Pasar Ikan Tawau

Atas urusan rasmi aku ke Tawau pada 11-12 Mac 201 lalu. Ini merupakan kunjungan aku kali kedua ke sana. Kalau yang pertama dahulu aku menjejaki Pasar Tanjung, tetapi kali ini aku berkesempatan untuk ke Pasar Ikan Tawau yang terletak bersebelahan sahaja. Apa barang ? Datang jauh-jauh, masuk pasar ikan basah pulak. Bukan nak masak.

Rupanya banyak yang menarik dalam pasar tersebut. Banyak pilihan ikan dan fresh. Kebanyakkan ikan atau udang yang dijual bersaiz besar-besar. Macam tak kelihatan ikan yang kecil-kecil.

Tapi yang bestnya, harganya kira murah-murah. Terfikir pulak, kenapa murah. Aku difahamkan kerana jeti pendataran ikan terletak bersebelahan, malah bersambung dengan pasar ini. Itu yang boleh murah reganya.

Satu lagi sebab ialah kerana bandar Tawau dekat sahaja dengan Indonesia. Malah sebuah pulau dalam jajahan Indonesia boleh kelihatan di pinggir pantai bandar Tawau.

Lantaran itu, banyak tangkapan oleh nelayan Indon dijual di sini yang tentunya reganya murah lantaran duit kita lebih mahal daripada Rupiah Indonesia, sedang bagi mereka lebih mahal atau menguntungkan jual di Malaysia berbanding jual di Indonesia sendiri.



Memang geram tengok ikan-ikannya. Belilah sedikit sebagai kenang-kenangan. Ikan dibeli kemudian dikumpul di suatu kedai, lantas dimasukkan dalam kotak bersama air batu supaya kesegarannya terpelihara.

Sampai airport, salin dengan kotak lain sebab syarikat penerbangan flightku tidak membenarkan kotak yang mengandungi ikan tersebut dimasukkan sebagai bagasi, sebaliknya kena bawa sendiri dengan tangan dengan berat tidak melebihi 7kg sebagaimana biasa.

7 comments:

  1. Salam. Nak tanya, naik Air Asia ke? Memang lepas eh kalau nak bawak balik ikan naik flight? Pembungkusan camne?
    Harap dapat reply. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Takde hal, lepas beli minta penjual tu packingkan or tanya dulu boleh packingkan or not. Kalau naik MAS boleh masuk as bagasi, tapi kalau naik Air Asia kena hand carry.

    ReplyDelete
  3. salam 1 malaysia bagi yang ingin ikan perbagai jenis
    kering ataupun basah boleh hubungi saya di no saya
    0178336223,terima kasih, bagi yang luar kawasan
    boleh runding untuk peghantaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan basah udang dan ikan masin,amplang juga

      Delete
  4. kos pghantran lain harga,bagi kawasan tawau saja tak di kenakan cas tq owner blog ni

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:03 PM

    Saya ada jual ikan tengiri dan kembong dari tawau ke johor. Peniaga restoran di johor boleh pesan. Fresh n murah

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:05 PM

    No tel 0168309646 kamal

    ReplyDelete