Zoo Negara Malaysia terletak di Ulu Klang. Zoo ini kini diuruskan oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Malaysian Zoological Society yang ditubuhkan khusus bagi mentadbir zoo pertama Malaysia. Zoo Negara dibuka dengan rasminya pada 14 November 1963 oleh PM Malaysia yang pertama. Kini Zoo Negara dikatakan mempunyai lebih daripada 5,000 jenis haiwan dari sekitar 500 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Terpampang merata, tagline visi Zoo Negara iaitu 'towards a world class zoo'.
Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah dan merupakan yang yang terbesar di Malaysia. Walaupun dikelilingi dengan pelbagai pembangunan perumahan dan kawasan komersial, Zoo Negara tetap menampilkan keistimewaannya. Pernah beberapa kali hendak dipindahkan lokasinya ke tempat lain, namun nampaknya masih kekal di situ lagi.
Aku tidak ingat bila kali terakhir aku ke sana. Mungkin sekitar 1995- 1999. Bebaru ini pun tanpa dijangka, singgah sebentar. Mudah nak sampai, ikut aje MRR2. Dulu tiketnya rasa macam murah sahaja. Tapi terkejut bebaru ini dengan rega tikettnya. Since dah sampai muka pintu masuk, bayor ajelah.
Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya. Memang jauh berubah dan agak menarik juga susunan haiwan dan konsepnya.
Seolah-seolah diwujudkan kompleks tertentu haiwan seperti Burung, Ape Centre, Kompleks Beruang selain binaan lama yang turut menempatkan harimau, zirafah dan gajah. Ini memberikan pengalaman menarik bagi pengunjung.
Berdasarkan perubahan serta beberapa pengubahsuaian yang sedang dilakukan, memang pihak pengurusan bersungguh dalam merubah serta memastikan tercapainya visi menjadikan Zoo Negara bertaraf dunia. Tak tahulah apa ciri world class tu.
Masa aku datang ke sana, hujan lebat tetiba turun. Lama pulak tu. Dalam keadaan yang basah dan gerimis sesekal-sekala, terasa agak kurang selesa. Sebab dah bayar tiket mahal, terasa rugi pulak tak teruskan kunjungan. Itupun rasanya banyak kawasan yang tidak sempat dikunjungi.
Panggung persembahan serta pertunjukan haiwan juga nampaknya telah jauh berubah berbanding dengan apa yang pernah aku pergi dahulu. Kini boleh menempatkan lebih ramai penonton.
Rasanya sekurang-kurangnya 3-4 jam diperlukan jika nak round seluruh Zoo Negara. Terasa dah lewat petang, tak sempat nak masuk akuarium. Terasa penat pun ada. Cuma nampak daripada luar, kolam yang dipenuhi dengan pelbagai ikan yang besar-besar. Peguin pun nampak 'ramai' di sebelahnya.
Klik Untuk Lagi Gambar
No comments:
Post a Comment