5 Jun 2011 - Sekitar Masjidil Haram
Sebaik solat Suboh, ada program ziarah. Kami tidak join lawatan ke Rumah Kelahiran Rasulullah bermula 6.30 pagi ini. Rumah tu boleh dilihat dari jauh. Kalau mendekati pun bukan boleh masuk. Mungkin ada maklumat yang disampaikan semasa lawatan tersebut, tapi tidak menarik minat kami. Entahlah, ada ke kumpulan jemaah lain yang buat lawatan berkumpulan ke sana. Atau sekadar agenda tambahan sebagai pengisian dari pihak TA ?
Daripada maklumat yang aku terima daripada mereka yang mengikuti aktiviti berkenaan, tak ada apa pun. Bukan boleh masuk dalam perpustakaan tu, kejap sahaja 30 minit sudah siap semuanya. Sudah aku agak dah.
Pengurusan Jenazah
Seperti di Masjid Nabawi, di Masjidil Haram pun sering dilakukan solat jenazah sebaik selesai solat waktu. Jarang benar kalau tiada solat jenazah lepas solat fardhu. Perkara ini memang dipesankan semasa kursus di tanah air dahulu dan para jemaah diminta mengambil peluang semasa di Masjidil Haram kerana besar ganjarannya, selain gandaan pahala 100,00 kali.
Kami seringkali terserempak jenazah yang sampai dan diusung masuk ke dalam masjid ke tika dalam perjalanan ke Masjidil Haram. Mungkin di situlah pengkalan terdekat untuk membawa jenazah ke dalam masjid untuk disembahyangkan. Selain daripada pegawai yang bertugas, nampaknya orang ramai pun ada yang cuba membantu mengusung jenazah berkenaan.
Jenazah tersebut akan di bawa masuk dan diletakkan di tepi Kaabah. Beruntungnya jenazah yang disolatkan di Masjidil Haram. Mereka mendapat doa dari para jemaah yang beratus ribu, jemaah yang doanya berpotensi untuk dimaqbulkan Allah.
Air Zam-Zam
Memang air Zam Zam sinonim dengan Makkah. Umum mengetahui dari peristiwa wujudnya air ini serta kelebihannya. Merupakan salah satu daripada air mata syurga, diberkati, mengenyangkan, menyempurnakan hasrat peminum dan menyembuhkan penyakit ( dengan izin Allah ). Di Makkah ia begitu mudah didapati dalam bekas-bekas yang disediakan di Masjidil Haram, tetapi dalam kuantiti yang kecil. Boleh pilih sama ada yang sejuk atau biasa. Yang popular tentunya yang sejuk.
Punca dan telaga air zam zam terdapat di bawah Kaabah. Dahulu orang boleh masuk ke bawah Kaabah untuk mendapatkan air zam-zam, malah boleh mandi sekali. Tetapi kini telah ditutup. Air zam zam disedut keluar daripada telaga zam zam. Orang ramai pada asasnya boleh mendapatkannya secara percuma di sekitar Masjidil Haram. Jika hendak ambil dengan kuantiti yang banyak, ada disedia tempat iaitu bersebelahan Perpustakaan Rasulullah s.a.w.
Bagi memastikan pengeluaran dan pengurusan berjalan lancar, pemerintah mewujudkan The Zamzam Studies and Research Center. Pusat ini bertanggungjawab terhadap pembekalan ( daripada segi kualiti dankuantiti ) serta melaksanakan kajian, penyelidikan dan memantau sumber air zam zam dalam memenuhi permintaan sama ada oleh penduduk tempatan atau jemaah haji dan umrah.
