Di Kompleks PKNS 13 September - Bersangka Baiklah Saja

Lepas Zuhor 13 Sept, aku dan keluarga ke Kompleks PKNS dan sekitarnya. Menariknya Kompleks PKNS semasa puasa ini ada persembahan kumpulan nasyid percuma sejak beberapa tahun lalu. Sambil my wife meround, aku duduk aje depan pentas. 13 Sept lalu, ada persembahan dari Kumpulan Brothers dan Muslim Voice yang baru selesai menyertai Akademi Nasyid TV9. Kalau ikut iklan yang aku pernah baca, patutnya yang hadir cuma Kumpulan Devotees. Namun Kumpulan Brothers dan Muslim Voice menarik jugak. Lama tak nampak Brothers, kecuali jadi backup singer dalam Akademik Nasyid tiap minggu. Sedang Muslim Voice rancak berbicara atas pantas, azan berkumandang dan mereka 'pause' menghormati suara azan. Bagus tu.

Lepas itu ke Plaza Alam Sentral, nengok-nengok handphone. Belikan juga handphone untuk Kak Di, sebagai hadiah Hari Lahirnya yang jatuh bulan lepas. Kebetulan handphone N-Gage yang digunakan rosak, tetapi dah antar repair.

Lepas tu, beli juadah berbuka puasa di bazar Ramadhan yang berhampiran Plaza PKNS. Ramainya orang bukan main. Jarang-jarang benar aku ke Bazar Ramadhan pengunjungnya seramai itu. Tak sempat nak 'surver' apa yang dijual. Pakai nampak dan beli aje. Teringat kata-kata ustaz kalau dalam kuliah or Tazkirah Ramadhan, betapa kita begitu pelahap berbeli juadah untuk berbuka puasa. Orangpun berbagai pesen dan gaya pakaian. Entah puasa entah tidak. Sangka baik ajelah, semoga menerima Hidayah daripada Allah. Aku pun belum tentu lagi.

Apakah pengertian puasa bagi kita. Main ikut-ikutan, tradisi atau akur dengan perintah Allah. Daripada Abu Hurairah ra,telah bersabda Rasulullah saw, “Banyak orang berpuasa yang tidak ada baginya daripada puasanya itu, selain daripada lapar dan dahaga”. ( H.R An-Nasai ). Dalam satu hadis lain pulak, Daripada Abu Hurairah ra, telah bersabda Rasulullah saw, “Barangsiapa yang tidak dapat meninggalkan kata dusta dan condong ke arah keburukan serta suka mengerjakan keburukan itu, maka tidak ada bagi Allah keperluan untuk meninggalkan makanan dan minumannya”. ( H.R. Abu Dzi’b )

Kedua hadis ini merujuk kepada kesalahan akibat 'mulut'. Ku kira lebih daripada itu. Puasa tetapi terdedah aurat, pakaian cuma sekerat, belah sana belah sini. Puasa tetapi tidak solat atau melengah-lengahkan solat. Dato' Abu Hassan Din Al-Hafidz dua kali datang ke Surau Al-Hidayah menyatakan bahawa, kesalahan kita ialah terlalu memaksa anak untuk berpuasa, tetapi tidak bertindak tegas terhadap solat. Kalau anak tu sudah akur dan rajin dengan amalan solat, secara automatik dia akan rajin untuk puasa tanpa dipaksa-paksa. Fenomena biasa orangyang puasa tetapi tidak solat, tetapi jarang berlaku orang yang solat tetapi tidak puasa.

Berbalik kepada kisah di Plaza PKNS, akhir sekali aku sekali singgah di KFC sebab nak belikan hidangan berbuka puasa untuk si Najihah sebagai hadiah dapat 9A dalam ujian bulanannya baru lalu. Mak datok, panjangnya queue !!!! Itu belum termasuk yang sudah book tempat duduk untuk berbuka puasa dalam restoran tersebut, sama ada anak beranak bersama keluarga, pakwe makwe atau pasangan belum mempunyai cahaya mata. Berbanding dengan berbuka di kedai atau restoran tepi jalan, sudah tentunya mereka bukan orang musafir. Apakah sekadar berbuka sahaja, tetapi di mana solat maghribnya nanti ? Ya, ada surau tetapi ... baik aku bersangka baik sahaja.


Ah Lega ... Lepas First Test.

Alhamdulullah, lega ... dah lepas satu hal. Walaupun kuliah masih banyaak lagi, namun entah kenapa exam nya dilakukan awal. Agaknya nak beri peluang kepada yang gagal untuk mengulangi. Pada mulanya aku risau juga sebab terlalu banyak doa yang nak kena hafal. Rupanya yang ditest cuma yang kira basic aje atau dipangil 10 Asas Pertama. So lepas ini, kalau nak mendalami dan terus jadi pengamal, kenalah hafal banyak doa. Sebelum kuliah sekarang pun dah mula abaca Asas 10 Kedua.

