dibandingkan dengan Pasaraya Mydin.

Sebelam malam ketika menikmati chicken chop, kami dikunjungi oleh sekumpulan peminta derma bagi rumah anak-anak yatim Filipina. Mereka berempat sambil mendendangkan lagu entah apa-apa, bagi ajelah sikit RM. Apakah boleh guna cara yang sama untuk mohon derma pembinaan surau sebagai contohnya. Nyanyi lagu nasyid ?


Taman Pertanian MARDI

Esok pagi setelah singgah ke MRSM Langkawi, kami pergi ke Ladang Pertanian Mardi. Sebenarnya tidak tahu nak pergi mana. KAmi cuba cari-cari mana lokasi yang belum pernah dikunjungi. Nampak Taman Pertanian Mardi ni agak menarik, so kami pun kesana. Patutnya rega tiket RM15, tetapi itu untuk non-Malaysian. Kami sekeluarga cuma dikenakan tiket RM5 seorang sahaja.

Sambil menunggu giliran, kami masuk ke ruang pameran buah-buahan serta produk hasil pertanian buah-buahan. Banyak juga produknya dari jenama yang sayangnya jarang kedengaran.

Lawatan ke ladang dibuat mengikut kumpulan dengan menggunakan sebuah lori khas yang memuatkan sehingga 15 orang. Sekumpulan dalam rombongan kami ialah dari Rusia, Arab Saudi dan France.

Kunjungan pertama ialah ke dusun Nangka. Di sana kami diberi peluag bergambar dengan buah nangka yang dihias seksi. Ha .. Ha .. Di sana kami diberi rasa buah Limau Bali. Kata tour guide tu, limau bali bersal dari India. Tapi apabila aku tanya kenapa dinamakan Limau Bali, dia kata dia pun tak pasti mengapa.

Seterusnya kami di bawa kepada dusun belimbing. tetapi tidak kelihatan banyak buahnya. Di sana kami pun diberi rasa buah belimbing.

Kemudian kami ke kawasan tanaman hidroponik daun herba atau sayuran seperti selom. Lepas itu ke kawasan tanaman nenas. Di sana selain merasa buah nanas, dapat dilihat juga banyak pokok papaya atau betik serta teduhan pokok Markisa yang menjalar.

Akhirnya kami di bawa ke kawasan tanaman fertigasi dan diberi peluang merasa buah seperti Honey Dew. Dalam cuaca yang panas, terasa segar dan sedap buahan yang dihidangkan.

Rasanya kami hanya di bawa ke ladang dengan tanaman yang berbuah dan boleh dirasai. Agaknya macamana kalau ketika musim durian, rambutan dan manggis. Tentunya meriah.

Ke Laman Padi

Beberapa kali ke Langkawi, asyik lalu saja laman ini. Tetapi kali ini aku berkesempatan untuk singgah. Lenggang tak ada orang. Agaknya orang kurang minat. Tetapi bahan pamerannya yang diletakkan dalam satu bangunan khas ku kira sangat menarik.

Di luar bangunan dapat melihat sendiri suasana sawah padi dengan kerbau, orang-orang serta batasan padi yang sedang membesar.

Malam Rabu 16 Februari, aku sempat berkunjung ke rumah Mustafa, kawan semasa di Saujana Utama yang berpindah ke Langkawi lantaran isterinya bertukar temat bertugas iaitu di Airport Langkawi.

Ketika balik, kami menaikki ferri MyFerry 2 yang baru dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir beberapa hari yang lalu. Hampir penoh tempat duduk, tetapi bahagian atas banyak kosong. Memang bersih dan selesa. Lengkap dengan flat TV serta alat hawa dinginnya. Tetapi bau catnya masih kuat menusuk hidung. Terasa feri bergerak laju, terlena dan sekejap sahaja telah sampai.