Singgah lagi ke Masjid Selat Melaka yang terletak di Pulau Melaka, sebuah pulau buatan yang terletak di Selat Melaka, berhampiran Banda Hilir atau Bandaraya Melaka. Mungkin antara masjid tercantik di Malaysia yang kelihatan seperti struktur terapung sekiranya paras air adalah tinggi.
Dengan kos pembinaan kira2 RM10 juta, masjid itu mula digunakan pada tahun 2005 dan mampu menampung 2,000 jemaah pada satu2 masa.
Mungkin berbeza dengan masjid2 lain di Melaka kerana masjid ini diinspirasi daripada masjid terapung di Jeddah, Arab Saudi hasil cetusan idea mantan Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Namun difahamkan kurang aktiviti ilmu seperti kuliah maghrib dan subih diadakan di sini. Mungkin lantaransering diknuungi pelancong serta kurang ahli karih khususnya waktu suboh.
Pembangunan lain di Pulau Melaka pula nampaknya agak kurang rancak dan tidak banyak kedai komersial dibuka dan berpenghuni sejak mula dibuka. Kalau tiada masjid ini, tenti lagi sunyi agaknya.
Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!
Masjid Kubah Lapan
Saja singgah ke Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, Terengganu yang mendapat jolokan sebagai Masjid Rusia kerana seni binanya seperti St Basil Cathedral di Moscow, Rusia
Masjid yang masih dalam pembinaan menerusi sumbangan derma orang ramai itu adalah bagi menggantikan masjid kayu sebelum ini, yang berusia lebih 100 tahun dan usang. Namun ia telah mula digunakan Raya Aidil Fitri tahun lalu. Sumbangan masih dialu-alukan.
Bank : CIMB (Cawangan Jerteh)
Nombor Akaun : 8601938709
Pemegang Akaun : Masjid Kampung Lapan Kotak, Besut Terengganu Darul Iman
Sila Hubungi :
1. En. Azmi Bin Jaafar : 013-955 6003
2. Tn. Hj. Ahmad Wan Yaacob : 013-971 5840
3. En. Mat Din Bin Mohamed : 013-919 7543