Lepas test tanya penguji, OK ke Ustaz ? Ustaz Zul yang menguji aku tu sebenarnya yangjuga mengajar kelas tajwid. Aku terpilih untuk wajib hadir kelas itu. Mula-mula ada juga hadir, tetapi lepas tu stop. Sudahlah jauh, di tempat sendiri dan di pejabat tempat kerjakua pun ada juga. Ustaz Zul kata, Ok. Semoga aku lulus hendaknya. Insya'allah.

Bersama Ahli Parlimen Padang Terap

Hari Khamis 4hb Sept lalu, aku berkesempatan bertemu semula dengan Ustaz Mohd Nasir Zakaria. Sebelum PRU12, beliau memang merupakan penceramah regular di Surau Al-Hidayah Saujana Utama. Tetapi apabila terpilih sebagai Ahli Parlimen Padang Terap, maka berakhirlah kuliah beliau di surau tempatku kerana terpaksa memberikan tumpuan dan khidmatnya di Parlimen Padang Terap. Beliau memang orang kelahiran Padang Terap.

Kemenangan beliau di Padang Terap memang aneh sebab kedua-dua DUN dalam parlimen tersebut dimenangi oleh parti lawan. Dalam sembang-sembang lepas terawikh, beliau menceritakan detik bagaimana beliau dipilih sebagai calon sedangkan beliau aktif di kawasan sini, khususnya Subang. Begitu juga rayuan untuk kompromi oleh parti lawan.

Apa yang menarik ialah kisah aktiviti harian beliau dalam mengharungi kehidupan sebagai Ahli Parlimen Padang Terap. Peruntukan bukan ada sangat, terpaksa usahakan sendiri. Jadi board of director mana-mana syarikat kerajaan negeri pun elaun pukul rata RM500 sebulan sahaja yang Menteri Besar tetapkan. Elaun Ahli Parlimen RM6K tiada apa sangat yang boleh dilakaukan. Peruntukan Kerajaan Pusat hanya untuk Ahli Parlimen parti kerajaan, sedangkan patutnya semua Ahli Parlimen dapat.

Dengan kedudukan kewangan yang ada, sukar bagi beliau nak berhadapan dengan karenah rakyat yang masih bermentalitikan, kalau boleh semuanya Ahli Parlimen kena bantu khususnya daripada segi kewangan. Bayangkan katanya, sampai bil kain kafan pun minta Ahli Parlimen jelaskan. Ini belum lagi minta bantuan jersi bola, morey bulan posa, itu dan ini. Kini beliau menubuhkan Tabung Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Padang Terap, bagi mendapatkan sumbangan orang ramai. Pamplet diedarkan di Surau Al-Hidayah lepas terawikh malam itu.

Dulu Ustaz Nasir mempunyai blog sendiri di nasirzakaria.blogspot.com, tetapi kini telah upgrade kepada www.nasirzakaria.com yangturut memaparkan rayun sumbangan tabung berkenaan. Tetapi kata Ustaz, orang tempat dia bukannya nengok internet. Siap tanya, apa itu 'blog' ustaz ? Tambahan beliau, keaktifan dia update blog itu telah menyebabkan rasa kurang senang dengan ADUN di dua Dun dalam Parlimen Padang Terap. Ini menyebabkan mereka juga turun padang yang seolah-olah hendak mencantas atau mendahului aktiviti yang Ustaz sedang atau hendak laksanakan, berdasarkan maklumat dalam blog tersebut.

Transaksi Online - Mudahnya

Hidup makin senang apabila berurusan menerusi internet. Last month aku Renew Lesen Memandu menerusi internet. Lepas 3 hari, aku terima salinan atau slip pembaharuan lesen berkenaan. Aku buat pun sebab masa expired, tak jumpa di mana ku letakkan lesen induknya. Kalau pegi kaunter tentu ditanya mana lesen asal. Kalau tidak kena denda RM30 sebab hilang. So ini satu alternatif untuk ngelak daripada di denda. Kalau di tahan untuk pemeriksaan, cakap aje ada dalam Mykad. Tetapi lepas itu memang aku kebetulan ada singgah di Pejabat JPJ untuk update maklumat lesen memandu ke dalam Mykad secara percuma. Tapi tak ingat di Pejabat JPJ mana.

