Mengikuti Ceramah Khas Maulidur Rasul : Kami Cinta Rasulullah s.a.w tadi malam yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Farkhan al-hafidz. Katanya, disebalik saban tahun kita menyambut Maulidur Rasul, banyak tentang peribadi Nabi s.a.w yang kita tidak tahu atau tidak pernah ambil tahu sebenarnya.
Contohnya nama-nama anak, nama isteri, pak sedara serta para sahabat baginda.
Banyak tentang sunnah nabi yang kita tidak tahu, apatah lagi hendak amalkan mahupun konsisten mengamalkannya. Sedangkan kita terus2an mengaku sayangkan dan cintakan Nabi ? Menurut al-Ustaz lagi, mencintai Rasulullah juga bermaksud mengetahui apa keinginan hatinya yang mahu seluruh manusia kembali Allah. Inilah kemuncak dakwah, mahu menyempurnakan keinginan hati Rasulullah s.a.w.