Putrajaya, 11 Julai 2010. Buat pertama kalinya, aku mengunjungi Festival Floria Putrajaya yang berlangsung selama sembilan hari bermula Sabtu 10 Julai sehingga 18 Julai 2010 di tapak Persisiran Tasik, Presint 2 di sini dan dibuka secara percuma kepada orang ramai dari 9 pagi hingga 10 malam. Ini merupakan edisi ke tiga dan sebelum ini aku belum pernah berkesempatan mengunjungi festival seumpamanya. Lantaran sambutan hebat dalam dua edisi sebelum ini, maka tahun ini diadakan lagi dengan khabarnya peningkatan taraf kepada level antarabangsa.
Festival ini disertai oleh pakar dan pereka bentuk landskap dari luar negara yang pernah memenangi pelbagai anugerah dalam pelbagai majlis bunga dan taman antarabangsa serta terkenal dalam kalangan pada penggubah bunga. Ini menjadi tarikan Floria 2010 yang bertemakan Keindahan Tropika dan penganjur menjangkakan kedatangan lebih setengah juta pengunjung.
Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, bahawa 'Floria Putrajaya kini setanding dengan festival pameran bunga yang terkemuka di dunia seperti Chelsea Flower Show, London; Melbourne International Flower and Garden Show dan Canberra Flower Show di Australia dan Festival Bunga Chiang Mai di Thailand. Kelainan Floria Putrajaya berbanding dengan festival bunga Chelsea dan Australia ialah Malaysia kaya dengan bunga-bungaan dan tumbuhan tropika yang eksotik berbanding dengan bunga dan tumbuhan di negara bersuhu sejuk.
Manakala Pengarah Jabatan Landskap dan Taman Perbadanan Putrajaya Mohamad A Shukor pula berkata bunga heliconia ( bunga sepit udang ) dipilih sebagai tema bagi festival kali ini kerana ia mempamerkan keindahan tropikanya selain sesuai digunakan sebagai elemen tumpuan dalam sesuatu landskap. Pelbagai spesis bunga heliconia dipamerkan di samping lebih 400,000 koleksi tumbuhan dan bunga-bungaan daripada pelbagai spesies.
Berdasarkan kunjunganku dan famili pada Ahad, 11 Julai lalu, ternyata memang ramai orang datang berkunjung ke festival ini. Memang menarik pokok bunga-bunga yang dipamerkan termasuk pelbagai idea lanskap.
Bagi pengemar kamera, inilah masanya hendak mencuba pelbagai gaya dan kreativiti mengambil gambar-gambar foto terbaik. Tidak kira apa jenis kamera, daripada kamera telefon hinggalah kepada yang lens zoom panjang-panjang.
Terdapat juga penyertaan daripada agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang memang menjadikan pokok bunga dan perhiasan serta lanskap sebagai bidang tumpuan mereka. Antaranya ialah Taman Botani Pulau Pinang, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Landskap Negara, Jabatan Landskap Johor dan Perbadanan Putrajaya sendiri. Turut diadakan pertandingan antara sekolah-sekolah menengah.
Di samping itu terdapat pelbagai aktiviti sampingan yang turut diadakan, ini termasuklah bengkel dan pertandingan melukis, mewarna, membuat tekap batik. Tidak kurang juga pelbagai jualan yang berasaskan pokok perhiasan, taman dan lanskap diadakan oleh beberapa syarikat yang dijemput menyertainya.
Tidak ketinggalan jualan makanan bersebelahan kawasan pasar malam serta buah-buahan tempatan. Tetapi reganya agak mahal sikit.
Tetapi aku agak tertarik dengan iklan yang disampaikan oleh sebuah radio penyiar rasmi di gerainya lantaran ramai yang kehilangan anak akibat si ibu terpegun dengan pokok bunga yang berakar, manakala si bapa tertarik dengan bunga-bunga yang berkaki ...
Lagi gambar ketika mengunjungi pameran di http://picasaweb.google.com/jhm1663/FloriaPutrajaya2010#
Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!