Pihak TA ada memberitahu yang setiap jemaah kumpulan kami akan dibekalkan dengan air zam zam sebanyak 10 liter untuk dibawa balik ke tanah air. Mungkin cukup kot untuk kami sekeluarga. Tapi aku berhasrat nak bawak lebih dengan menyelitkan dalam botol-botol kecil ke dalam beg-beg pakaian. Berbeza dengan membawa keluar batu atau tanah dari tanah haram yang tidak dibenarkan dalam mahzab Syafie, memang diharuskan dan dibolehkan membawa keluar air zam zam dari tanah haram kerana airnya yang tidak akan berkurangan atu kehabisan
Suasana Masjid
Pelbagai gelagat jemaah di Masjidl Haram dapat dilihat apabila berada di sana. Ada yang begitu teruja sebaik sampai dan melihatkan Kaabah, barangkali buat pertama kali.
Memang berada di Masjidil Haram, usah dihiraukan sangat apa orang lain sedang lakukan. Selain daripada perbezaan dalam Mazhab, ibadah umrah pula mempunyai tahap dan peringkat pelaksanaannya. Yang penting kita lakukan sendiri dan yakin dengannya, usah tengok orangl ain.
Begitu juga dengan amalan lain seperti mengaji serta mengerjakan solat-solat sunat lain. Kalau tengok orang Syiah, memang pelik solatnya jika dilakukan sendirian. Solat beriringan lelaki perempuan tidak begitu ketara berbanding kalau semasa musim haji.
Di tempat saie aku terperasan juga yang semasa umrah ini ramai jemaah muda-muda mengerjakan umrah. Tenrtunya sama ada mengikut ibubapanya atau saja-saja aje mengikut saja perbuatan ibubapanya.
Ketika menghampiri waktu azan para pegawai Masjidil Haram dengan bantuan pasukan keselamatan memeriksa saf di atas lantai Kaabah supaya tidak ada perempuan. Jika ada, mereka akan diminta beredar dan duduk dengan saf wanita lain yang terletak di belakang.
Orang Histeria Dan Kamera Dirampas
Mungkinah kerana cuaca yang terlalu panas. Beberapa kali kedengaran orang terjerit-jerit seperti kerasukan atau histeria. Dalam Masjidil Haram yang suci begini puin boleh berlaku ? Entahlah. Satu kejadian berlaku berdekatan dengan tempatku berada, seorang lelaki terjerit-jerit meronta-ronta lagak seperti kena rasuk. Ada jemaah lain cuba menenangkannya dengan mencurahkan air zam zam ke atas kepalanya.
Ketika itu aku cuba mengambil gambar, tetapi tiba-tiba kameraku di rampas. Alamak !!! Aku cuba merayu meminta dipulangkan dengan berkata, sorry sory not again. Tetapi Pegawai Masjid yang merampas tu buat tidak tahu sambil berkata sesuatu dalam bahasa Arab tentunya yang aku pun tidak faham. Jadi macam ayam cakap dengan itik pulak.
Pegawai Masjid tersebut mendekati orang yang histeria tersebut dan aku melihat dari jauh sahaja. Aku dekati lagi pegawai masjid yang merampas kameraku tu sambil merayu, ‘please sorry not again’. Akhirnya dipulangkan kameraku. Lega …
Restoran D'Saji Felda
Sebaik solat asar pada hari ini, kami singgah kononnya nak minum teh di Restoran D’Saji yang diusahakan oleh Felda Malaysia. Saja nak merasa sebab sering diperkatakan, macam sohor sangat. Restoran ini terletak di Aras 2, Safwa Tower. Kira tidaklah begitu jauh dengan Masjidil Haram.
Tiba di restoran berkenaan, kelihatan orang beratur begitu panjang untuk mendapatkan roti canai. Cancel !! Cuma beli air dan kuih-kuih yang telah disiap packing. Cari juga makanan di tempat lain sebagai tambahan. Nampaknya ramai orang Malaysia di sini. Banyak restoran lain selain D’Saji di sini.
Jumpa Tn Hj Rashid
Tanpa diduga, aku bertemu dengan Tn Hj Rashid di D’Saji, orang Saujana Utama yang juga ke Mekah tahun 2009. Beliau datang dengan beberapa ahli keluarganya yang gagal untuk dapat tempat menunaikan haji pada tahun 2009, walaupun setelah rayuan dibuat.
