Album Ke-2 Akhil Hayy

Nampaknya Ustaz Rock kita dah keluarkan album keduanya di bawah Inteam Records. Rezeki dia nampaknya selepas kejayaan terima Anugerah Platinum hasil jualan album pertamanya sebanyak 30K. Albumnya kali ini nampak kurang 'rancak', tetapi banyak mendayu-dayu. Daripada segi vokal serta susunan muziknya nampak lebih mantap berbanding daripada album pertama. Lagu 'Di Bawah Satu Cahaya', bercorak patriotik sikit, simple tetapi nampak menarik liriknya. Rasa nak jemput lagi beliau ke Surau Al-Hidayah tahun 2007 nie ... dua kali datang sebelum ini mencatatkan rekod sama ada daripada segi kehadiran serta kutipan derma yang diterima. Memang beliau mempunyai peminatnya yang tersendiri dan ramai yang meminta beliau dijemput datang lagi ... tapi rasanya berilah peluang kepada 'agensi' lain. 5 Mei nanti Surau Al-Hidayah nak anjur Karnival Jom Ke Surau, tapi sempat ke ?

Di Bawah Satu Cahaya

Kita adalah saudara, asal dari Adam dan Hawa
Dibuai oleh gelombang, dibesarkan zaman
Di bawah satu cahaya,

Dulu kita ikrar bersama
Dari kalam dan sirahnya, kita taat saling percaya
Yakin dalam melangkah, lewati badai sejarah

Pada arah yang sama kita berdiri
Pada air yang sama kita bersuci
Pada takbir yang sama jangan bertengkar
Pada doa yang sama usah menyendiri
Sebarkanlah ... bersabarlah

Mari kita renungkan, lalu kita bertanya
Benarkah kita manusia, benarkah bertuhan
Katakan ... Dialah tujuan

Tahniah Faisal Tehrani

Tahniah dariku ... sempat sms kepada beliau lalu dibalasnya 'Alhamdulillah, trm ksh' pada 24 Feb jam 3:54pm. Kecoh kejap anak-anakku .. 'Fuyo ... dapat SMS dari Faisal Tehrani'. Walaupun takde baca novelnya tapi anak-anakku selalu bercerita tentangnya serta karyanya. Pada mulanya bimbang nak SMS, kot ada di luar negara. Masa datang Saujana Utama 3hb Feb lalu, katanya nak ke Beijing atas undangan serta kajian di sana. Tapi kalau diluar negara camana boleh muncul di surat khabar ...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke- 22

Tak sedar masa berlalu ... 20 Feb lalu genap or ulangtahun perkahwinanku kali ke-22. Maknanya kawin masa usia 22 tahun dan ketika itu dalam tahun 3 ngaji di UKM. Ya, 22 tahun lalu dan adakah masih ada 22 tahun juga untukku bernafas di alam pinjaman Allah ini, jika ikut usia Nabi Muhammad s.a.w ... Doakan kesejahteraanku bersama isteri dan keluarga hingga akhir hayat. Amin ....












Jem manjang .....

Sejak dua menjak ni, sama ada keluar kat Tol Damansara or Jalan Duta ... jem manjang ... apasal agaknya !!! Letihhhhhhhhhhhhh .. Tahulah, kalautak jem bukanKL namanya tapi bulan nie dah dua kali punchcard 'merah', walaupun waktu keluar rumah rasanya tak berubah. Kenapa yeak ?

Sebab kereta sekarang rega murah ke ? Waktu Subuh lewat masuk ? Matahari lewat naik, jadi silaukan pemandangan ? Ekoran rega road-tax turun ke ? Dua malam lepas mimpi naik semula motor elegent WNT1663 yang tersadai kat rumah lepas eksiden 2 Oktober 06 lalu ... arghhhhhhhhhhhhhhh

Oh Liverpool ku ...

