Kota A Famosa dibina tampak begitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Namun untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama 5 bulan, sehingga dikatakan penduduk yang terperangkap di dalamnya kebuluran sampai terpaksa memakan kucing, tikus malah ada seorang wanita memakan bayinya yang mati.
Akhirnya pada 14 Januari 1641, Belanda berjaya menyerbu masuk dan bermulalah penaklukan Belanda di Melaka sehingga Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824 lantaran Belanda lebih berminat menjadikan Jakarta sebagai pusat pentadbiranya.
Bangunan Stadhyus di belakang adalah contoh peninggalan Belanda. Stadthuys ("dewan bandaraya" dalam bahasa Belanda) dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang halus.
Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!
Kota Santiago
28 Jan 2019 : Singgah ke seni bina tertua Eropah yang masih tinggal di Asia, lambang penentangan penduduk Melaka ke atas penaklukan Portugis.
Malahan dikatakan bahan binaan diambil daripada runtuhan masjid dan bangunan lain.
Ia juga mengingatkan kepada peranan Si Kitol ketika kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511.
Ke Muzium Kapal Selam Melaka
Berkesempatan singgah untuk meliht secara dekat kapalselam yang telah berusia 40 tahun di Muzium Kapal Selam Melaka, satu-satunya di Malaysia. Pernah sampai ke muzium ini 2012 dulu, tapi masa tu belom boleh masuk ke dalam ‘perut’ kapal selam tu.
Kelihatan besar giler daripada luar, namun ruang begitu sempit laluan didalamnya. Agaknya diaorang kalau solat pun berbaring atau duduk sahaja.
Tapi kapalselam ini sebenarnya digunakan sebagai latihan oleh Malaysia sebelum kerajaan membeli kapalselam lain.
Ia kemudiannya di bawa ke sini oleh kerajaan Melaka dengan kos RM12 juta khabarnya, untuk dijadikan muzium.
Tiket masuk hanya RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.