
Apa yang Ustaz kesalkan dalam beberapa mimpi tersebut, beliau seolah-olah tidak memanfaatkan suasana ketika bersama Rasulullah, seperti ketika Rasulullah s.a.w ‘memberikan kuliah’, ustaz seolah-olah ‘mengintai dari luar’ sahaja. Satu ketika Rasulullah s.a.w lalu berhampiran, Ustaz‘ selamba’ aje. Siapalah diri beliau yang begitu kerdil untuk bersama Rasulullah s.a.w, kata ustaz lagi.
Malah Ustaz masih ‘lekat’ dalam ingatannya, bagaimana wajah Rasulullah s.a.w apabila dapat berhadapan bertemu muka sambil memegang erat tangannya. Ustaz yakin itulah Rasulullah s.a.w berdasarkan hadis jika mimpi bersama Raulullah, memang mimpi itu benar. Cuma beliau keberatan hendak mengkisahkan mimpi tersebut dibimbangi timbul sifat tidak baik pada dirinya atau cerita bertokok tambah. Maksud hadis lagi, sesiapa yang berdusta tentang Rasulullah s.a.w, api nerakalah yang selayaknya.
Menurut seorang sahabatku yang lama berguru dengan Ustaz, ini pertama kali dengar kisah beliau mimpi bersama Rasulullah s.a.w. Namun Ustaz pun tidak menjelaskan bila mimpi bersama Rasulullah s.a.w itu berlaku.