Konsert Mahabbah Gaza IKIMfm
Sekitar 5,000 pengunjung terhibur sambil menghayati mesej yang dialunkan dalam persembahan konsert bersempena dengan Karnival Sambutan Ulang Tahun Ke-9 Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) di Stadium Melawati malam 10 Julai 2010. Sebanyak RM 27ribu telah berjaya di kutip menerusi derma yang lancarkan pada malam tersebut.
Konsert yang diberi nama 'Mahabbah Gaza (in my hearts)' itu menyaksikan gabungan kumpulan nasyid popular seperti Raihan, Rabbani, Nowseeheart, Saujana, In-Team dan Ummul Qura yang menyampaikan lagu-lagu bertema Palestin, perjuangan dan kedamaian.
Turut mencuri perhatian adalah para penyampai IKIMfm yang membuat persembahan khas berpaksikan sajak dan nasyid. Penyiar-penyiar yang tampil ke pentas adalah Zamri Zainal Abidin, Nik Hasnah Ismail, Siti Fairuz Nordin, Siti Rohani Surani, Mazlina Ismail, Norhayati Paradi, Zarita Kassim, Mohd Erwan Johari, Mohd Nasri Mohd Yusuf dan Mahathir Shaharuddin. Erwan paling mendapat perhatian apabila menyanyikan dengan baik sebuah lagu Brothers, 'Lagu Kedamaian' melatari persembahan sajak penyampai-penyampai lain.
Konsert Mahabbah Gaza dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan turut menjemput khas ketua misi kemanusiaan 'Flotila' ke Gaza Mei lalu, Norazman Shamsuddin. Norazman dijemput naik ke pentas selepas persembahan Saujana oleh ketua kumpulan nasyid tersebut, Sufian Amrin dan diminta mengulas sedikit berkaitan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Tambah menarik, konsert malam tadi turut dijayakan oleh persembahan daripada bukan Melayu seperti Udesh yang berbangsa India, serta seorang Cina Muslim dari Kelantan yang mendeklamasikan sajak dengan penuh penghayatan dan menusuk kalbu.
Ketika kumpulan Nowseeheart sedang menyampaikan lagu 'Damai yang Hilang', Norazman sekali lagi tampil ke pentas menenangkan vokalis utama, Azahari yang tidak dapat meneruskan bait-bait lagunya kerana sebak justeru lirik lagu tersebut memang jelas ditujukan kepada umat yang hilang kedamaian oleh kezaliman peperangan.
Kumpulan Rabbani yang membuat persembahan pada penghujung konsert turut mengenang bekas penyanyi utama dan ketua kumpulan mereka, Allahyarham Asri Ibrahim. Seorang anak Allahyarham berganding dengan Rabbani menyampaikan lagu 'Di Pondok Kecil'.
Karnival Sambutan Ulang Tahun Ke-9 IKIMfm dari 9 hingga 11 Julai 2010 diadakan untuk meraikan para pendengar IKIMfm yang telah memberikan sokongan berterusan kepada stesen radio unggul berkonsepkan Islam di negara kita.
Menerapkan konsep 3M iaitu "Mendidik, Menyampaikan Maklumat, dan Menghibur", beberapa acara menarik telah diatur. Antaranya rakaman langsung Forum Mahabbah Gaza, forum "Keluarga Sakinah", Konsert Mahabbah Gaza, Nasyid on Stage disusuli program untuk kanak-kanak iaitu Alam Ria Si Kecil, untuk para ibu, rancangan D'Dapur, sukaneka dan sesi beramah mesra bersama penyampai-penyampai IKIMfm.
Sepanjang sembilan tahun penubuhannya, IKIMfm tampil dalam industri penyiaran negara dengan penuh tanggungjawab untuk menjadi rangkaian maklumat, penerangan dan hiburan yang seimbang dalam usaha mendidik dan merangsang akal fikiran serta jiwa pendengar.
Konsert Mahabbah Gaza malam tadi adalah acara kemuncaknya yang turut disiarkan secara langsung melalui IKIMfm. Hujan lebat yang turun mulai maghrib tidak menghalang orang ramai hadir ke Stadium Malawati. Kesesakan lalulintas berlaku kerana dalam masa yang sama perlawanan bolasepak antara Selangor dan Kelantan di adakan di Stadium Ahah Alam yang terletak bersebelahan.