Aku tidak pernah hadir menghadiri pesta buku Read Malaysia sebelum ini. Tidak pastilah edisi 2010 yang diadakan di Mines International Exhibition Centre di The Mine Resort City pada 4 hingga 13 Jun 2010 merupakan edisi kali ke berapa.
Persepsiku sebelum menghadiri pameran atau pesta buku ini ialah jika dibandingkan dengan KL International Book Fest ( KLIBF ) yang sering diadakan di PWTC ialah jika KLIBF majoriti pengunjungnya orang Melayu, Read Malaysia majoriti pengunjungnya ialah orang Cina. Betulkah persepsiku itu ? Aku tidak bermaksud perkauman, tetapi nampaknya selain Upin & Ipin, wajah selebriti Aznil digunakan sebagai duta promosi program.
Aku pergi dengan anakku Najihah @ Kausar yang kebetulan nak cari beberapa buah buku teks yang tidak diperolehinya daripada sekolahnya. Mungkin kerana terhad bekalan diterima, entahlah.
Semasa aku ke sana, aku dapati tidak ramai pengunjung dalam dewan pameran berkenaan. Apakah kerana waktu bekerja pejabat ? Namun ini adalah kelebihan, sebab memudahkan pergerakan dan membuat pilihan. Daripada segi ini, KLIBF jauh lebih meriah. Namun yang OKnya mereka masih memberikan diskaun yang menarik, walaupun mereka bukan penerbit bagi buku-buku yang terdapat dalam booth pemaran mereka. Ini berbeza dengan di KLIBF yang selalunya setakat 10% jika bukan buku terbitananya.
Aku sebenarnya tidak pergi merata ke semua booth pameran. Tapi yang menariknya ialah booth yang dikendalikan oleh Petrosains. Selain promosi keahlian, turut disediakan beberapa permainan minda yang membolehkan pengunjung mencuba dan menguji kepintaran masing-masing.
Aku masih tidak pasti persepsiku mengenai kaum pengunjung benar atau tidak. Berdasarkan pengunjung yang ada pada petang tersebut, aku rasa ada kebenarannya juga. So what's up ?
Aku sempat membeli buku di atas yang ku kira relevan dengan suasana sekarang serta agak menarik susunan dan isi kandungannya, terbitan 2010. Dalamnya kita dapat mengetahui apakah itu Yahudi dan Zionist, asal usul dan nasib bangsa Yahudi serta gerakan mereka dengan 24 Protokol Yahudi dalam menakluki dunia ini.
No comments:
Post a Comment