Last month juga tu juga aku beli tiket pergi dengan bas Transliner serta balik dengan Firefly menerusi internet, KL-Kuala Terengganu. Cetakan selepas transaksi yang bersaiz A4 tu terus menjadi tiket. Tiada extra or service caj dikenakan.

Tadi pula aku apply untuk renew roadtax atau LKM menerusi internet di www.myeg.com.my. Ah ... mudahnya sekali dengan tuntut ribet. Wang ribet akan dimasukkan ke dalam akaun bank aku. Walaupun ada service charge, tapi very minimal dan anggaplah we pay for the convenience. Daripada nak keluar mendapatkan kereta, jem, parking dan masa, lebih baik terus ke intrnet. So, tak payah ambik geran kereta yang tersimpan di bank ( sudahlah jauh ) untuk renew LKM. Tetapi barangkali pihak bank tidak berapa gemar kaedah ini.

Dari Permatang Pauh Ke Putrajaya ?

Apabila Datin Seri Wan Azizah meletakkan jawatan bagi membolehkan suaminya DSAI bertanding di Permatang pauh, rasanya majoriti rakyat Malaysia kata, DSAI akan menang. Bagiku masa tu, letak seluar dalam Anwar yang bertanding, pun tentu dia akan menang. Datuk Anuar Musa ( Kelantan ) pula cadang beri saja DSAI menang anpa bertanding, buang masa aje bagi BN. Namun demi maruah, BN tetap letakkan calonnya. Tun Mahathir pula kata, tidak nampak langsung siapa calon yang seswai nak lawan DSAI.

Kalau ikutkan kandungan media arus perdana, memang nampak teruk DSAI kena belasah, terutama hal peribadinya dan kisah dulu-dulu. Masa inilah kata ada rekodlah, ada rakaman audio dan video. Namun Sukan Olimpik Beijing 2008 menjadi penyelamat bagi mengalihkan selera saluran TVku, tidak setakat TV RTM dan Media Prima. Daripada nengok pelbagai taburan tuduhan demi tuduhan, baik aku tengok athlete Jamaica, perenang USA, bolatampar pantai Brazil or gimnastik wanita Rusia beraksi di Beijing 2008 … ops !!!

Kebetulan masa itupun aku agak sibuk, tak ikuti sangat perkembangan Permatang Pauh selain sesekali melayari laman internet berkaitan. 24 hingga 27 Ogos pula aku mengikuti Kursus Change Management di Sarawak. Para peserta pula asyik mengusik, ‘big change will be started from 26 August’, yang tentunya merujuk kepada Keputusan Pilihanraya Permatang Pauh. Walaupun pilihanraya dah berlalu hampir tiga minggu, namun terasa nak tulis sikit cetusanku mengenainya.

DSAI memperoleh 31,195 undi, BN 15,524 dan Akim 92 bagi memberikan DSAI majoriti 15,671 undi. Apakah ini berupa undi tidak percaya terhadap PM dan tamparan hebat kepada TPM yang menjadi ketua kempen BN ? Alasan kemenangan DSAI menunjukkan demokrasi masih wujud, sekadar nak menyedapkan hati aje. Hakikatnya DSAI menang dengan undi, mojiriti dan sokongan yang bertambah ( sebab ada yang kata bilangan ahli UMNO di Permatang Pauh pun lebih banyak daripada undi yang diterima oleh calonnya ). Rentetan kes serta tuduhan ke atas DSAI sedikitpun tidak memberikan kesan daripada pengundi untuk mengundi DSAI. Malah mungkin simpati. Memang agak menakjubkan bagi kita atau aku sendiri sebagai ‘pemerhati luar’. Tan Sri Muhyidin Yasin melahirkan rasa bimbangnya jika trend sekarang, pengundi cenderong memberikan undi kepada pembangkang. Mungkin Tan Sri Muhyidin bimbang yang UMNO semakin tidak releven kepada orang Melayu kerana beliau berkeyakinan, UMNO adalah Melayu dan Melayu adalah UMNO.

Memang keputusan Permatang Pauh sangat penting. Ia tiket untuk DSAI ke persada Putrajaya. Namun sehingga kini aku sendiri masih sangsi serta tidak yakin akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September sebagaimana yang disasarkan oleh DSAI. Kerajaan baru memerlukan 30 Ahli Parlimen dari BN melompak ke PR. Bukan senang tu … jika tidak jadipun, sekurang-kurangnya kehadiran DSAI akan mengegarkan parlimen dan BN tidak senang duduk kerana kena lebih berhati-hati. Debat Rega Petrol Turun antara DSAI dengan Datuk Ahmad Shabery Chek menunjukkan karisma DSAI dalam hal berhujjah dan berdebat sukar ditandingi. Aku juga tidak dapat bayangkan bagaimana nasib orang seperti Ghani Patail dan Musa Hassan sekiranya DSAI jadi PM Malaysia Ke-6.

