Terbaca aku kat paper, seorang lelaki ‘Muslim’ ditangkap kerana sedang sarapan pagi menemani isterinya dalam Bulan Ramadhan. Yang lebih mengaibkan ataupun mengejutkan ialah pengakuan yang beliau yang berusia 25 tahun, sudah 10 tahun tidak mengerjakan puasa. Lantas aku teringat kepada teori yang disahkan sendiri oleh Ustaz Datuk Hassan Din Al-Hafidz dalam satu ceramah Ramadhannya di Surau Al-Hidayah beberapa tahun lalu, iaitu orang yang puasa tidak semestinya solat, tetapi orang yang tidak puasa selalunya tidak solat. Aku panjangkan teori ini kepada orang lelaki bahawa orang yang solat Jumaat tidak semestinya solat fardhu 5 seharian, tetapi orang yang tidak solat Jumaat selalunya tidak solat fardhu 5 kali sehari.
Selalunya kita umat Melayu begitu menekankan supaya anak-anak berpuasa sejak kecil lagi. Sebagai galakkan, dijanjikan upah duit raya mengikut bilangan hari puasa penoh. Macam-macam cara memujuk dalam memaksa mereka berpuasa. Bukan tidak boleh begitu, tetapi kenapa perkara yang sama tidak kita applykan untuk surohan mengerjakan solat 5 kali seharian ?
Masa raya nantipun sering ditanyakan oleh sama ada sedara mara atau rakan-rakan, puasa penoh ke anak-anak ? Lalu bersembang dan bertukar fikiranlah masing-masing dengan ragam puasa anak-anak. Nak tanya hal serupa mengenai solat, takut sensitif. Entah-entah emak bapaknya pun …. Ragam puasa anak-anak pun menjadi topik pilihan dalam media masa.
Terdapat hadis yang mengarahkan surohan supaya anak-anak mengerjakan solat seawal usia 7 tahun dan kenakan sebatan rotan jika masih enggan ketika berusi 10 tahun. Tiada arahan daripada hadis untuk ibadah puasa. Kenapa agaknya ? Secara logiknya, apabila anak-anak tersebut telah rajin menunaikan solat, secara tidak langsung mereka akan mengerjakan puasa mengikuti jejak dan amalan ibubapanya.
Yealah kenapa …. Solat adalah tiang utama. Dengan solat, tertanamlah rasa kesyukuran, kehambaan, keimanan dan redha dengan segala titah perintah serta pantang larang daripada Allah s.w.t. Sekiranya seseorang itu akur dengan kewajipan dan perintah mengerjakan solat, maka ibadah lain mudah sahaja baginya. Bukan sahaja puasa, menutup aurat dan berakhlak baik juga akan menjadi mudah bagi mereka.
Oleh itu tidak perlulah pelbagai tips dalam mengajar atau memaksa anak untuk berpuasa. Tips sebesarnya ialah pastikan anak-anak mengerjakan solat seawal 7 tahun dan terus istiqamah dalam mengerjakaknya sehingga remaja. Untuk tips bagaimana pastikan anak-anak sentiasa solat itu kisah lain pulak … segalanya dari amalan ibubapanya sendiri, supaya menjadi contoh kepada diri anak-anak itu sendiri.
Teringat juga aku akan suatu ceramah motivasi anjuran sebuah institusi pendidikan agama peringkat rendah yang pernah aku ikuti. Ibubapa turut dijemput hadir. Apabila ditanyakan kepada anak-anak oleh penceramah, siapa yang ibubapanya tidak solat. Ada ramai juga yang mengangkat tangan .. adusss .. Inikan sekolah agama ? Kalau ibubapanya hadir dalam ceramah itu, tidakkan besar kemaluan ? Bagaimana pula keadaannya kalau pertanyaan tersebut diajukan bukan di sekolah agama lagu mana agaknya … anak siapa yang mengangkat tangan bersama-sama dengan anak Ramasamy dan Tong Seng ?
No comments:
Post a Comment