Berbanding dengan tahaun lepas, kali ini sambutan lebih baik lagi. Namun masih tidak seperti yang diharapkan. Mungkin penduduk merasakan ini hari untuk perempuan atau muslimat sahaja. Muslimin pun tidak ramai, hanya AJk saja yang nampak berlegar-legar membantu pihak Muslimat serta perjalanan program dari 7.00 pagi sampai 5.30 petang. Bilangan penderma darahpun tidak sampai 40, begitu juga dengan transaksi berkaitan pendaftaran pemilih oleh SPR. Namun aku ambik kesempatan ini untuk tukar ke peti undi Saujana Utama. Sebelum ini di Selayang Pandang, Parlimen Selayang.
Namun ramai muslimat telah hadir mengikuti ceramah Lambaian Kasih yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Harlina Siraj( Ketua Wanita Jemaah Islah Malaysia ). Ini merupakan kali ke-2 Prof hadir memberikan kuliah di Surau Al-Hidayah. Kali pertama dahulu bersama Pengacara TV3, iaitu Pn Wardina dalam sesi 'Cinta : Antara Realiti Dan Fantasi'. Tahun depan nak panggil sapa pulak. Ceramah ini boleh dianggap sebagai 'core program' dalam pengisian Hari Muslimat, supaya dengan pengisian ilmu ini, sambutan menjadi lebih bermakna.
Dalam intronya Dr Harlina menyebutkan yang kematian salah seorang anaknya sewaktu masih kecil menjadi pendorong baginya dan suami untuk 'kerja kuat' berdakwah menyampaikan risalah Islam supaya di Padang Mahsyar nanti, anaknya mudah memberikan 'syafaat' untuk ibubapanya masuk kesyurga. Terharu aku mendengarnya.
Nampaknya Hari Muslimat kena 'rebranding'. Tukar nama or imej bagi menggalakkan orang lelaki nak datang ke surau menghadiri Hari Muslimat. Ini penting bagi memastikan para peniaga berpuas hati dengan jualan mereka yang agensi yang membuka kaunter perkhidmatan juga berpuasa hati. Apakah sudah tengah bulan, duit pun habis untuk persiapan persekolahan anak-anak.
Daripada segi program nampaknya program yang buat pertama kalinya dianjurkan iaitu busan Muslim mendapat sambutan yang mengalakkan. Next time kena sedia hadiah saguhati lebih banyak sikit. Kesin juga tengok bebudak ( mak bapaknyalah yang bersungguh ) tu bukan main lagi persiapannya serta gaya persembahan. Tapi yang penting ialah pakaian menepati syariat Islam. Congkak dan mewarna masih mendapat sambutan dan sering menjadi acara tetap dalam setiap Jamuan Aqiqah atau perhimpunan di surau.
Game sukaneka terus dimonopoli oleh remaja. Nampanya masih sukar nak dapat penyertaan daripada yang dewasa. Kalau nak kategorikan as Dewasa saja, bimbang tidak akan ada pesertanya. Anakku Najihah Al-Kauthar masuk semua acara agaknya dan menang 3daripadanya. Aku tak tahu yang diapun pun bakat yang tersendiri dalam boling padang dan musical chair. Aku main juga boling padang berpasukan khas untuk dewasa. Acara ini dibuat khas sebab ada baki hadiah. Tapi tewas juga.
En Hassan,
ReplyDeletetaktau la kalau komen saya ni boleh diterima atau tidak. My daughter sudah tidak mahu menyertai pertandingan mewarna anjuran surau kerana dia demoralised. Kata dia, buat apa masuk, bukannya menang pun. Saya rasa mereka mengharapkan hadiah. Mungkin tak patut ajar dorang kalau tak menang pun dapat hadiah. Tapi rasanya kalau ada consolation prize tu macam memberi semangat sikit lah. Ini pandangan peribadi saya. Mungkin ada pro and con. Wallahu'alam.