Hari ini Cuti Nuzul Al-Quran bagi Negeri Selangor. Diam tak diam sudah 16 hari puasa. Siang sibuk dengan urusan ofis, petang sibuk nak berbuka, malam dengan terawikhnya, awal pagi sibuk nak sahur pulak. Itulah rutin harian yang dalam diam tak diam sudah separuh Ramadhan di lalui. Di sebalik peringatan bahawa Ramadhan bulan yang berkat, dimana pahala setiap amalan digandakan, dosa diampin dan doa diterima, namun apakah kelebihan Ramadhan yang telah digharap ?
Puasa, terawikh, bacaan al-Quran, solat jemaah, mengikuti tazkirah serta bersedeqah. Apakah pula kesan terhadap diri kita ? Apakah kebaikan yang telah kita perolehi dengan amalan-amalan Ramadhan yang dilakukan itu ? Hadis Rasulullah s.a.w ada menyatakan, sekiranya kita tidak memperolehi apa-apa kebaikan sepanjang dalam Ramadhan atau setelah Ramadhan berlalu, jangan harap kita beroleh kebaikan dalam bulan-bulan yang lain.
Terlalu banyak ganjaran yang disediakan oleh Allah s.w.t untuk hambanya di bulan Ramadhan cuma kita sering mengabaikan kerana semuanya abstrak. Seandainya semua ganjaran dalam bentuk wang ringgit pasti kita berkejaran untuk mendapatkannya. Terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang lebih kurang bermaksud, “Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan“.
Apa signifiken Nuzul al-Quran sehingga di beberapa buah negeri di Malaysia, ia merupakan hari cuti umum. Apakah yang bercuti diminta atau mengambil peluang untuk membaca al-Quran sebanyak mungkin kalau pun tidak mengkhatamkannya.
Tetapi yang selalunya, cuti Nuzul Al-Quran bagi negeri Selangor menyebabkan Kuala Lumpur sesak teruk dengan kebanjiran orang ramai mengarap jualanmurah yang diadakan sebagai persiapan untuk menyambut aidil fitri.
17 Ramadhan bukan setakat tarikh al-Quran diturunkan, tetapi juga tarikh peperangan Badar pada tahun 2H, suatu peperangan yang menjadi pemisah jelas antara haq dan kebatilan, walaupun ia merupakan peperangan antara kaum kerabat suku sakatsedara mara semasa hidup bersama di Mekah sebelum ini.
Ramadhan akan berlalu pergi juga akhirnya. Namun sejauh mana kita mengambil kesempatan dengan kedatangan kali ini, yang belum tentu kita akan dapat menemuinya lagi tahun akan datang. Yang pentingnya jangan masa berlalu dengan sia-sia dan jangan masa berlalu dengan dosa. Sekurang-kurangnya !!
Masih belum teralu lewat untuk kita menilai kembali puasa yang dikerjakan, sejauh mana kita menjaga mulut dan akhlak kita, sejauh mana ibadah malam yang didirikan selain solat terawikh, sebanyak mana aya-ayat al-Quran di baca, difahami dan dihayati serta sebanyak mana pula sedeqah yang dikeluarkan,
No comments:
Post a Comment