Satu tajuk rencana akhbar bertajuk lebih kurang, belanjawan yang dibentang oleh PM merupakan satu tamparan dan jawapan balas kepada DSAI. Hai !! Kalau tiada DSAI, lain ke bunyi belanjawannnya ? Ini merupakan suatu lagi kemenangan moral untuk DSAI setelah harga petrol sekonyong-konyong diturunkan 15 sen beberapa hari menjelang pilihanraya Permatang Pauh. Kalau tiada pilihanraya Permatang Pauh, mungkin rega petrol tidak turun. Tapi sekrang nak turun lagi lantaran rega inyak mentah dunia juga turun. Namun iatu sudah agak terlambat, kerana harga barangan terus naik disebabkan kenaikan petrol mendadak tempoh hari dan tidak akan turun-turun punya. Ayam pun sekarang RM7.00 lebih sekilo, berbanding sekitar RM4- Rm5 saja 3 tahun dulu. Barangkali kerana itulah kibaran jalur gemilang begitu lemah sekali sempena Hari Kemerdekaan Ke-51 yang aru lalu. Jika berada dalam kenderaan di jalan raya, boleh bilang dengan jari, kenderaan yang pasang jalur gemilang.

Kursus Change Management DI Kuching

Alhamdulillah aku terpilih mengikuti Kursus Pengurusan Perubahan di Merdeka Palace Hotel, Kuching Sarawak dari 24 Ogos sampai 27 Ogos 2008. Khabarnya Hotel ini kiranya rating 5 star dan dimiliki oleh Sultan Berunai. Terletak kira kat bandar dan dikelilingi dengan berbagai Muzium. Tapi tak sempat nak singgah sebab masa tidak mengizinkan, 4.30 muzium dah tutup. Pergi Kuching sebelum ini, sempat juga singgah barang dua tiga muzium tersebut.


Kursus dikendalikan sepenuhnya oleh Prof Dr Chong, perunding motivasi yang berpengkalan di Kuching, Sarawak. Since Dr Chong dalam perkenalannya menyatakan yang dia ada dua PHD dalam Herbalis dan pengurusan hospital, maka probably 35-40% kuliahnya tentang kesihatan diri sebagai part of the perubahan iaitu perubahan bermula kepada diri, kesihatan dan kemampuan kita sendiri.

Namun berdasarkan kisah mengenai herba dan kesihatan, aku kira banyak perkara menarik yang inginku catatkan supaya tidak lupa. Mungkin ada yang pernah aku dengar sebelum ini, tetapi entah macamana kali ini aku jadi 'terpengaruh'. Terpengaruh untuk menanamkan azam bagi memulakan program 'diet' dalam mengurangkan berat badan serta saiz pinggang yang semakin meningkat hari demi hari, menerusi petua atau herba semulajadi dari alam sekitar.

a. Bagi Dr Chong, puasa merupakan 'terapi' yang paling baik untuk kesihatan diri. Banyak-banyak patient yang dirawatnya, yang Muslimlebih mudah berbanding yang lain sebab mereka melalui puasa setahun sekali. Tapi kena puasa yang ikut 'Quran', katanya sebab kalau malam asyik melantak aje, tak jadi juga.

b. Manakala kurma merupakan the best and most suitable food to eat during bukak puasa. Beliau mengalakkan pengambilan herba dan bahan organik.

c. Beliau udah berbelas tahun tidak minum teh dan kopi, sebaliknya just plain water dengan jus. Ais bagi beliau begitu berbahaya, sebab menyebabkan 'pembekuan' colisterol dalam saluran darah selain mengubah suhu dalam badan yang sepatutnya sama dengan suhu luar badan. Aku rasa elok juga aku mula kurangkan meminum ais sehingga tidak minum langsung.

d. Makan terakhir setiap hari ialah kekira jam 7 malam. Elakkan makan waktu malam bagi mengelakkan kegemukan sebab badan memerlukan 2 jam untuk proses penghadaman dan adalah tidak baik jika ketika proses ini berjalan, kita dah masuk tidur. Lagipun malam sudah tiada aktiviti. Tenaga 'tidak digunakan' yang dihasilkan akan menjadi kalisterol ( betul ke ? )


e. Daun manggis begitu berkhasiat untuk mengurangkan darah tinggi dan kalesterol. Caranya dengan rendamkan beberapa helai daun manggis 'muda hijau' ke dalam air yang baru mendidih.

f. Melakukan urutan dan ramasan untuk melancarkan pergerakan darah keseluruh tubuh setiap kali mandi. Tempatnya ialah belakang batang leher, kedua-dua ketiak kiri dan kanan serta pangkal peha iaitu dikelengkang.

