Nampaknya Ustaz Rock kita dah keluarkan album keduanya di bawah Inteam Records. Rezeki dia nampaknya selepas kejayaan terima Anugerah Platinum hasil jualan album pertamanya sebanyak 30K. Albumnya kali ini nampak kurang 'rancak', tetapi banyak mendayu-dayu. Daripada segi vokal serta susunan muziknya nampak lebih mantap berbanding daripada album pertama. Lagu 'Di Bawah Satu Cahaya', bercorak patriotik sikit, simple tetapi nampak menarik liriknya. Rasa nak jemput lagi beliau ke Surau Al-Hidayah tahun 2007 nie ... dua kali datang sebelum ini mencatatkan rekod sama ada daripada segi kehadiran serta kutipan derma yang diterima. Memang beliau mempunyai peminatnya yang tersendiri dan ramai yang meminta beliau dijemput datang lagi ... tapi rasanya berilah peluang kepada 'agensi' lain. 5 Mei nanti Surau Al-Hidayah nak anjur Karnival Jom Ke Surau, tapi sempat ke ?
Di Bawah Satu Cahaya
Kita adalah saudara, asal dari Adam dan Hawa
Dibuai oleh gelombang, dibesarkan zaman
Di bawah satu cahaya,
Dulu kita ikrar bersama
Dari kalam dan sirahnya, kita taat saling percaya
Yakin dalam melangkah, lewati badai sejarah
Pada arah yang sama kita berdiri
Pada air yang sama kita bersuci
Pada takbir yang sama jangan bertengkar
Pada doa yang sama usah menyendiri
Sebarkanlah ... bersabarlah
Mari kita renungkan, lalu kita bertanya
Benarkah kita manusia, benarkah bertuhan
Katakan ... Dialah tujuan
improve nampaknya Akhil Khai ni.....cuma yang heran tu macam mana anak patung Mr Bean ada kat sebelah cd tu ?
ReplyDeletesaya nak tanya kidas nak buat tuisyen b.inggeris tak.. dulu pernah tanya saya.. tapi mungkin tuan salah paham... kelas yang saya maksud tu kelas intensif... yang hanya untuk sebulan setengah.. sebab tu harga dia macam tu....
ReplyDeletetapi kalu kelas biasa takde semahal tu... saya rasa tuansalah paham kot.. jadi bila saya iklankan tuisyen.. terus di banned agaknya sebab dah takda bila saya check..t.kasih
iklan dibankan mungkin disebabkan prinsip su.com tidak boleh iklan barangan khidmat kecuali melalui administratornya dan sedikit fee dikenakan bagi menampung kos pengendalian su.com
ReplyDelete