Awal pagi merancang nak pergi Universal Studio Hollywood ( USH ) hari ini. Lepas tu hendak pergi mana-mana pusat membeli-belah yang bagus di pusat bandaraya Los Angeles untuk shopping lagi sambil menjamu mata.
Bertanyakan orang, camana nak pergi USH ? Jawapnya senang aje rupanya. Hanya ambik satu perhentian berikutnya dengan menggunakan underground train yang rupanya terlelak tidak jauh dari penginapanku.
Underground Train
Tiket pergi balik hanya USD 3.5, tambah USD1 untuk kad baru. Pembelian tiket nampaknya hanya dengan mesin automatic. Pada mulanya agak susah, tetapi ada ‘orang yang tidak sah’ membantu dalam mengambil kesempatan. Apalagi minta tips la …
Pembayaran boleh secara tunai atau kredit kad. Tapi cepat sahaja prosesnya.
Terus menuju tempat menunggu hentian di bawah tanah dengan tangga yang disediakan. Lift juga disediakan khususnya untuk OKU.
Ketibaan keretapi mengikut masa, begitu juga perjalanannya. Nampaknya bukan setakat orang, tetapi basikal dan haiwan peliharaan seperti kucing anjing pun ada yang dibawa masuk. Entah nak kemana agaknya.
Tiba Universal Studio Hollywood
Tiba di stesen berhampiran USH, keluar dan menuju ke satu tempat dimana ‘bas’ atau kenderaan khas sedang menunggu untuk membawa kami ke pintu masuk USH.
Kenderaan khas ini mempunyai beberapa gerabak yang setiap gerabak boleh muat sehingga 25 orang. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma.
Singkat sahaja perjalanan, sudah sampai. Daripada luar, tidaklah kelihatan gah USH ni. Lalu kami cari tempat jualan tiket masuk dengan menyusuri kedai-kedai yang terapat di luar kawasan USH.
Sempat mengambil gambar kenangan di luar gate masuk berhampiran tempat jualan tiket. Kalau di Universal Studio Singapore ( USS ), ada globe yang berputar menarik berserta tulisan Universal Studio. Tapi sini takde, biasa saja.
Kaunter penjualan tiket agak banyak, beratur menungu giliran pun tidaklah lama. Beli tiket dengan harga USD 95 ( = RM 350 ?? ) dengan promosi boleh pakai sepanjang tahun 2015 !!!
Mungkin tawaran itu untuk pelancung luar saja kot. Bila lagi nak datang sini, ada potensi ke ? Since harga tiket pun sama, tidak kisahlah.
Masuk sahaja, beberapa karaktor daripada filem Universal Studio dipertontonkan dengan pelbagai caranya.
Orang ramai termasuk aku tidak melepaskan peluang bergambar bersama.
The Water World
Masa kunjungan aku di USS, ianya sedang direnovasi. So kali ini berpeluang lihat yang di USH. Ia merupakan persembahan di set studio berdasarkan filem berjudul Water World.
Mungkin set persembahan adalah sebagaimana yang di gunakan dalam filem sebenar atau yang dibangunkan semula. Lihat daripada youtube dibawah yang lebih kurang sama dengan yang aku lihat.
Cukup menarik dengan aksi, kenderaan laut serta system bunyi dan special efecknya.
Dimaklumkan bahawa aksi atau lakonan disampaikan sendiri oleh pelakon yang terlibat sendiri sama ada dalam filem sebenar Water World atau filem lain.
Selesai persembahan, pengunjung tidak melepaskan peluang pula bergambar dengan antara para pelakon.
Studio Tour
Sungguh panjang queuenya. Kekira 30 minit baru dapat naik tramp yang disediakan. Tapi tidaklah sampai penoh semua seat penoh setiap kenderaan.
Dalam perjalanan, di tunjukkan beberapa set studio serta bangunan yang digunakan untuk pelbagai pengambaran filem mengikut kesesuaian era, sama ada modern, lama dan koboi.
Beberapa suasana ditunjukkan seperti hujan dalam filem, air deras mengalir dan melimpah seperti banjit kilat atau flash flood.
Beberapa koleksi kenderaan yang digunakan dalam filem-filem Universal Studio. Antaranya kereta Back To The Future, The Flintstone dan Knight Rider.
Kemudian kami memasuki bangunan yang dikatakan merupakan set skrin filem 3D yang terbesar di dunia dengan saiz 2m X 61m x 12m. Ia merupakan salah satu tarikan studio tour di USH. Dalamnya kita dipaparkan bagaimana King Kong bertarung dengan dinosour. kenderaan kita pun bergegar jadinya. Macam real ..
Kemudian ditunjukkan bagaimana simulasi suasana gempa bumi digambarkan dalam filem. Yang penting dalam siri jelajah ini kita kena relak sahaja dan enjoy dengan apa yang ditunjukkan. Usah takut-takut.
Agak luas kawasannnya, kalau berjalan kaki memang pengsan. Set sebegini tiada di USS. Kalau ada pun cuma beberapa contoh bangunan lama mengambarkan set dalam filem. Aku raas keseluruhan 'pengembaraan' tadi adalah sekitar 45 minit.
The Shrek
Agak panjang queue ketika aku berada di area ini. Tetapi aku rasa tidaklah lama sangat. Sedang yang di dalam studio masih dengan tayangan agaknya, kami yang di luar telah bermula dengan sesi pengenalan.
