Pada 20 Disember 2006, aku dihadiahkan oleh rakanku 4 ekor kucing. Katanya kucing Parsi, tapi entahlah. Seekor ibu dengan 3 ekor anaknya. Ibunya dinamakan 'Angel' manakala yang lainnya diberikan nama Blacky, Whitty dan Brownie berdasarkan warna. Cabaran bermula pada malam pertama apabila kucing berkenaan berak dalam sangkarnya sedang kami belum bersedia dengan segala keperluannya. Ah, busuk benor !!! Esoknya belikan makanan, pasir tandas serta beberapa bekas. Alhamdulillah nampak ok sikit. Pelan-pelan kena 'ajar' kucing tu berak di tempat yang betul. Ini penting bukan setakat tak mahu kotorkan kawasan rumah, tapi juga bagi menjaga keharmonian jiran. Beberapa hari kemudian baru nampak seronok dengan telatah kucing berkenaan. Si Angel pulak selalu ikut gi surau, lepas tu entah pegi ke mana. Kekadang tu balik 'rumah' asal dia, begitulah yang dikhabarkan oleh tuan asalnya. Waktu malam dan waktu kami sekeluarga keluar takde rumah akan dipastikan dikurung dalam sangkarnya. Itu yang sibuk sikit waktu pagi, antara nak bersihkan sangkar dan beri sarapan sebelum keluar gi kerja or sekolah.
Awal Januari, ketiga-tiga anak kucing berkenaan nampak tak sihat. Mata berair dan tak ceria. Disebabkan nampak makin kritikal maka pada Ahad 7 Januari lepas, terpaksa hantar ke Klinik Verterina di Shah Alam. Kiranya first time jumpa doktor haiwan. Katanya sakit mata serta flu bagi Brownie dan Whitty. Tapi bagi Blacky nampak kritikal, selain cirit-birit disyakki kena virus. Diberikan suntikan serta ubat pil. Kena caj RM 110, fuyoo ... Demam manusia pun tak semahal itu. Beberapa hari lepas berubat nampak OK kecuali Blacky yang masih susah dan enggan makan ubat. Kena paksa-paksa dia ...
Memang sukar menjaga dan membela kucing terutama tinggal kat rumah teres. Rasulullah s.a.w juga dikatakan suka juga kepada kucing, tapi kat sana pasir banyak dan senang kot kucing tu nak berak mana-mana. Kalu juga difikirkan daripada segi kos, boleh tahan juga kos manitenancenya, makanan dan pasir tandas lagi. Cuba berikan susu khas untuk kucing, tapi tak minum setakat ini. Nak yang 'mahal' jugak. Teringat satu ustaz yang juga amil zakat fitrah cerita yang beliau ditanyakan sama ada kucingnya kena juga fitrah. Maklumlah maintenancenya tinggi mengalahi manusia ... heharapnya kucingku tak berikan banyak masalah penjagaan dan ongkosnya.

humanggg aihhhh... memang kalah bill perubatan maklosia nie....
ReplyDeletecomel yang belang cicak tuh...
kucen nie tua2 dok menyusu lagik kat mak dier ? perggghhhhh
peuhhh, saya respeklah sama you, bak kata orang, kalau nak bela binatang tu, bela betul-betul...semoga diberi ganjaran pahala yang tinggi atas pengorbanan ini
ReplyDeleteNak kena rajin bela kucing ni. Thought of having cats also but on second thought, we are not prepared just yet. Hamsters will do. Hopefully yours never litter on neighbours'. hehehe
ReplyDeletejhm, kalo nak bela kucing bela betol2. jgn jadik mcm sesetengah manusia yg tahu bagi makan kucing tapi tak reti nak jaga kucing - sediakan tempat kencing berak dia, sakit pening bawak pi jumpa doktor, pada cheq amatlah kejam kalo owners buat camtuh. ada pesen owners suka biarkan kucing dia berak rumah jiran sesuke hati pastu buat donno jerk...boring ahh!!
ReplyDelete