Hari ini adalah hari perkahwinan sepupu, Shahadah dengan Sarifuddin di Pt Kadir, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Selamat menghadapi kehidupan suami isteri. Alhamdulillah dapat berkumpul dan berjumpa bertanya khabar dengan sedara mara. Yang menariknya dapat ketemu semula guru semasa sekolah kebangsaan dahulu, antara tahun 1970 - 1975 iaitu Cikgu Zaini Salleh ( kalau tidak silap bin nya ). Dulu kira antara guru yang paling garang mengajarku. Selalunya bila beliau geram or marah, dicampaknya apa yang ada di tangan. Kalau pembaris, pembarislah, kalau pemadam papan hitam, kapur atau buku itulah yang dicampaknya. Pernah kerana marah kepada rakan yang duduk di hadapanku, lantas dibalingnya dengan buku, tapi mukaku yang terkena. Kini sudah agak lanjut usianya, tapi masih mampu datang drive dengan keretanya. Terima kasih cikgu kerana masih ingatkan ku lagi, terima kasih atas tunjuk ajarmu dahulu.
Petang ke Kg. Kolam Air, Kluang, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan adik kepada biras. Dalam perjalan pulang singgah di Ladang Dragon Fruit Zinxen di Air Hitam. Agak cantik ladang ini, bersih dan tersusun rapi. Tapi persoalannya ramai ke orang malaysia yang makan Dragon Fruit. Turut di pamirkan gambar sekitar lawatan daripada MB kelantan pada 12 Jun 2006.
setiap hari saya akn lalu ldanag cina ni sbb hantar adik yg kerja d institut haiwan kluang. nasib cina ni baik, ntah macam mana dia blh sewa tanah kat situ... sebenarnya ada bnyak lagi pengusaha bumipitera yang mengusahakan ladang buah naga ni.. dalam kawasan pertanian air hitam pun berekar2 juga yang mengushakan ladang ni.. kesian depa, hampir semua ladang depa tenggelam - banjir... ladang cina tu tinggi jadi tak tenggelam...
ReplyDeletepokok nie tak boleh tenggelam dalam banjir yang lama ke ?
ReplyDelete