Labbaikawlla Hummalabbaik ...

Hanya tinggal beberapa jam aku akan berangkat ke Madinah dan seterusnya mengerjakan Haji Tamattu'. Flight penerbanganku KT03, bakal belepas jam 12.30 dari KLIA. Dalam terasa tidak sabar untuk ke sana, terasa berdebar juga. Semoga kunjungan aku serta isteri diterima Allah sebagai TetamuNya, walaupun sedar masih banyak yang perlu dilakukan dalam membersihkan diri ini.

Memang kalau diikutkan tugas seharian atau tugas dunia, tidak akan selesai sampai bila-bila sehingga kita mati. Malah seminggu sebelum berangkat pun aku masih sibuk menyelesaikan tugasan aku di pejabat sehingga 19 Oktober dan aku hanya mula cuti pada 20 Oktober. Satu demi satu meeting terpaksa diadakan dan pelbagai tugas terpaksa dihabiskan atau sekurang-kurangnya diwasiatkan.

AKu sebenarnya sungguh terharu apabila dalam Majlis Tahlil & Doa Selamat serta Jamuan Raya yang diadakan di rumahku pada 18 Oktober lalu mendapat kunjungan daripada pelbagai peringkat atau generasi sahabat dan saudara mara.

Mungkin majoriti yang hadir adalah daripada kengkawanku serta isteriku dari Saujana Utama Sungai Buloh. Terasa seronok bila mereka datang, terharu dan hilang rasa kerinduan kepada mereka setelah beberapa bulan terpisah.

Banyak juga perkongsian pengalaman dan nasihat diberi daripada mereka yang pernah ke sana. Mungkin ini memberikan aku sedikit sebanyak tips serta keyakinan untuk berada di sana nanti. Tidak urangjuga yang memberikan sumbangan cenderahati dan RM, ini yang aku payah sikit. Tapi aku rasa mereka ikhlas dan nak aku balas pun sekurang-kurangnya sekadar doa dan ucapan salam kepada Rasulullah s.a.w apabila berkesempatan ke Makamnya nanti.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan pada 18 Oktober 2009 yang lalu. Terima kasih atas doa semua, doakan kesejahteraan, kesihatan tubuh badan, dipermudahkan perjalanan, pekerjaan dan dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna. Juga kesejahteraan dan kecukupan bekalan untuk anak-anakku yang tinggal



No comments:

Post a Comment