Pada 16 Januari lalu aku ke Pejabat JPJ Bangi untuk settle notis temu siasat kesalahan trafik yang aku dapat tahu hasil semakan di internet. Notis itu barangkali telah dihantar ke alamat lama lebih dua bulan lalu. Hasil bukti yang ditunjukkan, memang diakui kesalahan parking yang dilakukan oleh kenderaan yang didaftarkan atas namaku. Bayar ajelah, dapat diskaun 30%. Lepas bayar aku pun buat pertukaran alamat.
Ada seminggu lagi tarikh tamat tempoh kelonggaran kepada pesalah trafik untuk menjelaskan saman tertunggaknya, sama ada saman atau notis PDRM atau JPJ. Selepas tarikh 28 Februari, sesiapa yang mempunyai saman yang tertunggak, akan disekat daripada memperbaharui lesen memandu atau kenderaan. Kalau dah dekat nak mati tu dan ada saman yang belum dibayar, cepat-cepatlah renew sebelum 28 Feb 2011. Sekurang-kurangnya boleh merancang semula pelan nak bayar sekiranya banyak saman yang terpaksa dijelaskan.
Ketika ini PDRM berikan diskaun 50% dan JPJ hanya 30% jika diselesaikan dalam tempoh 15 hari. Tapi ada satu lagi yang penting iaitu mata demerit kejara tidak dikenakan terhadap kesalahan yang dibayar samannya sebelum 28 Feb 2011. Lepas itu, mata demerit KEJARA akan dikenakan dan jika jumlah mata melebihi 12 mata, kena gantung juga lesen memandu !!! So nak tak nak kena jelaskan juga sebelum 28 Feb 2011. Sesambil bayar saman di JPJ tu, boleh tukar alamat tempat tinggal sekarang, supaya next time sebarang notis dan saman boleh dihantar tepat ke alamat terkini.
Memang ramai yang komplen, kata tidak terima notis saman. Saja aje alasan tu sebab sebenarnya boleh semak kat internet. Sesambil update blog, facebook or semak emel tu semak-semaklah kat laman web JPJ dan PDRM. Tak payah nak tuduh-tuduh kerajaan tak ada duit, ini cara kerajaan nak rampas duit semula dari rakyat. Bayar ajelah sementara masih ada peluang. Tak puas hati kepada kerajaan, gunakan undi masa pilihanraya nanti. Yang penting boleh renew lesen memandu atau roadtax sekarang. Nak memandu juga tanpa lesen & roadtax, padah yang lebih besar bakal menunggu.
Memang sukar nak bayar saman. Itulah tujuan saman dikenakan, dengan kesusahan yang dialami mendidik kita tidak melakukan kesalahan yang mungkin juga membahayakan diri dan keselamatan orang lain. Kalau tidak mahu kena saman, tidak mahu susah, tidak mahu duit melayang, maka patuhilah arahan jalanraya.
Tak pun apabila ada notis or saman dalam internet, cepat-cepatlah ke PDRM or JPJ untuk temu siasat dan bincang mana yang boleh dibuat. Jangan takut-takut, munkgin ada pertimbangan yang boleh diberikan.
Jangan tunggu nak ada diskaun atau kelonggaran lagi. Lama sudah tempoh diberikan sejak tahun lepas untuk menjelaskan saman sebelum 28 Feb 2011. Ramai yang sudah menjelaskan saman mereka dan tidak adil sekiranya mereka yang bertanggungjawab serta menjelaskan saman terlebih awal, tetiba ada kelonggaran hendak diberikan lagi kepada yang masih berdegil.