Tn Guru Dato' Dr Harun Din Mimpi Bertemu Rasulullah s.a.w

Ketika sesi soal jawab pada penghujung menyampaikan Kuliah Perubatan Islam pada 21 Julai 2008, satu soalan bertanyakan ‘Berapa kalikah Tn Guru mimpi bertemu dengan Rasulullah’ … tetiba Ustaz terdiam dan dalam keadaan sebak-sebak beliau cuba meneruskan membaca soalan ‘apa pesanannya kalau ada kepada umat Islam’ … Sambil meminta maaf, ustaz terus ‘sebak’ lalu beralih kepada soalan berikutnya. Pada penghujung kuliah pada 28hb Julai 2008 lalu pula, dikemukakan soalan ‘Minta maaf kerana bertanyakan mengenai Ustaz bermimpi Rasulullah’. Ustaz kata tidak mengapa dan tidak salahkan pertanyaan tersebut.

Seingatan aku daripada apa yang ustaz jawab, dapat aku simpulkan yang ustaz mengakui pernah bermimpi beberapa kali bersama dan bertemu Rasulullah s.a.w. Malangnya aku tidak dapat merakam keseluruhan kuliah pada 28 Julai lalu, alat perakam MP3 aku ‘memori full’. Mungkin tidak diizinkan Allah. Kalau tidak, aku dapat membuat transkrip semula. Harap-harap dapat beli VCDnya next week, tapi 1 VCD Cuma 1 jam rakaman sedangkan ketika itu dan lebih 1 jam 30 kuliah, 2 keping kot ?

Apa yang Ustaz kesalkan dalam beberapa mimpi tersebut, beliau seolah-olah tidak memanfaatkan suasana ketika bersama Rasulullah, seperti ketika Rasulullah s.a.w ‘memberikan kuliah’, ustaz seolah-olah ‘mengintai dari luar’ sahaja. Satu ketika Rasulullah s.a.w lalu berhampiran, Ustaz‘ selamba’ aje. Siapalah diri beliau yang begitu kerdil untuk bersama Rasulullah s.a.w, kata ustaz lagi.

Malah Ustaz masih ‘lekat’ dalam ingatannya, bagaimana wajah Rasulullah s.a.w apabila dapat berhadapan bertemu muka sambil memegang erat tangannya. Ustaz yakin itulah Rasulullah s.a.w berdasarkan hadis jika mimpi bersama Raulullah, memang mimpi itu benar. Cuma beliau keberatan hendak mengkisahkan mimpi tersebut dibimbangi timbul sifat tidak baik pada dirinya atau cerita bertokok tambah. Maksud hadis lagi, sesiapa yang berdusta tentang Rasulullah s.a.w, api nerakalah yang selayaknya.

Menurut seorang sahabatku yang lama berguru dengan Ustaz, ini pertama kali dengar kisah beliau mimpi bersama Rasulullah s.a.w. Namun Ustaz pun tidak menjelaskan bila mimpi bersama Rasulullah s.a.w itu berlaku.

8 comments:

  1. apakah benar jika kita sering membaca salawat, kita bisa bertemu dengan rosulullah saw

    ReplyDelete
  2. Mungkin, tapi yang pentingnya mendafat syafaat darinya di padang Mahsyar nanti ...

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:47 PM

    semua org mempunyai peluang utk bermimpi dgn rasulullah s.a.w dgn izin allah

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:53 PM

    tapi persoalanya....apakah kesahihan mimpi Dato' Harun Din itu? adakah benar beliau bermimpi menemui Rasulullah s.a.w? Siapa yang tahu?? Apakah buktinya?

    ReplyDelete
  5. azizul12:25 AM

    bagi saya kita boleh dapatkan bukti itu dgn menilai sendiri datok datok haron din,sedangkan beliau sendiri ade bagitau neraka jahanam barang siapa yang berdusta mengenai Rasullullah s.a.w.. Takkan lah tokoh seperti beliau nak berdusta pula.. sepatutnya kita berfikir dulu sebelum bertanya..siapa klau berpeluang belajar dengan beliau amat2 beruntung n bersyukur..

    ReplyDelete
  6. Allah hu akbar...\\\

    ReplyDelete
  7. Allah hu akbar...\\\

    ReplyDelete