Walaupun flight balik bertolak lewat petang, namun terpaksa checkout jam 11.30pagi. Dapat extent 30 minit sahaja. Sedangkan zuhor masuk 12.00 tengahari. Solatla di kaki lima. Bag takdelah tambah, Cuma tambah berat.
Perjalanan taxi ke airport asyik melayan celoteh pemandu yang berasal dari Iran. Keluhnya, Amerika ni dasar kapitalis, semua nak kena bayar itu dan ini. Tetapi bila ditanya kenapa tak balik ke Iran, katanya di sana banyak sangat konflik. Pening kepala …
Seperti selalu, memang banyak mesin shelf check-in. Tapi asyik bermasalah sahaja passport aku. Lalu aku ke kaunter juga untuk check-in secara tradisional.
Sebenarnya tidak banyak masa sangat di airport, nak berjalan-jalan pun dah keletihan. So duduk sahaja sambit melayari internet. Terjumpa cokelat jenama yang selalu terdapat di Langkawi. Wah murah walaupun rega airport.
Disini mulai kelihatan orang Islam, khususnya daripada pakai wanitanya yang bertudung.
Penerbangan ke Lapangan Terbang Heatrow London mengambil masa kira-kira 12 jam. Perjalanan malam, aku lebih banyak tidur setelah solat dalam flight. Juadah halal yang diberikan pula tidak begitu menyelerakan. Movies takde yang menarik, terhad kepada yang disediakan sahaja.
Sesedar dah mendarat di London hari sudah siang. Kalau nak dikirakan kiranya aku macam tidak cukup 5 waktu solat sehari semalam, tambahan penerbangan melawan pusingan bumi.
Ke Kota London
Keluar flight terus merancang untuk ke Kota London sebab ada masa kekira 10 jam transit sebelum ke penerbangan berikutnya, iaitu pernerbangan terakhir London-KLIA. Dapatkan tiket keretapi laju, Express Heathrow dengan rega 35paun pergi balik ( = RM 175 ? Pergh … )
Memandangkan ada bag barang yang hendak dibawa, tumpangkan di tempat meletak barang. Pergh, sewa satu beg 10paun !!!
Takpelah, tak larat nak usung ke sana sini terutama di Kota London nanti. Jauh juga jarak dari tempat simpan bag ke stesen keretapii... tangga lagi, lift lagi.
trip perjalanan Airport ke London ada banyak, setiap 20 minit nampaknya. Keluasan dalaman seperti standard ERL sahaja.
Tiket yang diberikan simple sahaja, hanya resit belian tadi. Macamana nak pastikan penumpang ada tiket ? Dalam perjalanan, rupanya ada pemeriksa tiket satu demi satu. Kalau tidak ada atau tidak sempat beli, bayar on-the-spot dengan kad kredit. Boleh buat ke di Malaysia ?
Stesen Keretapi Paddingston
Tiba di Stesen Paddingston, London. Sekejao sahaja, dalam 20 minit. Agak unik bentuk stesen ini. Orang pun agak ramai. Apa yang mereka buat ?
Keluar bangunan stesen terasa sejuk sungguh. Mendung pula tambahan tu. Katanya sekitar 5C. Bercakap pun keluar wap !!!
Belek-belek peta, rupanya tempat menarik seperti Jambatan Thames, menara Big ben jauh dari stesen Paddingston. So jalan-jalan sahaja sekitar stesen. Nak pergi jauh, takut sesat pulak.
Hyde Park
Tarikat terdekat ialah Hyde Park atau Kensington Park. Ia rupa taman bunga di tengah-tengah kota. Menarik juga pemandangannya, tetapi cuaca yang sejuk menjadikan aku tidak selesa.
So, jalan-jalan sahaja sekitar taman. Kemudian cari lokasi yang agak sesuai untuk solat dalam taman tersebut. Tak terjumpa masjid atau surau atau yang seumpamanya untuk solat sedangkan tampak ramai juga yang bertudung yang lalu lalang.
Sambil jalan melihat bangunan-bangunan yang unik senibinanya, sempat juga melihat bas-bas bertingkat yang agak sinonim dengan kota London.
Banyak juga kedai-kedai menjual souvenir. Aku just beli satu dua sebagai kenangan memijak bumi London.
Patutnya tinggal barang sehari dua di Kota London sebelum pulang ke KLIA, silap la. Baru puas hati. Tapi ongkosnya ???
Singgah lunch di gerai makanan halal. Tetapi masakannya berair ala-ala Cina, tidak mampu nak menghabiskannya.
Balik Airport
Balik semula ke airport bersiap untuk check-in. Seperti di Paris, juga disediakan bilik Multi-Faith Prayer yang agak luas berbanding airport Paris.
Dua jam sebelum bertolak masih belum dimaklumkan gate flight MH001 yang akan dinaiki. Terasa tak sabar nak menjejaki semula tanahair.
Sambil tu jalan-jalan menziarahi kedai-kedai yang terdapat dalam airport ini. Jumlah Muslim yang ditemui semakin ramai, bedasarkan pakaian muslimahnya.
Banyak kedainya, tapi aku kira mahal sebab ratenya berbanding RM. Ada buku yang aku cari, namun nampaknya tidak kedapatan sama ada di Amerika ataupun mana-mana airport yang aku transit.
MH001 – Last Flight
Akhirnya sampai masa yang dinantikan. Dapat duduk dekat dengan ’dapor’ pesawat. Agak bising tetapi tidak mengapalah. Aku rasa separuh sahaja penumpang. Pramugari siap tawarkan aku pindah ke tempat duduk lain. Sejam setelah berangkat, dihidangkan makanan Malaysia yang memang dirindui rasanya. Maklumlah selama 10 hari sebelum ini, makan entah apa-apa.
Tetapi terasa macam payah pula nak tidur, so aku layanlah movies yang disediakan. Sama macam tempohari sahaja tajuknya, belum tukar filem yang baru. Biasalah pesawat MAS.
Sengaja aku tanyakan pramugari tu, mana bilik solat. Lalu ditunjukkan aku ruang solat yang terletak di belakang pesawat berdekatan tangga naik ke tingkat atas pesawat. Sekadar ruang muat seoang solat dengan tabir. Sejadah disediakan dan arah kiblat tengok map dan panduan di skrin flight entertainment. Ahamdulillah … Aku kira perjalanan yang memakan kekira 11 jam, tidak dapat nak aku lelapkan mataku. Mungkin ada tetapi cuma sekejap-sekejap. Apakah ini tanda-tanda jegtlag lagi ?
Mendarat di KLIA
Tetiba diumumkan akan mendarat dalam masa 30 minit. Headphone dipungut. Alangkah leganya setelah sejam-jam dalam penerbangan. Sesekali teringat kes nahas pesawat, terasa bimbang juga. Tetapi dalam MH001, semuanya tampak stabil sahaja. langgar awanpun tidak kedengaran bunyinya.
Kira-kira 10 hari meninggalkan negara, 10 hari yang tidak selesa sebenarnya. 10 hari yang memenatkan dan penuh pelbagai kenangan. Namun 10 hari itu kurang rekaat solat, kurang berjemaah apatah lagi menjejakkan kaki ke surau masjid serta mendengar kuliah dan menghadiri majlis ilmu. Kalau begini berterusan, terasa syurga semakin menjauh agaknya.
Walau bagaimanapun terima kasih kepada semua yang mengizinkan aku berpeluang merantau jauh begini, meluluskan permohonan, menaja, mendoakan kesejahteraan. Moga banyak pengajaran untuk dijadikan panduan dan sempadan kepada diriku.