Jika pada pertemuan pertama petang tadi isteri beliau tiada, tetapi pada kali kedua isteri beliau turut serta. Kami bertemu ketika sama-sama keluar dari Masjidil Haram selepas solat Isya. Tapi lepas itu, kami tak ketemu-ketemu lagi.
Apa yang menariknya, mereka duduk hotel yang agak dengan dan harganya pun murah berbanding kami, iaitu kurang dari RM 5K. Yang penting hotel dekat dengan masjid, senang nak berulang alik. Kami pun ambil no contact beliau. Kot-kot mana ahu ada rezeki lagi nanti. Rupanya salah seorang ahli keluarga Tn Hj Rashid bertugas dengan sebuah TA lain. Tentunya ada diskaun.
Batal Umrah
Kami bercadang nak ke buat umrah tengah malam nanti, tetiba isteriku mengatakan keuzurannya dan anak bungsuku pula macam demam. Agak panas juga suhu tubuh dan kepalanya. Mungkin kerana suhu yang semakin panas. Jadi kami kena jadualkan semula ibadah umrah kami. Namun malam ini seperti biasa, rancang bangun awal untuk qiamullail sahaja.
Pihak TA maklumkan esok 6.30 pagi kumpul depan hotel untuk program ziarah lagi yangdipanggil Ziarah Hudaibiyah. Aku difahamkan ziarah ini akan ke ladang unta sambil merasa susu unta, muzium dua masjid ( Nabawi dan Masjidil haram ), kilang kelambu Makkah dan bermiqat di Masjid Hudaibiyah.
Klik Untuk Lagi Gambar Hari Ke-9
Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!
Umrah Keluarga 2011 : Umrah Kedua & Ziarah Ja'ranah
4 Jun 2011 – Umrah Kedua Dan Ziarah Ja’ranah
Bangun 1.00 pagi untuk ke Tanaim bagi mula mengerjakan umrah kedua. Pihak TA kata selain umrah pertama, ada dua lagi peluang umrah yang akan diuruskan daripada segi membawanya ke tanah halal untuk miqat berniat mengerjakan umrah. Memandangkan semua program tersebut di buat siang hari dan bersekali dengan program ziarah, kami mengambil keputusan untuk tidak ikut serta. Nak buat sendiri sahaja.
Tiba-tiba lalu sebuah Taxi Mecca berwarna putih. Aku mengangkat tangan sebagai tanda menahan dan tanya dulu driver berapa Rial untuk ke Tanaim. 40 Rial kata si driver, kami pun setuju. Kiranya SR10 setiap seoarang. Taxi jenis Toyota Camry dan agak selesa. Teringat dahulu masa haji dulu tinggal di Janadriyah, naik van 14 orang sekali jalan tambangnya sekitar SR5 – SR8 sahaja. Sebab kira dekat sahaja, boleh kompromi dengan kelesaan van.
Sampai Masjid Aisyah, masih seperti itu dan tidak nampak perubahan. Berpatah balik ke Masjidil Haram, tetapi kami diberhentikan di sebelah yang bertentangan dengan tempat tinggal kami, iaitu dekat Bukit Marwah. Agak jauh sikit, anakku merungut kata jauh. Takpelah mungkin esok tempat lain pulak.
Alhamdulillah, tawaf dan saie dilaksanakan dengan agak mudah dan lancar perjalanananya. Kali ini kami kekal berempat sejak tawaf sampai saie. Semasa Saie, terasa penat dan lenggoh-lenggoh jugak kakiku dibuatnya.
Jalan perlahan-lahan. Tapi tidaklah sehingga sampai berhenti take 5. Jam 3.20pagi selesai semuanya. Tapi hasrat ahli keluargaku nak masuk tempat muslimat di lantai Kaabah tidak kesampaian, sudah penuh sebab agak lewat rupanya. Tapi aku seperti biasa berjaya duduk di lantai Kaabah.
