IPv6 : Tidak Dapat Tidak

Dalam masa seminggu aku telah menghadiri dua program mengenai IPv6 dan pelaksanaannya dalam sektor awam di Putrajaya International Conference Centre ( PICC ). So, aku rasa elok juga aku kisahkan mengenainya. Kalau taipkan ’IPv6’ dalam mana-mana search engine pun, banyak bahan yang dipaparkan dan perkara ini telah berbangkit sejak pertengahan 90’an dahulu.

IPv6 adalah kependekan untuk "Internet Protocol Version 6". IPv6 juga dipanggil protokol "next generation", atau IPng ( IP Next Generation ). Mahu atau tidak, IPv6 mesti dilaksanakan bagi menggantikan penggunaan IPv4 yang masih digunakan sekarang, sejak 20 tahun lalu. Apa yang penting, isunya ialah pengalamatan dalam IPv4 yang belum digunakan semakin berkurangan. Oleh itu penyelesaian perlu di cari bagi mengatasi masalah tersebut. Ini adalah kerana, setiap sistem dan peralatan komputer yang dihubungkan kepada internet di kenali menerusi alamat IP. Tiada alamat IP, tiada connection.
Dalam IPv4 sekarang, sebanyak 4 billion atau 4,294,967,296 ( 2^32 ) alamat IP boleh digunakan. Ia menggunakan sistem alamat berasaskan angka 32-bit, seperti 150.33.211.201. Pada awalnya dijangkakan dalam tahun 2003 akan habis digunakan, then dijangkakan beberapa tahun dari sekarang.

Tetapi dalam IPv6 yang menggunakan sistem alamat berasaskan angka 128-bit, sebanyak 340 undecillion alamat, atau 340,000,000,000,000, 000,000,000,000, 000,000,000,000 ( 2^128) alamat IP boleh digunakan. Contoh formatnya nanti ialah, 2001:d10:a:53::5.


Mungkin semacam tidak akan habis digunakan dalam beberapa dekad, abad atau sampai kiamat, bergantung kepada penggunaannya. Maksudnya kalau setiap benda seperti handphone, kereta, TV dan rumah di dunia ini hendak diberikan alamat IP, atau termasuk setiap manusia, dikatakan masih cukup IP digunakan. IPv6 bukan sekadar menyelesaikan masalah kekurangan pengalamatan dalam IPv4. Ia juga meningkatkan data transmission menerusi internet, khususnya Mobile Network serta meningkatkan sekuriti. So kita boleh mengharapkan respon time yang lebih dan barangkali memudahkan aplikasi yang memerlukan bandwidth tinggi seperti lagu, video streaming, etc diperluaskan penggunaannya.

Pada masa ini kebanyakkan perisian baru, peralatan rangkaian dan internet telah ‘IPv6 ready’. Sebagai langkah sementara kekira dalam ‘transitional process’, kaedah ‘dual-stack’ digunakan di mana sama ada alamat IPv4 atau IPv6, kedua-duanya boleh digunakan.
Apa yang Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi ( KTAK ) serta MAMPU laksanakan sekarang ialah untuk mewujudkan kesedaran dan promosi ke arah penggunaan IPv6. sasaran asalnya ialah menjelang berakhirnya 2008, semua sistem komputer di sektor awam negara kita telah ‘IPv6 Ready’. Mungkin agak sukar, kerana pilot pun baru dilakukan di KTAK. Namun sekurang-kurangnya kerajaan telah mengorak langkah sebagaimana dilakukan oleh negera-negara lain di dunia kini. Semua ISP ( Internet Service Provider ) di negara kita telahpun 'IPv6 ready'. Ini penting kerana sebagai ISP, merekalah yang menghubungkan kita dengan dunia luar.

No comments:

Post a Comment