Mungkin kerana PRU13 semakin hampir, keperluan untuk memperbanyakkan pusat seperti Urban Transformation Centre atau UTC semakin 'mendesak'. Setelah Melaka, Pudaya raya ( dikenali sebagai UTC Sentral ) dan Ipooh, kini muncul pula UTC Mini Bandar Baru Sentul. Kenapa 'mini' ? Mungkin bagi membeza atau tidak menidakkan peranan UTC Sentral yang pertama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pada 16 Mac yang lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) mini pertama bertempat di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul.
Bangunan tiga tingkat yang mula beroperasi sebagai UTC Mini pada 4 Mac lalu itu, menempatkan beberapa jabatan kerajaan dan swasta di bawah satu bumbung antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen dan Pos Malaysia.
Kemudahan lain yang disediakan termasuk perpustakaan awam, klinik kesihatan dan pergigian, pasar basah dan barang kering, gelanggang futsal dan pusat sukan taekwando.
Kompleks itu dipilih sebagai UTC mini kerana keadaan persekitarannya yang mempunyai kapasiti kepadatan penduduk tinggi meliputi kawasan kediaman serta pusat perniagaan selain kemudahan pengangkutan awam. Ia juga sebagai nilai tambah kepada bangunan yersebut yang mungkin sebelum ini kurang dikunjungi selain daripada pasar untuk membeli ikan dan sayur. Sebanyak RM7.7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf kompleks itu menjadi UTC mini.
Sebagaimana aku katakan sebelum ini, sejauh mana konsep UTC ini dapat memperkemaskan sistem penyampaian kerajaan supaya rakyat lebih mudah berurusan, menjimatkan masa khususnya pada waktu malam serta hujung minggu. Ini kerana dalam satu segi, MAMPU sendiri menggalakkan penggunaan perhubungan atau urusniaga secara on-line.
Tetapi jika hendak memberikan nilai tambah kepada pusat komuniti tersebut, ada relevannya. Apakah mampu bertahan lama dan apakah benar-benar berbaloi selain daripada memperkukuhkan agenda politik disebalik pengwujudannya kepada parti pemerintah ?
Bagi kementerian serta agensi kerajaan ini merupakan peluang baik dalam mengurangkan kos pembangunan kerajaan untuk membina lebih banyak bangunan pejabat baru. Khabarnya dua lagi UTC mini akan dibangunkan iaitu di Keramat Mall dan Dataran Angkasa Lembah Pantai. Manakala UTC berikutnya adalah di Pahang yang dijangka dibuka awal April nanti.
Petikan dari NST Online
Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!
Maulidur Rasul Dan Haul Sheikh Abdul Qadir Jilani
Semasa berada di sekolah menengah, aku sering diperdengarkan kisah-kisah mengenai kemulian dan kegungan Sheikh Abdul Qadir Jilani yang dianggap sebaai wali Allah. Namun kisah-kisah itu kemudiannya berlelu peegi sehinggalah aku teringat kembali ketika menyertai Majlis Maulidur Rasul dan Haul Sheikh Abdul Qadir Jilani di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi Putrajaya pada 16 Mac lalu. Ribuan yang hadir begitu mengujakan perasaanku, di sebalik alunan selawat, qasidah serta ceramah yang diadakan.
Sheikh Abdul Qadir Jilani kembali kerahmatullah pada tahun 561H, malam Sabtu, 11 Rabi’awal ketika berusia 91 tahun. Maknanya hampir tarikh dengan kewafatan Rasulullah s.a.w. Mungkin jarang diadakan sambutan besar haul atau memperingati kematian seseorang. Takde sambutan haul kewafatan Rasulullah s.a.w, sebaliknya hanya sambutan kelahiran Rasulullah s.a.w. Bagi orang kebanyakan, mungkin sekadar mengadakan tahlil arwah bagi ulangtahun kematian ahli keluarga mereka.
Pengaruh Sheikh Abdul Qadir boleh dikatakan sangat besar dalam sejarah Islam dan peribadinya bersinar terang seperti intan yang bergemerlapan pada ruh Islam hari ini. Hinggakan setelah kematian beliau, anak-anaknya dan murid-muridnya menubuhkan satu pertubuhan yang dinamakan tarekat Qadiriyah yang masih terkenal hingga hari ini. Beliau juga meninggalkan banyak hasil karya dan penulisan buku.
Kisah Ibu Bapanya
Seorang pemuda tampan yang sedang duduk di tepi sungai lalu mencapai sebiji buah epal yang sedang hanyut dipermukaan air. Selepas memakannya, lantas teringat yang ianya tentu milik seseorang, sepatutnya meminta izin dahulu dan perlu untuk beliau meminta halal daripadanya.