Pada akhir sesi program, sementara menantikan majis penutup kursus, sempat Dr Chong 'menelek' mata setiap peserta untuk mengenalpasti masalah dalam tubuh badan kita. Kata Dr Chong, aku ini 'under stress'. Terkejut juga pada mulanya, betulke Dr Chong nie ? Sukar nak caya juga mulanya, then dia sebut satu-satu tentang daya ingatan, kualiti mataku yang semakin 'rabun' serta tidurku yang tidak dalam 'restful sleep' dan selalu diganggu mimpi. Rasa ada benarnya pulak apa yang dicakapkannya. Kedua-dua kidney ku ada spot hitam, tapi not much to worry katanya.



IPv6 : Tidak Dapat Tidak

Dalam masa seminggu aku telah menghadiri dua program mengenai IPv6 dan pelaksanaannya dalam sektor awam di Putrajaya International Conference Centre ( PICC ). So, aku rasa elok juga aku kisahkan mengenainya. Kalau taipkan ’IPv6’ dalam mana-mana search engine pun, banyak bahan yang dipaparkan dan perkara ini telah berbangkit sejak pertengahan 90’an dahulu.

IPv6 adalah kependekan untuk "Internet Protocol Version 6". IPv6 juga dipanggil protokol "next generation", atau IPng ( IP Next Generation ). Mahu atau tidak, IPv6 mesti dilaksanakan bagi menggantikan penggunaan IPv4 yang masih digunakan sekarang, sejak 20 tahun lalu. Apa yang penting, isunya ialah pengalamatan dalam IPv4 yang belum digunakan semakin berkurangan. Oleh itu penyelesaian perlu di cari bagi mengatasi masalah tersebut. Ini adalah kerana, setiap sistem dan peralatan komputer yang dihubungkan kepada internet di kenali menerusi alamat IP. Tiada alamat IP, tiada connection.
Dalam IPv4 sekarang, sebanyak 4 billion atau 4,294,967,296 ( 2^32 ) alamat IP boleh digunakan. Ia menggunakan sistem alamat berasaskan angka 32-bit, seperti 150.33.211.201. Pada awalnya dijangkakan dalam tahun 2003 akan habis digunakan, then dijangkakan beberapa tahun dari sekarang.

Tetapi dalam IPv6 yang menggunakan sistem alamat berasaskan angka 128-bit, sebanyak 340 undecillion alamat, atau 340,000,000,000,000, 000,000,000,000, 000,000,000,000 ( 2^128) alamat IP boleh digunakan. Contoh formatnya nanti ialah, 2001:d10:a:53::5.


Mungkin semacam tidak akan habis digunakan dalam beberapa dekad, abad atau sampai kiamat, bergantung kepada penggunaannya. Maksudnya kalau setiap benda seperti handphone, kereta, TV dan rumah di dunia ini hendak diberikan alamat IP, atau termasuk setiap manusia, dikatakan masih cukup IP digunakan. IPv6 bukan sekadar menyelesaikan masalah kekurangan pengalamatan dalam IPv4. Ia juga meningkatkan data transmission menerusi internet, khususnya Mobile Network serta meningkatkan sekuriti. So kita boleh mengharapkan respon time yang lebih dan barangkali memudahkan aplikasi yang memerlukan bandwidth tinggi seperti lagu, video streaming, etc diperluaskan penggunaannya.

Pada masa ini kebanyakkan perisian baru, peralatan rangkaian dan internet telah ‘IPv6 ready’. Sebagai langkah sementara kekira dalam ‘transitional process’, kaedah ‘dual-stack’ digunakan di mana sama ada alamat IPv4 atau IPv6, kedua-duanya boleh digunakan.
Apa yang Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi ( KTAK ) serta MAMPU laksanakan sekarang ialah untuk mewujudkan kesedaran dan promosi ke arah penggunaan IPv6. sasaran asalnya ialah menjelang berakhirnya 2008, semua sistem komputer di sektor awam negara kita telah ‘IPv6 Ready’. Mungkin agak sukar, kerana pilot pun baru dilakukan di KTAK. Namun sekurang-kurangnya kerajaan telah mengorak langkah sebagaimana dilakukan oleh negera-negara lain di dunia kini. Semua ISP ( Internet Service Provider ) di negara kita telahpun 'IPv6 ready'. Ini penting kerana sebagai ISP, merekalah yang menghubungkan kita dengan dunia luar.