Konvokesyen UTP Kak Yong

Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas ( UTP ) Kali Ke-9 telah berlangsung pada 16 Ogos 2009 di Dewan Canselori UTP. Pada hari tersebut Kak Yong anak sulongku menerima Ijazahnya. Tetapi sesi Kakyong pada sebelah petang yang disempurnakan oleh Naib Canselor iaitu Pengerusi Petronas. Sebelah pagi Tun Mahatdir datang as Canselor.

Dalam pada suka tak suka ambik aliran ICT, dapat juga kelas dua atas. Sebab dulu anakku sebenarnya nak aliran lain, but since tajaan Petronas, ambik juga tawaran tersebut. Agaknya sekarang macam mudah nak dapat kelas dua atas. Masa aku dulu seingatan ku, first class pun tak de dalam aliranku.

Segulong ijazah sudah diterima secara rasmi, namun kini apakah seterusnya daripada ijazah tersebut. Tan Sri Pengerusi Petronas dalam ucapan yang ku kira amanahnya meminta para graduan menggunakan asas ilmu yang diperolehi ini untuk dijadikan panduan dan pedoman hidup dalam meneruskan kerjaya serta menabur bakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. 3 perkara kepuasan menurut beliau ialah sejauh mana dapat membantu orang lain dengan menggunakan ilmu dan kedudukan yang ada, ketenangan dalam hidup dan ... lupa satu lagi.


Setelah berhempas pulas dengan cabaran dunia universiti, Tan Sri juga mengingatkan para graduan untuk sentiasa ingat kepada mereka yang telah berjasa sepanjang menuntut ilmu di UTP, seperti ibu bapa pensyarah dan yang lebih penting ialah penaja ha ... ha .. siapa lagi kalau tidak Petronas.

Sebelum ini anakku telah menghadiri temuduga jawatan Petronas, tapi jawapannya macam mendukacitakan. Or masih belum terima jawapan, lantas mulalah sibuk cari kerja lain since Petronas pun dah tak sudi nak amik anak tajaannya. Sebelum ini memang anakku ada menghadiri beberapa temuduga, tetapi syarikat masa temuduga lagi syarikat mereka meninjukkan reaksi macam keberatan dan ambik pelajar tajaan Petronas. Kana bayar balik ke Petronas ke ?


1 comment:

  1. Anonymous1:13 PM

    thniah kakyong.moga trus cmerlang dunia dn akhirat

    ReplyDelete