Pembukaan Stesen Petronas di Saujana Utama

Sabtu 11.00 pagi, 30hb Disember 2006 dengan rasminya Stesen Minyak Petronas Saujana Utama dibuka. Senang banyaklah sekarang. kalau rega seliter RM2.00 pun tak pe ... ops !!! Tak payah nak keluar Saujana just untuk isi minyak sejak duduk di sini tahun 2000. Akupun cuba try isi, sekali dengan test guna kad kredit. Sebelum itu, pengusahanya, Encik Zakaria Daud membuat majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Surau Al-Hidayah sempena pembukaan itu. Khabarnya buka 24 jam. Harapnya janganlah jadi sasaran perompak dan penyangak pulak. Heharapnya lepas ini disediakan mesin ATM pulak.

Hendak Sekolah Mana ?

Khamis, 28 Disember lalu pergi hantar anak menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar SRA/KAFA Integrasi bagi Zon Timur Kuala Selangor di SRA Bt 8, Ijok. Keterangan lanjut di http://kidas.saujanautama.com. Lepas tu singgah ke sebuah sekolah yang anakku mendapat tawaran masuk. Dah balas surat penerimaan untuk daftar 8hb Januari. Asrama di sediakan, namun nampaknya suasana kurang kondusif sebagaimana diharapkan. Result PMR 2005 sorang 9A dan 5 orang 8A. Then singgah di SMKA Kuala Selangor. Nampak ok. Lantas 29 Disember pergi buat rayuan kononnya bagi menggantikan anak kawanku yang menolak permohonan ke SMKA Kuala Selangor. Di Jabatan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Selangor katanya memang ada 140 tempat ke Tingkatan Satu, tetapi tawaran dikeluarkan kepada 200 pelajar. So tak boleh simply tukarganti dengan yang menolak. Kenalah tunggu hingga 3hb Januari baru tahu berapa kekosongan sebenar dan 13hb Januari terima tawaran jika berjaya. Argh ... sementara tu duduk SMK Saujana Utama le. Nak tunggu tawaran SBP rasanya payah. Bukan tak seswai SMK Saujana Utama, cuma kalau boleh biarlah dia duduk asrama yang lebih terkawal disiplinnya, sebagaimana kakak dan abangnya.

Kenangan 17 Disember

Last Sunday, 17 Disember pergi jemputan kenduri kahwin anak kepada school-mate masa di SM Sains Johor, Kluang iaitu Syed Zakaria di Restoran Seri Melayu, KL. Alhamdulillah, selain meraikan hari bersejarah rakanku, dapat jumpa kawan-kawan lama sekolah. Apa taknya, mungkin ini rakan sebayaku ex-Sains Johor yang pertama dapat menantu. Pengantin masih muda dan nampak kebudak-budakan, kekira 22 tahun dan masih belajar. Yang lelaki di New Zealand tahun akhir dan yang pompuan di UIAM.
Yang menariknya, khabarnya dah bercinta sejak sekolah tadika lagi. Fuyoo... Agaknya tak mahu berpisah lagi, so kahwin cepat-cepat walaupun belum abis ngaji. Ikut jejak langkah abahnya juga yang kahwin masa belajar di USA dulu. So, takde alasan yang ayahnya nak tolak permintaan anaknya yang nak kahwin cepat agaknya. Sekarang payah nak cari bebudak yang kahwin masa belajar di universiti lagi. Masa ini juga dapat ketemu semula classmate isteriku masa di Matriks UKM Sains Melaka, 1981-82, kini jadi doktor perubatan iaitu Dr Syarifah Zubaidah, yang juga kakak kepada rakanku Syed Zakaria.

Tol naik lagi ....

Nak buat camane, bayo ajelah, doa-doalah moga perjalanan diberkati, selamat sampai ke destinasi, jadi bekalan di akhirat nanti ... kalau malaikat munkar nakir tanya kat kubur nanti, kemana hartamu dihabiskan, jawablah 'buat bayar tol sana sini' ... Selalu naik GCE, kalau jadi naik 40sen maknanya sehari tambah RM 0.80sen. Dharab 22 hari bekerja = RM 17.60. Eh sikit aje bunyinya ... Ingat naik motor itu hari nak jimat kos ke tempat kerja supaya lekas pegi Mekah, tapi eksiden pulak ... rezeki ikut manalah yang Allah nak beri ? Yang agak menarik juga kali ini ialah bila kuatkuasa kadar baru ini. Dengan pengumuman awal ini, apakah ini suatu strategi memandangkan tahun 2008 ialah tahun selewat-lewatnya diadakan pilihanraya. Whatever alasan, whatever rate ... bayo tetap bayo.

Cari tanah baru ?

Last week gi round-round dan berminat dengan satu lot tanah rumah. Rupanya bersebelahan dengan salah sebuah property towkey dan pengasas Sendayu Tinggi Holding. Orang pompuan tentu ramai yang kenali siapa dia. Kerana minat, dia juga ternak itek secara komersial serta binakan sangkar unggas di atas tanah seluas 1.5 ekar. Selain ayam itek, ada burung merak yang cukup menawan. Kat zoo pun payah nak tengok burung merak kembang sepertinya.

Tapi tak pasti entah jadi ke tidak. Jika jadi nampaknya pindah keluar dari SU le ... tapi takkan nak tinggal rumah sebelah reban itik ? Reban tu memang baru, bau kurang kuat lagi, tapi lama kelamaan ... tak tahulah kalau itek tu pakai kosmetik Sendayu Tinggi.