Tak tahulah entah macam mana jadik minat kat Kelab Bola Liverpool. Teringat masa Form 1 di asrama SMS Kluang Johor dulu, roomate katil sebelah school player, Hishamuddon namanya. Dia selalu beli majalah ‘Shoot’ tapi dia bukannya peminat Liverpool , Entah-entah masa tu Notingham Forest !!! Tapi selalu belek-belek majalah tu, jadi minat. Kenapa Liverpool tidak yang lain entahlah ... I just don’t care sapa pemiliknya, sponsornya malahan kekadang tu pengurusnya sendiri. Yang penting tengok pemainnya beraksi atas padang. Memang banyak asam garam, pahit maung, drama dan kejayaan yang menjadikan Liverpool semakin spesial kepadaku. Teringat nama-nama dari Kevin Keegan, Ian Rush, Kenny Daglish, John Barnes dan Micheal Owen. Rakaman dalam bentuk VCD pencapaian untuk beberapa tahun kebelakang turut menjadi simpanan. Sesekali seronok juga menontonnya .... khusunya game yang Liverpool bangkit selepas ketinggalaan dalam perlawanan 'penting'. That is the beauty of Liverpool ... Sakit hati menonton Malaysia kalah tak sama dengan kepedihan apabila Liverpool kalah.

Tetapi kegagalan DIG untuk membeli kelab Liverpool kepada American ( George Gillett dan Tom Hicks dengan £470million ) dianggap sungguh mengejut dan menyedihkan. Harapan nak gugurkan nama jenama arak kat jersi Liverpool sekarang barangkali musnah sama sekali. Rasanya ada sentimen anti-Islam yang menyebabkan DIG tewas dalam perebutan membeli Liverpool ... sedangkan sebelum ini DIG seakan hampir pasti memiliki kelab tersebut.

Kenangan Sambutan Maal 1428H Al-Hidayah

Alhamdulillah, pada 3hb Februari lalu, sambutan Maal 1428 Hijrah telah berjalan dengan baik sebagaimana dirancangkan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat, mengambil bahagian dan memberikan pelbagai sumbangan. Selain perancangan aktiviti untuk ahli qaryah yang dibuat sebulan sebelum, hanya tempahan penceramah novelis serta Dato' Hashim yahya dibuat kira-kira 3 bulan awal. Namun ketidakhadiran Y Bhg Dato' Hashim Yahya ( UIAM ) yang digantikan dengan Y Bhg Dato' Dr Hassan Ali ( Pengarah AKRAB ) pada saat akhir merupakan suatu bonus.

Memang ramai yang terlibat, termasuk anak-anak dalam mengambil bahagian dalam acara yang diadakan. Apakah kesannya kepada mereka ? Semoga dengan penyertaan mereka akan dapat meningkatkan rasa kasih dan bangga dengan Surau Al-Hidayah sebagai pusat komuniti selain beribadah untuk kita semua serta mengingati kembali peristiwa penghijrahan Rasulullah. Kira-kira RM2000 dibelanjakan untuk menganjurkan program tersebut. Tetapi daripada sumbangan yang diterima, kira hampir pulang modal. Dengan ini tidak tercapailah hasrat as in the last meeting AJK iaitu before AGM 1 Julai 2007 nanti duit dalam akaun Surau Al-Hidayah ialah RM10 sahaja. Setiap aktiviti ada 'pulangan modalnya'. Selepas ini apakah program 'lima bintang' akan menyusul selain program kuliah mingguan ? Tak pun kita derma kepada mereka yang memerlukan. Sebenarnya ada banyak program yang ingin dilakukan tapi rasanya agak sukar ... antaranya :-

a. kelas ngaji al-qur'an untuk dewasa dan remaja ... pengajar dan masa sesuai ?
b. meningkatkan bahasa inggeris kepada anak-anak ahli qaryah ... sedih dengar keputusan math dan sains anak-anak Islam di SMKSU ...
c. meningkatkan penguasaan jawi kepada anak-anak ahli qaryah ... sedih dengar ketidakupayaan mereka yang berkait rapat dengan 'Keislaman' mereka juga,
d. tuisyen percuma kepada mereka terpilih, sama ada kita anjur sendiri or bayarkan bulanannya,
e. meningkatkan kualiti solat kepada anak-anak remaja, drp segi bacaan dan istiqamah,
f. atau yang seumpamanya yang memberikan impak kepada ahli qaryah dalam berpegang teguh kepada tali Islam.

Tetapi mengenangkan AGM 1 Julai 2007, rasanya macam takde masa saja lagi ( wife pun dah bayangkan saat 'indah dan seronoknya' selepas 1 Julai ). Mungkin nak kena ambik cuti khas dan bersama AJK lain pergi jumpa Pengetua SMKSU serta Guru Besar SKSU, buat join venture program ke ... tapi mereka kan ada PIBG ??? Argh .... nak jadi YDP PIBG SMKSU lah cam ini .... ops !!!! Nak 'menyumbang' tidak semestinya kena jadi AJK kan ?