Bertempat di Masjid Putra Putrajaya, aku berkesempatan mengikuti Kursus Penyembelihan Perdana anjuran bersama JAKIM, JAWI Putrajaya dan Masjid Putra Putrajaya pada 8 Oktober 2011 yang lalu. Kira-kira 200 peserta dari seluruh surau-surau Putrajaya mengikuti kursus ini yang dikatakan pertama kali dalam sejarah, mendapat penyertaan yang begitu ramai. Selalunya kalau kursus pentadbiran atau pengurusan surau, tidak ramai yang hadir. Mungkin kerana kursus cuma setengah hari dan dapat ayam free lagi, maka ramai yang dapat hadir.
Kursus dimulakan dengan ceramah mengenai konsep makanan atau produk halal dalam Islam. Ada beberapa perkara yang agak mengejutkan juga bagi diriku apabila al-Ustaz menyebut tentang babi. Rupanya banyak juga keistimewaan dan kelebihan binatang babi mahluk Allah ni. Habis tu kenapa Islam mengharamkan bagi umatnya untuk memakan daging babi ?
Diantara banyak-banyak binatang yang 'disembelih' atau ditangkap untuk dimakan di seluruh dunia, babi menduduki tempat ketiga setelah ayam dam lembu ( rasanya ). Ini termasuk juga di Malaysia. Malah lebih daripada 186 produk dihasilkan daripada beberapa bahagian atau organ daripada babi.
Kalau ditanya, siapa umat Islam yang tidak pernah terkena, terguna, termakan atau tersentuh babi ? Mungkin sukar juga. Malahan suntikan virus imunisasi untuk jemaah haji dan umrah juga mengandungi unsur dari babi.
Sebagai penyelesaian dikira mudah, pastikan apa juga barangan makanan dan kegunaan kita mempunyai cop hahal oleh JAKIM. Ini katanya banyak perkataan atau bahan bahan yang terdapat dalam kandungan sesuatu makanan tu boleh disangsikan kehalalannya, apatah lagi just cop halal yang tidak betul.
Ini diikuti dengan ceramah konsep, falsafah penyembelihan serta syarat-syarat penyembelihan. Ditunjukkan juga beberapa kilang penyembelihan yang pernah dilawati oleh JAKIM, sama ada yang mendapat pengesahan halal oleh JAKIM atau yang tidak memenuhi syarak. Rupanya wanita juga boleh menyembelih, ingatkan lelaki sahaja. Mengadapo kiblat dan membaca basmallah hanya sunat sahaja.
Kemudian sampailah masa yang ditunggu-tunggu, iaitu latihan praktikal menyembelih ayam. Kami dibahagikan kepada 12 kumpulan yang diketuai oleh seorang fasilitator yang membantu dan menunjukcara penyembelihan yang betul. Mula-mula demo daripada fasilitator, kemudian peserta lain ikut di bawah pengawasan fasilitator.
Mula-mula aku berpeluang memegang ayam sekali untuk disembelih oleh orang lain. Belum sempat nak hulur ayam yang aku pegang, sempat si ayam tu memancutkan najisnya. Habis kotor seluar bajuku.
Kemudian aku berpeluang juga menyembelih juga sekali. Aku tidak ingat entah berapa kali aku pernah menyembelih ayam sebelum ini. Lupa sebab dah jarang buat. Main beli kat kedai sahaja.
Cari mana urat halkum dan saluran makanannya yang terletak sedikit bawah dari bahagian kepada pada batang lehernya. Pisau yang diberikan sangat tajam. Aku bawa juga pisau sendiri, tapi kalau guna pisau tu, mata 'beragan' lagi ayam sembelihanku nanti. Sekali tarik lalukan ke atas dan ke bawah tanpa diangkat pisau, terus saja selesai.
Selesai sembelih, kami diajar dan berpeluang melapah bulu ayam dengan mudah sahaja, bersekali dengan kulitnya.
Kemudian membersihkan isi dalam ayam sebelum masing-masing dibenarkan membawa balik ayam yang disembelih tadi. Menurut fasilitator, ayam sembelihan dalam kumpulan kami semunya 'lulus' dan halal untuk dimakan.
Klik Untuk Lagi Gambar Sekitar Program