Ziarah Ja’ranah
Jam 7.00 tunggu nak gi ziarah. Biasalah bas lambat, 8.15 baru bertolak, waktu TA. Jika ikutkan jaudal, kami akan ke Jabat Nur, Jabal Thur, Jabal Rahmah, Arafah, Mudzalifah, Mina dan Masjid Ja’ranah untuk miqat bagi yang hendak mengerjakan umrah. Isteriku tidak ikut kerana keletihan katanya.
Tetapi seperti biasalah, suasana tunggu bas setiap kali nak naik bas. Tidak on-time tu biasalah. Kemudian kejap kata ikut nombor bas, kejap kata main masuk aje tanpa mengikut bas mana. Hailer ada dibawa. Bila aku tegur, gunalah hailer, lalu macam marah aje dikatakan kepada ku, 'Hailer tidak dibenarkan digunakan'. Habis tu buat apa bawa hailer kalau gitu ?
Kami dipimpin oleh Ustaz Adli seorang pensyarah UTM SKudai, berasal dari Batu Pahat, Johor. Nampak jelas dan mantap pengkisahannya. Ini barulah best jika dibanding dengan ustaz Indon semasa Ziarah Luar Madinah tempohari.
Bukit Thur
Dalam bas, al-Ustaz membawa kami mengimbas kembali bagaimana Rasulullah s.a.w berhijrah dengan menjadikan Gua Thur yang terletak di atas Bukit Thur yang tinggi tu sebagai salah satu tempat persembunyian. Diimbas kembali bagaimana pemudi srikandi Asma Abu Bakar membantu Rasulullah s.a.w dan ayahandanya menghantar makanan, kumpulan kambing menghilangkan tapak kaki, burung serta sarang labah-labah di pintu Gua Thur.
Namun Bukit Thur hanya dilihat dari jauh sahaja sebab tidak boleh lepas pagar. Kawasan yang boleh dimasukki terletak agak jauh daripada tempat bas berhenti. Memang banyak bas berhenti di tepi jalan di sini. Seolah-olah sudah tiada tempat berhenti apabila pagar dibina. Apakah nanti tidak boleh langsung berhenti, main tengok dari jauh sahaja ?
Jadi kami intai daripada lubang yang terdapat di pagar konkrit tu sajalah. Dulu kat sini banyak unta berhias. Orang berjual itu seperti biasa, jual kalendar, tasbih dan buku bergambar tempat bersejarah Makkah.
Padang Arafah Mengimbau Kenangan Manis
Memang lengang. Kawasan ini hanya digunakan untuk jemaah haji berwukuf semasa mengerjakan haji. Maknanya sekitar dua hari sahaja iaitu pada 8 & 9 Zulhijjah. Namun kelihatan banyak pokok tumbuh menghijaukan sedikit kawasan yang sebelumnya dikatakan agak tandus.
Semasa musim haji, kawasan ini dipenuhi dengan khemah yang menempatkan jemaah haji. Melihatkan kawasan ini, membawa aku mengimbau kembali semasa musim haji dahulu. Namun sekadar terkenang yang aku pernah ke sini suatu masa dulu. Aku juga benar-benar berharap untuk dapat berwukuf lagi di sini nanti. Suasana wukuf di Arafah adalah suatu kenikmatan dan kenangan paling manis dalam hidupku.
Masjid Namira
Masjid ini terletak di Padang Arafah, juga dipanggil Masjid Ibrahim. Masjid yangmampu menampung jemaahkira-kira 350,00 orng ini hanya digunakan sekali dalam setahun, iaitu ketika jemaah haji berwukuf di Arafah. Disinilah disampaikan khutbah arafah semasa musim haji. Tapi jemaah haji Malaysia selalunya diletakkan jauh daripada masjid in dan menggunakan khutbah sendiri.
