Pada 11 Disember 2012 lalu, aku berkesempatan mengunjungi Pesta Jom Makan Buah Putrajaya yang diadakan di Presint 2, bersebelahan dengan tapak pasar tani Putrajaya. Pesta ini sebenarnya berlangsung sejak 7hb lagi dan kesempatan cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor aku manfaatkan sesaja jalan untuk merasai pengalaman Pesta Jom Makan Buah. Pesta ini dianjurkan bersama bersama Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( Fama ).
Aku kira tujuan pesta ini mudah sahaja. Bagi mengelakkan lambakan buah-buah yang sedang dalam musimnya ketika itu, maka pesta ini diadakan. Memang buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis, dokong dsan cempedak sedang betrmusim ketika itu. Dikatakan semua buah-buahan tersebut dijual dengan harga yang 30% murah berbanding dengan pasaran luar. Entahlah, murah berbanding standard Putrajaya mungkin juga..
Pelbagai gerai jualan buah dibuka dalam pesta tersebut. Sebenarnya ada dua pakej ditawarkan kepada pengunjung. Pakej pertama seperti biasa kalau ke kedai atau pasar tani serta pasar malam. Iaitu pilih, buah yang dikehendaki sebanyak mana, kemudian timbang, bayar dan makan.
Aku lebih tertarik untuk merasai pakej kedua iaitu, makan hingga puas. Bagi pakej kedua, pengunjung boleh makan sepuas-puasnya dengan bayaran RM15 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berumur enam hingga 10 tahun. Nampaknya ramai juga memilih pakej kedua semasa kunjungan aku ke sana.
Selepas bayar, terus ke kaunter buah durian dan nyatakan berapa bijik buah dikehendaki. Nampaknya semuanya durian D42. Turut disediakan ialah buah manggis dan rambutan, selain sebotol air mineral 500ml setiap satu.
Aku cuma ambil dua biji sahaja sebagai permulaan. Wah isinya memang puas hati, sedap dan tebal. Memang itupun ciri dan keistimewaan durian klon D24. Makan dua sahaja serta beberapa bijik buah manggis dan rambutan, sudah terasa penuh perut. Berbaloikah dua biji sahaja dengan bayaran RM15 ? lalu aku tambah sebiji lagi.
Selepas tak larat nak makan lagi, aku keluar berjalan ke gerai-gerai buah-buahan yang lain, yang menawarkan konsep pertama. Harganya biasa sahaja, tidaklah murah sangat. Selain gerai buah-buahan, turut serta ialah gerai yang menjual anak pokok buah-buahan serta pelbagai juadah seperti jualan pasar malam.
Aku kira ini merupakan langkah mengadakan pesta seumpaman ini membantu hasil usaha titik peluh petani dan peladang dapat dipasarkan kepada orang ramai. Oleh itu, patutnya di adakan di setiap bandar besar, tidak semestinya Putrajaya sahaja.