Kepupusan Kek Lapis dan Terubuk Sarawak ?

Apabila ke Sarawak, kek lapis dan ikan terubuk Sarawak selalunya menjadi ole-ole wajib beli kecuali bagi yang tak makan kek lapis dan juga tak makan ikan yang banyak duri tu. Ha .. ha !! Walaupun kedua-duanya agak sinonim kepada Sarawak pada ketika ini, namun dua-dua sedang berdepan dengan cabaran yang memungkinkan akan pupus dan bakal menjadi sejarah untuk diabadikan dalam Muzium Sarawak sahaja.
Kalau nak dikirakan banyak lagi souvenir lain yang menarik untuk di beli lantaran Sarawak masih kaya dengan pelbagai suku kaum, budaya serta mukabumi yang luas. Ikan terubuk dan kek palis juga menjadi pilihan ramai. Mungkin kerana ianya makanan dan tahan lama jika nak dibandingkan dengan mee kolok atau laksa Sarawak. Setakat beli pesnya sahaja oklah.

Jadi pengalamanku semasa berkunjung ke Kuching pada 18-20 Julai bebaru ini serta singgah di beberapa tempat yang berkaitan dengan kek lapis dan ikan terubuk, aku amat-amati berdasarkan maklumat yang aku perolehi. Ia merupakan perkara baru bagiku yang tidak aku tahu sebelum ini.

Kek Lapis Sarawak
Sejak tahun 1990an, kek lapis dikatakan mula sinonim dengan Sarawak kerana menjadi ole-oleh hampir setiap pelancong untuk dibawa pulang. Keistimewaanya kek lapis Sarawak selain rasanya yang enak, lembap dan pejal, ialah motif dan coraknya yang unik ( corak batik sarawak atau costume pelbagai suku kaum ).

Dulu katanya kek Lapis Sarawak Dayang Salihah antara yang paling sedap. Maklumlah perushaannya kek lapisnya adalah antara yang terawal dijalankan di Sarawak.

Kalau Sarawak, khususnya orang dari Semenanjung mereka akan sama ada menggunakan jalan darat yang agak jauh, atau cuma perlu menyeberang Sungai Sarawak dengan perahu selama tak sampai 5 minit yang tambangnya hanya 50 sen.

Namun kini banyak pengusaha kek lapis Sarawak telah mulai menandingi citarasa kek lapis keluaran Dayang Salihah. Kini katanya banyak pillihan lain sehingga keluaran Dayang Salihah dikatakan sudah kurang sedap atau tak sedap lagi. Entahlah aku pun bukan tahu sangat, mungkin lain pendapatnya bagi penggiler kek lapis Sarawak ni.

Tetapi masa aku singgah bebaru ini, boleh tahan ramai juga pengunjung ke premis kilang serta tempat jualan kek lapis Sarawak di seberang Sg Sarawak tu, walaupun hari sudah hampir senja.

Suasana dalamnya sudah berbeza berbanding pernah aku pergi dulu. Ruang tamu sudah agak besar di mana di tengah-tengahnya dihidangkan jenis-jenis kek untuk di rasa dengan di kelilingi dengan kek-kek lapis di atas para untuk jualan.

Di satu sudut dipaparkan beberapa selebriti tanahair yang pernah hadir ke premis Kek Lapis Dayang Salihah. Mungkin nak menunjukkan betapa sohornya Kek Lapis Dayang Salihah.

Macam juga perushaan lain sepertri keropok lekor, ada yang tersohor atau yang biasa sahaja dan ada juga yang stail home made kecil-kecilan.

Yang home made selalunya dijual agak murah walaupun rasanya tidak semestinya tidak sedap.

Mereka kini menggunakan teknik jualan secara on-line menerusi internet dengan menggunakan perkhidmatan pelbagai courier. Malah di Semenanjung pula kini banyak kek lapis Sarawak diusahakan di Semenanjung akibat permintaan yang berterusan. Ada yang mendakwa menggunakan resepi Sarawak ( belajar, kahwin atau berpindah ), peralatan dan bahan dari Sarawak. Entahlah.

Ini cabaran bagi kek lapis Sarawak yang asli. Namun timbul persoalan, dari masa asalnya kek lapis Sarawak ? Khabarnya dari Indonesia dan mula masuk pada sekitar 1980an.