Anehnya ketika ini, bangunan masjid ini terbahagi kepada dua kawasan iaitu satu di atas tanah haram dan satu di atas tanah halal. Oleh yang demikian, semasa wukuf para jemaah dikehendaki berhati-hati supaya tidak termasuk dalam kawasan haram.
Jabal Rahmah
Kami berpeluang ke Jabal Rahmah lama sikit. Jabal Rahmah merupakan bujit batu yang terletak dalam kawasan padang Arafah. Nampak ramai orang di sana, sama ada di lereng pendakian dan juga di puncak bukit. Di puncak terdapat suatu tiang tanda berwarna putih. Tapi nampaknya tiang tu agak kotor dengan pelbagai contengan nama serta doa.
Juga disebut sebagai Bukit Ilal atau Alal. Selain daripada itu, juga dikenalio sebagai Jabal Arafah. Tetapi nama yang mashyur ialah Jabal Rahmah. Mungkin kerana mengambil sempena dengan limpahan rahmat Allah s.w.t kepada mereka yang kerjunung ke sini, khususnya jemaah haji yang berwukuf di Arafah.
Banyak peristiwa bersejarah dikatakan pernah berlaku di Bukit Rahmah ini. Diantaranya sebagai tempat pertemuan Nabi Adam a.s dan Hawa setelah diturunkan ke bumi. Rasulullah pernah berwukuf di sini sebaik gelincir matahari, memberikan khutbah Arafah dan terus bermunajat di sini sehingga terbenam matahari sebelum bergerak ke Mudzalifah.
Bagi masyarakat kita, Jabal Rahmah juga sering dikaitkan sebagai tempat berdoa mendapatkan jodoh. Walau bagaimanapun menurut al-Ustaz, tiada satu nas yang sahih mengatakan di sinilah antara adalah tempat mustajab berdoa.
Ketika kunjungan aku di sana, memang orang ramai yang berada di puncak bukit yang tidaklah berapa luas. Di sana sibuk juga dengan aktiviti perniagaan serta meminta sedekah. Dari atas, kelihatan juga pemandangan sekitar Arafah yang semakin menghijau dengan tumbuhan yang di tanam oleh pihak pemerintah.
Turun semula ke kaki Bukit Rahmah, anak-anakku mengabil peluang melepaskan hajatnya untuk menaikki unta berhias. Sebelum bertolak dari Malaysia lagi mereka sudah memasang niat dan menjadikannya sebagai agenda kunjungan.
Mudzaliffah & Mina
Selain Padang Arafah, Mina dan Mudzalifah juga lengang. Kesibukan Mudzalifah hanya pada 9 Zulhijjah manakala Mina pula pada 10, 11 dan 12 Zulhijjah. Di mina jemaah haji bermalam di sana untuk melontar jamrah.
Kami hanya melihat kompleks melontar Jamrah dari jauh dalam bas sahaja. Kelihatan juga khemah-khemah putih yang tidak berpenghuni barangkali. Di sebelah kompleks melontar, terseragam gagah hotel penginapan bagi mereka yang berkemampuan ketika bermalam di Mina untuk menyelesaikan ibadah melontar Jamrah.
Jalan Keretapi
Dapat dilihat dari dalam bas, semasa dalam perjalanan, jalinan jalan keretapi serta kompleks perhentian keretapi yang telah dibangunkan oleh pihak pemerentah. Jalinan ini difahamkan menghubungkan Makkah dengan Arafah. Maknanya memudahkan para jemaah untuk bertolak dari Makkah ke Arafah untuk wukuf, bermalam di Mudzalifah serta melontar Jamrah di Mina.
Tahun lepas adalah kali pertama digunakan sebagai ujian dan dikhaskan kepada orang-orang Arab sahaja. Menurut al-Ustaz ini dilakukan memandangkan papan tanda penunjuk arah yang disediakan semuanya masih dalam bahasa Arab.
