Ini merupakan tarikh yang menjadi teka-teki dan bermain di minda kebanyakakan rakyat Malaysia. Setelah segala sumbangan, taburan peruntukan, pelbagai skim dan insentif di tawarkan kepada rakyat sejak akhir tahun lalu, bilkah masa bagi parti pemerintah yang memegang tampuk pemerintahan kerajaan sekarang mahu menuai hasilnya ?
Ketika ini pula imej parti pembangkang yang dipaparkan serta mendapat liputan media massa pro kerajaan kelihatan begitu negatif. Perkara yang tidak pernah keluar, terkeluar masa ini. Isu-isu dan fail-fail lama mulai diselongkar. Ramai pula yang entah dari mana, tampil membuat pengakuan itu dan ini serta mendapat liputan media massa pro kerajaan parti pemerintah dengan alasan demi kesejahteraan negara dan anak bangsa pada masa akan datang.
Liputan meluasnya saling sambut menyambung, walaupun bakal calon yang memberikan ulasan mungkin tidak mendapat gambaran jelas isu asal Yang penting mereka bakal-bakal calon berani tampil membuat kenyataan menyanggah serta mengulas betapa buroknya pejuang-pejuang pakatan pembangkang.
Memang ketika ini ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen pantang kalau dapat mikropon, cakap berdegar-degar supaya kedengaran oleh mereka yang akan memilih mereka semula menjadi calon. Persepsi cuba disemaikan kepada para hadirin betapa jeleknya parti lawan.
Ku kira bak kata Datuk Samy Vellu dulu, tarikh pilihanraya hanya Tuhan dan PM sahaja yang tahu. Maknanya tarikh bubar parlimen. Tarikh pillihanraya SPR akan tentukan. Parti pemerintah sekarang mempunyai masa sehingga April 2013 untuk mengenapkan lima tahun. Cumanya ikut pengalaman lalu, kekira 4 tahun dah bubar da pilihanraya di adakan.
PRU13 Musim Haji ?
Apakah PRU13 pada bulan 9, 10, 11 nanti. Ketrika itu sekolah menengah banyak digunakan untuk peperiksaan PMR dan SPM pulak. Ketika itu juga rasanya musim haji bagi 1433H. gegak gempita sekejap bila ada pemimpin PAS minta tangguh pemergian haji sekiranya PRU13 diadakan pada musim haji. Releven kah ?
Kalau PRU13 tidak dilihat sebagai satu perjuangan, wahana atau jihad, mungkin betullah. Bagaimana sekiranya di sesuatu kawasan ADUN atau Parlimen, tetiba disebabkan beberapa undi mereka yang pergi haji, maka kawasan tersebut jatuh ke tangan mereka yang akhirnya menyumbang kepada kerosakan negara atau tidak menguntungkan perjuangan Islam, macamana ?
Naik Meluat ?
Kalau lama lagi, sedang media masa surat khabar, radio dan TV terus-terusan dengan kempen serta propaganda bagi pihak parti kerajaan, tentunya orang akan semakin meluat. Rating penonton TV tersebut tentunya akan menurun.
Namun dengan adanya cadangan bagi memberikan peluang pihak pembangkang berkempen di media massa, mungkin satu perkembangan yang baik walaupun ianya merupakan rakaman. Bimbang parti pembangkang ambil kesempatan kot ? Apakah masa diberikan adil bagi semua parti yang bertanding ? Apakah bebas daripada suntingan terakhir oleh penyunting atau penerbit ? Tunggu dan lihat sahaja dulu.
Jangkaannya ?
Bulan Julai serta Ogos tidak mungkin. Tengah puasa dan sedang menyambut raya sakan mana boleh ? Bulan September baru nak bentang budget 2013. Apakah lepas bentang budget terus bubar parlimen, macam yang pernah Pak Lah buat dulu. Bulan 10 dan 11 sibuk dengan musim haji. Juga peperiksaan PMR dan SPM sedang berjalan, sedangkan kemudahan sekolahlah yang banyak digunakan sebagai pusat pembuangan undi.
Maknanya bulan Disember yang selalunya juga musim tengkujuh di Pantai Timur. Mungkin kalau diadakan juga, advantage bagi jentera parti pemerintah sebab segala jentera kerajaan akan digunakan tanpa sebarang pantang larang. So, jadinya bulan Mac 2013 ?
No comments:
Post a Comment