Memula dulu just buat kek secara suka-suka atau hobi sebagai juadah menjelang aidil fitri atau perayaan lain. Namun atas permintaan yang tinggi serta apabila kek lapis Sarawak yang dihasilkan jauh lebih sedap daripada kek lapis Indonesia seperti Lapis Legit, nampaknya kek lapis menjadi sinonim dengan Sarawak. Ini dikatakan disebabkan bahan yang digunakan lebih pelbagai, modern dan mutunya juga lebih baik.

Jika begini, tentu jadi isu sampai bergaduh lagi kedua negara kalau nak diwarta pula kek lapis sebagai warisan Malaysia ??? Namun sekiranya pengusaha di Semenanjung berjaya menandingi keluaran Sarawak bukan sahaja daripada segi keenakan rasanya malah juga lebih murah, mungkin kemahsyuran kek lapis yang asalanya dari Indonesia kemudian ke Sarawak, akan beralih pula ke Semenanjung ??

Ikan Terubuk
Singgah di Pasar Ikan Satok yang dikatakan popular dengan jualan ikan terubuk. Ketika Ramadhan terubuk bakar atau terubuk panggang dikatakan menjadi juadah wajib penggemarnya ketika berbuka mahu pun sahur.

Persoalannya kini masih adakah ikan terubuk asli Sarawak ? Beria-ia aku beli di pasar Satok Sarawak, tetapi yang dibeli dikatakan sebenarnya ikan terubuk yang diimport dari India, Bangladesh serta Myanmar. Sebab itu yang banyak dijual ialah ikan terubuk masin, yang telah lama dihantar masuk Sarawak. bukan yang segar dari tangkapan tempatan.

Terubuk spesis Sarawak dikatakan masih boleh diperoleh terutama pada musim terubuk bertelur antara Jun hingga Oktober. Berbanding dengan yang diimport, selain rasanya yang dikatakan lebih sedap berlemak, harganya juga lebih mahal. Biasanya di Malaysia, yang diimport lebih murah daripada yang tempatan. Baik daging lembu, daging kambing, tenaga buruh dan rega kereta ( jika tidak kerajaan kawal )

Kerajaan berusaha mengawal tangkapan ikan yang kian pupus dengan mengehadkan kegiatan menangkap ikan terubuk, bagi memberikan ruang dan masa membolehkan spesies ini membiak. Namun peraih yang masuk ke kawasan berkenaan setiap kali musim terubuk, membeli secara borong dan mengeksportnya ke luar negera seperti Singapura untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi.

Ini ditambah dengan penangkapan ikan tidak terkawal oleh nelayan tempatan, menyebabkannya tidak sempat sampai tempoh matang untuk menjadi terubuk betina dan bertelur untuk meneruskan pembiakan. Permintaan serta harga telur terubuk yang tinggi juga menyumbang kepada kepupusan. Tidak sempat telur menjadi ikan, dah kena tangkap si terubuk betina.

Apakah perlu akta untuk menyekat jualan telur terubuk seperti sekatanterhadap jualan telur penyu yang dibuat di Terengganu ? Tambahan juga kaedah penangkapan ikan yang semakin moden digunakan sehingga menjejaskan menjejaskan induk dan anak terubuk.

Selain kegiatan penangkapan ikan tidak terkawal, kawasan pembiakannya pula dikatakan dicerobohi. Ada beberapa kegiatan seperti menyedut pasir di muara laut dan sungai yang sering mengganggu habitat terubuk bertelur. Apabila mereka sedut pasir, dengan telur terubuk sekali mereka sedut.

Kalau import India, Bangladesh atau Myanmar, bukankah lebih baik terus turun di KL dan jual di situ sahaja dan tak payah nak mengaku terubuk Sarawak. Entah-entah ini yang sedang berlaku. Dijual di pasar-pasar malam, pasar borong, pasar ikan basah, mendakwa terubuk Sarawak tetapi sebenarnya yang diimport terus tanpa jejak pun bumi kenyalang. Jadi apa istimewanya terubuk yang di beli dari Sarawak kalau sebenarnya ianya diimport dari luar ?


1 comment:

  1. Anonymous2:21 PM

    Salam,

    mmg benar kenyataan tentang terubuk tersebut. kebanyakan terubuk di sarawak adalah ikan import terutamanya dari bangladesh. Bukannya hasil tangkapan ikan tempatan. Kepupusan dijangka kerana sifat manusia yang memikirkan keuntungan yang cepat berbanding keuntungan untuk jangkamasa yang panjang dan berterusan. Kajian tentang ini akan dilakukan.

    ReplyDelete