Masjid Ja’ranah
Rasulullah s.a.w pernah bermiqat di sini untuk mengerjakan umrah setelah pulang dari peperangan Hunain. Jaraknya kira-kira 24 km dari Makkah. Agak jauh juga kalau nak dibandingkan dengan Tanaim. Agak meriah dengan pelbagai jualan di perkarangan masjid ketika aku ke sana, khususnya jualan biji tasbih dan cincin.
Sebenarnya banyak peristiwa yang berkait dengan Masjid atau tempat ini, tetapi tidak diceritakan oleh al-Ustaz. Selain peperangan Hunain, juga kisah pembahagian harta rampasan peperangan serta perigi yang diludah oleh Rasulullah s.a.w sebagai peawar daripada sihir.
Aku rasa tidak sampai separuh daripada peserta rombongan yang akan mengerjakan umrah tengahari ini. Kami sekeluarga memang awal lagi tidak bersedia untuk itu. Kamikemudiannya meneruskan perjalanan dengan al-Ustaz memberikan panduan mengenai umrah bagi mereka yang akan mengerjakannya hari ini bersama-sama beliau.
Jabal Nur Dan Gua Hira
Kami melewati Jabal Nur. Sebagaimana juga Jabal Thur, kami lihat dari jauh dalam bas sahaja. Aku sebenarnya berharap dapat naik sehingga masuk ke dalam Gua Hira’ yang terdapat di situ. Pihak TA ada menyebutkan sekiranya ada sesiapa yang berminat.
Di tengah kepanasan ini tidak dapat dibayangkan bagaimana boleh mendaki ke bukit yang agak tinggi ini. Bagaimana pula Rasulullah s.a.w dahulunya sering ke mari untuk beruzlah dan beribadat kepada Allah sehingga turunnya wahyu pertama ? Tentunya Rasulullah s.a.w seorang yang gagah, gigih dan perkasa.
Perkuburan Maala
Kami juga melalui tanah perkuburan Maala. Sambil al-Ustaz menerangkannya, kami cuba intai-intai daripada dalam bas sahaja. Ia merupakantanahperkuburan bagi penduduk Makkah sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Keistimewaan perkuburan ini ialah sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis daripada Ibn Abas r.a, Sebaik-baik perkuburan ialah perkuburan ini’ ( H.R Ahmad )
Ramai para sahabat dan ulama besar dikebumikan di sini dan yang mahsyur ialah Saidatina Khadijah, isteri pertama Rasulullah s.a.w. Namun dikatakan tiada tanda yang menunjukkan mana satu kuburnya.
Balik Hotel
Perjalananan menghampiri hotel penginapan kami melalui beberapa kawasan tempat aku tinggal semasa mengerjakan haji dahulu, termasuk melalui Hotel Janadriyah. Takpe,esok atau lusa aku berhasrat untuk meninjau-ninjau kawasan ini.
Kami juga dimaklumkan mengenai satu lagi program ziarah esok pagi iaitu ke rumah kelahiran atau Perpustakaan Rasulullah s.a.w serta tapak pusat pengeluaran zam-zam ? Pusat pengeluaran air zam-zam ? Biar betul .... namun apabilaa aku tanyakan beberapa urusetia TA, rupanya cuma tempat pengambilan air zam zam yang terletak di sebelah Perpustakaan Rasulullah s.a.w sahaja.
Tiba di hotel sudah hampir zuhor, kamipun bergegas untuk ke Masjidil Haram walaupun panas yang agak terik. Sudah macam jadi kebiasaan pulak dengan kepanasan cuaca.
Semasa makan malam pihak KU yang mewakili TA membuat pengumuman mengenai program Ziarah rumah kelahiran Rasulullah serta Majlis Kesyukuran yang akan diadakan esok. Berulangkali si KU mengucapkan terima kasih kepada jemaah yang menyumbangkan akikah dan korban untuk dijadikan jamuan sempena majlis berkenaan. Ini bulan haji ke kot ada yang berkorban ?
Klik Untuk Gambar Hari Ke-8