Setelah beberapa siri kuliah mingguannya tertangguh, Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abdul Hamid kembali dalam kuliahnya Isnin lalu membicarakan tentang Hari Jumaat yang dianggap sebagai hari raya.
Lantaran itu sangat2 digalakkan mandi, berwangi-wangian, memakai pakaian terbaik dan meminyakki rambut. Tidak akan berlaku kiamat kecuali pada Hari Jumaat dan ada suatu waktu dalamnya ( tetapi tidak diketahui secara tepat masanya ) yang dimakbulkan Allah akan doa hambanya.
Membaca Surah Sajadah dan Al-Insan semasa solat Suboh sangat digalakkan kerana mengikut sunnah. Namun Pak Imam kena lihat juga keadaan makmum. Tambahnya lagi, menurut Imam Nawawi, adalah lebih baik membaca satu surah penoh ketika solat berbanding baca sekerat2 atau sebahagian surah. Salam Hari Jumaat.