Aku kira sama sajanya persembahannya dengan yang pernah aku alami di USS, tetapi dewan tayangannya mungkin kecil sedikit.
Kalau di USS, keluar dewan tayangan setelah selesai terus ke kedai jualan The Shrek.
3D Transformer
Tarikan yang sama nampaknya seperti di USS. Mungkin Universal Studio kena mengekalkan kemahsyuran filem ini bagi mengekalkan tarikan untuk pengunjung datang, masuk dan mengalami studio Transformer.
Seperti di USS, ada karaktor transformer untuk bergambar bersama. Kena beratur ikut giliran.
Perjalanan masuk, hiasan lorong dan suasana macam sama saja dengan di USS.
Sampai terus masuk ke dalam kenderaan tanpa queue dan dibawa dalam dunia transformer. Persembahan dalam USH juga rasanya seperti sama dengan yang di USS.
Since dah sama, maka tidaklah begitu saspen atau menakutkan, dah tahu jalan ceritanya.
Baru dapat menghayati bentuk dan watak mahluk transformer tu. Cumanya tidak terasa angin apatah lagi aircond. Tidak terasa angin khususnya ketika kenderan kami menjunam ke bawah bangunan sebagaimana prnah aku rasai di USS. Ke perasaanku sahaja ?
Muzium Universal Studio
Menarik disni walaupun perlu banyak membaca bagi menghayati sejarah, perkembangan, pencapaian dan impak Universal Studio kepada dunia perfileman.
Universal Studios Inc. juga dikenali sebagai Universal Pictures telah bermula pada tahun 1912 oleh gabungan beberapa pengusaha. Ia menjadi semakin terkenal apabila filem-filem keluarannya mendapat sambutan box-office.
Kecil sahaja muzium ini, tetapi padat dengan pelbagai perkara.
Krusty Land & The Simpson
Di dunia Krustyland, aku hanya tengok daripada luar sahaja memandangkan agak menarik rekabentuk luarannya.
Ku lihat persembahan di dalamnya berupa roller coaster, tak sanggup nak masuk … huhu. Sempat bergambar juga dengan watak The Simpsons walaupun aku bukan minta sangat watak ini masa kecik-kecik dulu..
Banyak persembahan berupa game di luar kawasan tersebut, tapi macam kurang sambutan. Mungkin factor masa.
Despicable Me
Ini kartun yang watak utamanya bernama Minion. Persembahan ini merupakan tarikan yang baru disediakan. Walaupun nampak menakutkan dengan gambar seolah-olah naik coaster, rupanya tidak.
Beratur di dalam di tempat yang disediakan secara berkumpulan 4-5 orang. Kemudian dikisahkan tentang apa yang akan berlaku dalam dunia Minon.
Seterusnya kami masuk ke dalam dan duduk di atas bangku khas sambil tangan kami diminta memegang kuat palang bangku. Pakai cermin mata 3D, lampu dimatikan dan show bermula. Argh …. Rupanya kami seolah-olah naik roller coaster bergerak ke sana sini. Saksikan sebagaimana youtube di atas.
Yang mengerikan ketika rail conter tetiba terputus, seolah-olah kami jatuh dan kemudian ada yang menyambut … semua dalam keadaan yang pantas dan meletihkan. Aku jadi pening kepada, terasa macam real naik roller coaster dengan gegaraan bunyi dan terasa anginnya.
The Animal Actors
Agak menarik. Persembahan oleh haiwan yang sering muncul dalam filem yang dikendalikan oleh jurulatihnya. Antaranya anjing, kuching, ayam, burung.
Ditunjukkan bagaimana haiwan tersebut diajarkan dengan arahan-arahan tertentu sebagaimana dilakukan dalam filem yang melibatkan mereka.
Sakisaikan rakamanku sebagaimana dalam youtube di atas. Mungkin pening sikit, tak pro.
Lain-Lain
Pelbagai lagi persembahan dan tarikan dalam USH. Aku tidak pasti apakah aku pergi mengunjungi semua tarikan yang disediakan.
Tarian pekerja kontrak ... aku tidak pasti dari filem mana ? Mungkin persembahan biasa saja kot.
Gambaran di kota Perancis suatu ketika zaman-saman dulu kot.
Di restoren koboi di luar USH. Dalam USH pun banyak restoren. Tetapi tak terfikir pulak nak cari sama ada terdapat restoran makanan halal. Sure takde kan ?
Tidak dapat beraksi di bandar Hollywood dengan latar belakang perkataan Hollywood tu, boleh lakukan di USH sebaik tamat Studio Tour. Yang di belakang tu adalah gambar besar sahaja, macam bill-board. Jadi jangat tertipu.
USH vs USS ?
Memang luas sungguh USH, aku kira kalau sehari suntuk nak layan semua yang ada, mungkin agak sukar juga.
Jurasic Park ditutup untuk kerja-kerja renovation pulak, kalau tidak boleh buat perbandingan dengan yang di USS. Kerja tersebut dijangka siap pada April 2015.
Selain Krusty Land, Fun Land pun rasanya takde di USS. The Mummy ada, tapi aku 'takut' nak masuk. Huhu ...
Yang tiada di USH berbanding di USS ialah roller coaster. Apakah ini strategi pemasaran Universal Studio ? Namun terdapat pembinaan sedang berjalan. Tidak pasti sama ada itu tarikan baru, renovation atau upgrade sedia ada. Terfikir nak datang lagi ??