Putrajaya !!! Here I am ...

1 Jun 2009, aku menerima kunci rumah kuaters untuk aku sekeluarga diami di Putrajaya. Walaupun tidak sebagaimana dirancangkan, namun macam terpaksa pindah juga. Maka mulai saat itu, terus berkemas rumah lama di Saujana Utama. Minggu tersebut aku mengambil cuti selama seminggu. Namun disebabkan tugas di pejabat, 3 kali terpaksa aku datang juga ke ofis untuk menyelesaikan beberapa perkara.

Aku sewa sebuah lori 3 tan bersama pekerja. Rupanya satu trip tidak cukup, kena dua trip. Banyak juga barang. Dari 11 pagi 4 Jun 2009, 9 malam baru selesai. Hanya aku anak beranak aje yang membantu pekerja lori berkenaan. Sebelum itu beberapa trip juga aku bawa barangan mudah pecah sambil datang mencuci rumah. Penat minggu tersebut memang penat. Tetapi mesti diselesaikan sebab masih dalam cuti sekolah, tidak boleh tunggu hujung minggu nak pindah dan minggu depan aku kena masuk ofis pegi kerja.


Pada 6 Jun 2009 kami adakan majlis doa selamat kesyukuran. Tambahan Nadiah nak daftar masuk Matrikulasi UIAM pada 7 Jun 2009 di Petaling Jaya. Bimbang juga sebab siapalah yang hendak aku jemput untuk majlis tersebut. Semua sedara mara aku jemput, kaum lelaki ofis serta AJK Al-Hidayah. Bimbang juga berapa ramai yang bakal datang... takut tidak cukup makanan. Memandangkan rumah tiada langsir lagi, terpaksa cari juga sebelum majlis kenduri tersebut .... Nilai Square pun dokat.

Alhamdulillah orang Surau Apartment berdekatan menjadi penyelamat, itupun ahli jemaah Tabligh yang berada di sana. Kekira adalah 16 orang. Then si Lanrambai dan Komeng sekeluarga dari Saujana Utama diikuti dengan keluarga saudara mara bermula dengan Che Har, Fizol, Che War, Che Inah dan Che Asir. Riuh rendah juga apabila mereka berkumpul bersama.

Tetapi rupaya aku silap jemaah surau. Surau ’kariah' ku sebenarnya ialah di SMK yang berdekatan. Surau SMK itu kini menjadi ’pilihanku’. Baru sahaja diberikan kebenaran untuk digunakan oleh penduduk rumah berdekatan sebagai ’surau’, sebelum bangunan surau yang kekal dibina. Difahamkan AJK Pengurus Surau masih belum ditubuhkan. Nak kirakan bukanlah jauh sangat, tetapi sebab jalannya berpusing dan ada divider, maka sukar dan jauh sikit perjalanan. Takpe, lebih jauh lebih banyak pahalanya.

Tapi suasana malam agak sunyi, bukan setakat kawasan sekitar rumah ku, tapi rasanya sekitar Putrajaya. Semuanya barangkali sedang beristirehat di rumah. Dalam keadaan ini aku mula terasa miss dengan kengkawan suasana menonton EPL Live game Liverpool di Kedai Bakar sambil menikmati air teh o limau panas.

Pasaraya Mydin menjadi sasaran kami sekeluarga untuk mendapatkan bahan dapor. Memang Mydin sentiasa menjadi pilihan aku sekeluarga. Mydin di Presint Diplomat tidak kurang menariknya. Cuma stesen petrol Petronas agak jauh sikit, iaitu di Presint 16. Rasanya di situlah juta terletaknya satu-satunya bengkel servis kereta di Putrajaya. Untuk carwash rasanya boleh dapat di Kg Dato Abu Bakar Baginda dan disitulah masjid yang terdekat bagi aku.

Aku sedar di Putrajaya nie banyak tempat menarik. Kalau orang kampung datang nanti bolehlah plan nak bawa pegi melawat itu dan ini. So mungkin dalam blog ku nanti akan ke ceritakan beberapa peristiwa tempat menarik sekitar keindahan Putrajaya yang sempat aku lawati untuk tatapan pengunjung yang budiman. Tapi yang penting ialah nak equip rumah aku dengan Wifi Streamxy dahulu, baru boleh memblog dari Bilik Sumberku... ha ! ha !

2 comments:

  1. samrin12:15 PM

    sori la bro, memang niat nak pegi tapi clash dgn program camping kami pulak so tak dapat datang la, anyway tahniah kerana semuanya telah selamat dan jgn lupa kami di SU.

    ReplyDelete
  2. N Ashraf3:23 PM

    Slmt berpindah Tuan "Kemat" Hassan ... semoga gembira di tempat baru ... nanti ada masa singgah la rumah kawe ... kalu ada masa nanti kawe menziarah tuan kemat.

    ReplyDelete