Majlis Penutupan Fasa I : Kajian Pengkomputeran JPJ

Last Friday 8 Disember 2006 bertempat di Cyberview Lodge, telah berlangsung majlis Penutupan Fasa I Projek Kajian Semula Pengkomputeran JPJ, setelah berjalan selama 18 bulan. Fasa seterusnya ialah pengeluaran tender bagi pelaksanaan yang dijangka bermula awal Januari 2007. Majlis ini diadakan bagi memberikan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung dalam projek ini. Beberapa bekas kakitangan JPJ turut hadir, selain pihak consultant iaitu Syarikat NTH dan IBM. Dalam ucapannya Pengarah JPJ mengingatkan kepada semua kakitangan JPJ bahawa, projek pengkomputeran JPJ tidak boleh gagal sebab we have no second chance. Oleh itu komitmen yang tinggi hendaklah diberikan bagi menjayakan projek ini nanti.

Persaraan Ketua Pengarah JPJ

Perhimpunan bulanan JPJ yang juga dipanggil Perhimpunan Setia pada pagi 1 Disember 2006 lalu adalah yang terakhir buat bekas Ketua Pengarah JPJ, Dato’ Emran Hj Kadir. Beliau menamatkan perkhidmatan sebagai anggota kerajaan pada Sabtu 2 Disember 2006 setelah berkhidmat kira-kira 34 tahun 9 bulan.

Dalam perhimpunan tersebut beliau mengejutkan para anggota dengan kisah bagaimana beliau hampir terlantik sebagai Datuk Bandaraya Pertama Shah Alam pada tahun 2000. Tetapi disebabkan beliau bukan anak jati Selangor, maka rezeki tidak menjadi. Set pakaian dan kelengkapan sebagai Datuk Bandaraya yang telah ditempah oleh Kerajaan Negeri mengikut saiz beliau bagaimanapun, menjadi milik beliau. Beliau pernah menjuarai Pertandingan Pantun Peringkat Sekolah Negeri Melaka pada tahun 1966 dan juga Pelakon Lelaki Terbaik Sekolah-sekolah Melaka tahun 1968. Beliau mengingatkan semua anggota JPJ agar berkerja bersungguh-sungguh supaya sepadan dengan gaji yang diterima setiap bulan.

Sebelah petang diadakan majlis penyerahan nota serah tugas kepada pengganti beliau iaitu Tn Hj Ahmad Mustafa bin Abdul Rashid yang bertindak sebagai Ketua Pengarah JPJ Malaysia yang baru mulai 4 Disember 2006. Berikut adalah gambar yang sempat dirakamkan.

Penyerahan Nota Serah Tugas.Memberikan amanat terakhir ...Antara hadirin .. Dari kiri, Ketua Pengarah JPJ yang baru, Dato' Emran dan Timbalan Ketua Pengarah yang baruSidang akhbar .. Mengetip Kad Perakam Waktu buat kali terakhir ...Bersalaman buat kali terakhir barangkali ...Menuju ke medan tabik hormat anggota beruniformBersedia untuk menerima tabik hormat.Memeriksa barisan hormat angggota beruniformOk ... sayonaraTerima kasih Dato' ...Press menemuramah KP JPJ yang baru.

Sebelah malam diadakan Majlis Malam Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan beliau di Princess Crown, KL.

Masih belum ok.

Pergi jumpa Tukang Urut Patah Wak Amin di Seri Ladang, Rengit, Johor. Belia terkejut sebab tanganku masih belum sembuh hingga boleh angkat tangan ke atas. Sekarang terpaksa gandakan senaman tangan supaya ototnya tak jamm. Hari ini cukup 2 bulan daripada kejadian jatuh motor hingga patah tulang clavikalku. Ini yang membimbangkan. Pertengahan Disember appointment dengan pakar Hospital Selayang lagi. Ambil kesempatan untuk minta urut kaki supaya memudahkan untuk duduk antara dua sujud ketika solat.

Kenangan 2 Disember 2006

Hari ini adalah hari perkahwinan sepupu, Shahadah dengan Sarifuddin di Pt Kadir, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Selamat menghadapi kehidupan suami isteri. Alhamdulillah dapat berkumpul dan berjumpa bertanya khabar dengan sedara mara. Yang menariknya dapat ketemu semula guru semasa sekolah kebangsaan dahulu, antara tahun 1970 - 1975 iaitu Cikgu Zaini Salleh ( kalau tidak silap bin nya ). Dulu kira antara guru yang paling garang mengajarku. Selalunya bila beliau geram or marah, dicampaknya apa yang ada di tangan. Kalau pembaris, pembarislah, kalau pemadam papan hitam, kapur atau buku itulah yang dicampaknya. Pernah kerana marah kepada rakan yang duduk di hadapanku, lantas dibalingnya dengan buku, tapi mukaku yang terkena. Kini sudah agak lanjut usianya, tapi masih mampu datang drive dengan keretanya. Terima kasih cikgu kerana masih ingatkan ku lagi, terima kasih atas tunjuk ajarmu dahulu.
Petang ke Kg. Kolam Air, Kluang, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kepada biras. Dalam perjalan pulang singgah di Ladang Dragon Fruit Zinxen di Air Hitam. Agak cantik ladang ini, bersih dan tersusun rapi. Tapi persoalannya ramai ke orang malaysia yang makan Dragon Fruit. Turut di pamirkan gambar sekitar lawatan daripada MB kelantan pada 12 Jun 2006.