Pada 21 dan 22 Julai lalu, aku berpeluang menghadiri persidangan berkenaan yang diadakan di PWTC. GIS atau Geographic Information System kira berkaitan juga dengan IT walaupun pada masa ini my ofis tidak menggunakan GIS. Perkataan GIS pun sebenarnya dah lama dengar, tetapi dengan perkembangan teknologi terkini yang menyokong GIS, aku lihat persidangan ini terbaik buatku mengetahui perkembangan serta mendapatkan maklumat semasa GIS. Pamerannya cukup menarik, walaupun tidak berapa banyak ( cuma 25 agensi ), tetapi very informatif. Seramai 450 peserta mengikuti persidangan dua hari ini, dengan 16 pembentangan kertas kerja.
Semakin luas keperluan teknologi GIS. Dengan penggunaan geoinformasi yang berkesan memudahkan perancangan dan keputusan serta penguatkuasaan yang lebih efektif dalam menangani isu-isu alam sekitar yang semakin serius contohnya bencana alam seperti tanah runtuh, hakisan sungai dan banjir, termasuk kemungkinan-kemungkinan fenomena alam yang akan berlaku pada masa-masa akan datang. Selain itu, penggunaan geoinformasi boleh membantu menangani masalah-masalah sosial yang berlaku seperti krisis jenayah, pusat hiburan tidak berlesen, kemalangan, wabak penyakit dan sebagainya. Ini memudahkan membuat keputusan, merancang pembangunan, pemantauan dan menguatkuasakan undang-undang. Skopnya sama ada peringkat nasional, negeri atau tempatan.
Tetapi cabaran yang penting aku lihat ialah sejauh mana agensi yang terbabit dalam menyediakan GIS untuk keperluan masing-masing, boleh serta sudi berkongsi. After all guna duit kerajaan jugak. Bayangkan rakan lama ku 'Nizam Sup Selipar' yang hadir dari Jabatan Audit kata, jika GIS dimanfaatkan sepenuhnya, mereka tidak perlu turun on the ground untuk membuat auditan. Cukup di depan komputer membuat semakan, seperti betulkah jambatan yang dibena tu panjangnya as sepatutnya hasil peruntukan yang diberikan. Malah menerusi GIS, mampu memberikan maklumat kepada nelayan, dimana terdapat ikan yang banyak.
Satu lagi cabaran yang mungkinmenjadi penyebab perkara pertama tadi ialah perisian serta perlatan yang tidak 'piawai'. Difahamkan masih belum ada 'world' standard yang 'kuat' serta dipatuhi untuk teknologi ini. Isu GIS juga berkaitan dengan soal keselamatan negara apabila dunia mudah dilihat menerusi pelbagai alat yang berlegar-legar di angkasa.
No comments:
Post a Comment