Catatan Perjalanan Di China - Bertolak

Berpeluang mengikuti rombongan lawatan ke Negara China pada 24 hingga 28 April 2010. Semua orang tahu Negara China tu besar dan luas. Namun yang dikunjungi cumalah Shanghai dan Hangzhou sahaja. Bak kisah orang buta menerangkan tentang gajah berdasarkan apa yang dirasa dan dipegang dari sebahagian tubuh dan anggota seekor gajah yang besar. Harapnya catatan sepanjang berada di sana ada manfaatnya, walaupun mungkin tidak mengambarkan keseluruhannya tentang Negara China.

Anggota rombongan kami terdiri daripada Dato Ketua Pengarah (KP) Jabatanku, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat ( P.IT ) atau bossku, seorang Ketua Penolong Pengarah ( KPP ) Unit di bawahku serta 2 orang dari Syarikat Net Access Solution & Engineering ( NASE ) Sdn Bhd ( OJ dan Samad ) dan 3Com Malaysia ( Salim ) serta Ms Fara dari SMASS Travel Agent.

Bertolak dari rumah kekira jam 9.45 malam 24 April 2010 untuk ke Stesen Sentral Putrajaya ( SSP ) bagi menaikki ERL ke KLIA. Singgah kedai di Precint 9 untuk beli beberapa bekalan seperti kopi segera 3-in1, mee segera dan roti. Sebelum itu pun sebenarnya wakil daripada Syarikat NASE kata, mereka pun ada bawa bekalan makanan tertentu.

Sampai SSP jam 10.15 lenggang sahaja. Maklumlah sudah malam, tak ramai yang naik dari Putrajaya tengah-tengah malam kot. Jam 10.35, ERL sampai dan orang pun tidak berapa ramai dalam ERL. Sampai KLIA ngam-ngam jam 11.00 mlm seperti yang dijanjikan untuk berkumpul. Melihatkan penampilanku yang berkopiah, lantas Dato KP kata, macam nak pergi Umrah di China aje !!! Sementara tunggu yang lain, kami pun berborak sambil berkenalan dengan lebih lanjut antara ahli rombongan.

Kelihatan katil-katil disediakan berdekatan tempatku check-in yang disediakan untuk orang terkandas kerana letusan gunung berapi di Iceland yang mengakibatkan banyak penerbangan ke Eropah ditangguh serta dibatalkan. Lepas check-in terus masuk awal. Ingat nak minum-minum dulu, rupanya tempat menunggu kami ialah di gate yang takde kedai-kedai. Terasa haus dan lapar pulak. Minum water cooler aje la.

Jam 1.40pagi 25 April flight kami mula berangkat. Dalam flight, bertukar tempat duduk dekat emergency exit. So kaki senang nak melunjur. Flight hamper penoh, ramainya orang. Orang sebelah kakitangan kerajaan ( anak bekas pengarah JPJ Pulau Pinang, Encik Ayob yang bersara sekitar awal 2000 ) yang kini bertugas di Labuan, ke Shanghai kerana ada meeting selama 5 hari di sana. Terasa agak letih. Tetapi baru nak tidur, dihidangkan makanan. Apa lagi, makan sahajalah. Tetapi lepas tu, payah nak tidur.


No comments:

Post a Comment