Pagi ini ada last meeting lagi dengan pegawai IBM dalam mengenalpasi keperluan availability 100% system perkhidmatan jabatanku. Mungkin mereka hendak tahu lebih detail lagi khususnya apa yang kami ada sekarang, lanjutan daripada pertemuan sebelum ini.
Persidangan dan pameran IBM Interconnet berlangsung di dua lokasi iaitu Hotel Mandalay dan MGM Grand Hotel. Jarak antara kedua-duanya kira-kira 3-4km sahaja. Pengangkutan bas atau limo antara kedua-duanya serta hotel-hotel penginapan lain diadakan dari semasa ke semasa mengikut jadual perjalanan yang dipamirkan. So takdelah masalah.
Hotel MGM Grand
Hotel MGM Grand merupakan hotel yang kedua terbesar di dunia berdasarkan jumlah bilik yang sebanyak 6,852 unit. Ia juga merupakan hotel resort yang terbesar di USA. Semasa dibuka pada tahun 1993, ia merupakan hotel yang terbesar di dunia.
Memang istimewa bilik hotelku di MGM Grand. Tapi cuma seperti yang aku kata sebelum ini. Kedekut !!! Semua nak kena bayar … Ada baucer untk SPA, tapi kena tambah bayaran USD10 lagi !!! Dasar kapitalis.
Selama 5 malam aku menginap di sana, kos sewanya adalah sebanyak USD 1,200 !!! Mahal ke ?
Selain Casino serta Arena, MGM juga menempatkan restoren, pelbagai kedai pakaian, cenderahati, auditorium dan dewan pertunjukan.
Premium Outlets North
Habis meeting, juga habislah program selama 4 hari ini. Apa lagi .. Shopping time !!! Selalu diperkatakan belilah di premium outlet yang sering menawarkan barangan berjenama dengan harga yang ‘affordable’.
Aku pula difahamkan ada dua premium outlet. North and South. Tetapi tengahari lepas lunch hour, kami ke Las Vegas Premium Outlets North yang terletak di pinggir Bandar Las Vegas.
Dengan taxi, kira-kira 15 minit sudah sampai. Pemandangan suasana dan binaan bangunannya tidak ubah seperti di Johore Premium Outlet ( JPO ). Apakah pengusaha yanag sama atau ada ‘patent’ yang perlu dikekalkan walau di mana sahaja seluruh dunia ?
Difahamkan outlet ini mula dibuka pada tahun 2003, ditambah keluasan pada tahun 2008 dan diubahsuai semula pada 2011. Agak luas juga kawasannya dan pelbagai kedai mengikut jenama terdapat di sini.
Shopping di sini ada etikanya. Umpamnya berpakaian sopan, tidak dibenarkan membawa ‘pet’, membawa senjata, tidak merokok kecuali ditempat yang disediakan dan membuat sampah. Biasa aje kot ..
Masuk kedai bag Samsonite. Bag jenama Samsonite, memang terkenal, buatannya tahan, ringan dan esklusif. Memang geram dibuatnya melihatkan harga-harganya. Tetapi kalau dharab 3.6, macam mahal sahaja berbanding kalau beli di Malaysia. Ke di Malaysia tidak ori ?
Orang pejabatku kata kalau jumpa jean Levi’s rega USD30, boleh beli. Namun yang aku jumpa ialah sehelai USD 48 dan jika beli tiga helai dapat USD 39.90 sehelai. Mungkin bukan waktu jualan murah.
Di kedai Puma aku segaja beli baju track buatan Malaysia dengan potongan 50% dan tambahan 20% daripada harga asal USD70. Berapa rega Malaysia ? Aku kira banyak juga jenama lain yang buatan Malaysia terdapat di sini.
Tak tahulah kalau betul-betul murah harga di sini sebab akupun takde pakai yang berjenama terkenal yang mahal-mahal.
Cumanya isteriku pesan beli hanbag jenama Coach. Memang aku temui outletnya. Tidak macam di JPO yang nak masuk kena beratur ikut giliran.
Semua barangan diskaun 50% hari itu, Entah-entah hari-hari diskaun tu. Tetapi harganya memang murah walaupun setelah dharab 3.6 berbanding dengan harga di Malaysia. Sebelum ke sini aku survey rega di kedai Coach Alamanda Putrajaya.
Aku rasa yang aku pegang di atas reganya RM1500 kalau di Alamanda, tetapi hanya kekira RM500 di kedai Coach ini. Tetapi pening kepala untuk aku memilihnya, bimbang tidak disukai patern dan warnanya.
Pilih punya pilih, cari punya cari, hari semakin gelap. Lepas isyak baru kembali ke Hotel. Termiss lagi nak ke pertunjukan David Coferfield.
Walaupun kepenatan, terpaksa berkemas sebab esok awal pagi nak check-out bertolak ke Los Angeles pulak.