Setelah lama berjalan mudik ke hulu, kelihatan sebuah rumah dengan kebun buah epal di tepi sungai. Beliau berfikiran bahawa kemungkinan buah epal yang di makan tadi adalah dari salah satu pokok yang condong di tepi sungai. Lalu beliau berjumpa tuan punya kebun untuk minta halal.
Tuan punya kebun berkata bahawa beliau hanya akan mema'afkan jika pemuda tadi memenuhi permintaannya iaitu menjadi khadam selama 2 tahun. ku. Pergh, hanya makan sebijik epal dendanya jadi khadam selama dua tahun ? Sanggup pulak tu !!
Setelah berkhidmat selama 2 tahun, maka pada hari terakhir pemuda tadi meminta izin untuk pulang. Namun tuan punya kebun tadi berkata akan halalkan jika berkhidmat selama 2 tahun lagi. Dipersetujui juga oleh pemuda tadi sehinggalah dua tahun lantas mohon izin untuk pulang.
Namun tuan kebun tadi berkata yang beliau akan halalkan jika pemuda tersebut setuju mengahwini anaknya seraya menjelaskan bahawa keadaan dia buta, tuli dan kudung. Aduss ... Pemuda tadi akhirnya bersetuju juga untuk memenuhi syarat terakhir tadi demi menebus kesalahannya kerana memakan sebiji epal. Bagaimana jika anda berada di tempat pemuda itu ?
Hari perkahwinan tiba dan setelah selesai aqad nikah, pengantin lelaki dibawa berjumpa dengan pengantin perempuan. Sebaik saja masuk ke bilik pengantin perempuan, dilihatnya seorang wanita yang sangat cantik berseri-seri wajahnya. Matanya yang bersinar menunjukkan dia bukan buta. Kaki dan tangannya sangat sempurna. Dia memberi salam dan dijawabnya dengan lunak, bermakna buka bisu.
Lantas pemuda tadi bertemu dengan tuan kebun yang kini bapa mertuanya untuk mendapatkan penjelasan. Bapa mertuanya menjelaskan bahawa beliau bersyukur kerana dari awal lagi sudah mengetahui kejujuran dan kesalihan anak menantunya, sebab itu memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anaknya.
Kata tuan kebun tersebut, puterinya buta sebab dia tak pernah melihat lelaki lain selain dari ayahanda dia. Pekak sebab dia tak pernah mendengar perkara yang haram. Bisu kerana dia tak pernah menyebut yang keji atau mengumpat orang lain. Kudung kerana tangan dan kakinya tak pernah melakukan sesuatu maksiat atau sesuatu yang haram. Masya’allah.
Kelahiran
Daripada kedua pemuda yang jujur dan puteri istimewa kepada tuan kebun tadi, lahirlah Sheikh Abdul Qadir Jilani. Macam kisah dalam lirik lagu ‘Mencari Pasangan’ oleh Rabbani. Tak tahulah kalau yang dimaksudkan adalah kisah ini. Mereka adalah Abu Salih Jangi Dost keturunan dari cucu Rasulullah s.a.w, Saidina Hassan dan Ummul Khair Fatimah keturunan dari cucu Rasulullah s.a.w, Saidina Hussain.
Abdul Qadir dilahirkan pada tahun 470H dan telah menunjukkan keistimewaanya sejak kecil lagi. Antaranya pada bulan Ramadhan, beliau dikatakan tidak menyusu badan ibunya disiang hari, sebaliknya hanya menyusu pada waktu malam sahaja. Menujukkan kematangan, bijak dan pintar di waktu kecil lagi,. Tidak suka bermain-main seperti kanak-kanak lain pada usia kanak-kanak.
Kisah Kejujurannya
Menurut suatu kisah lain, Sheikh Abdul Qadir telah memanjat ke atas atap rumahnya dan melihat fenomena luar biasa iaitu jemaah Haji berkumpul di Arafah dan jemaah lagi satu pula sedang mengelilingi Ka’abah. Apabil diceritakankepada ibunya mengenai perkara ini, lantas ibunya berkata, “Ini membuktikan bahawa Allah telah memilih mu untuk diberi ilmu pengetahuan”. Lantas Abdul Qadir berhasrat untuk ke Baghdad untuk mendalami lagi ilmu pengetahuan dengan para-para alim ulama di sana, lantaran pada ketika itu Baghdad merupakan pusat ilmu dunia.
Sebelum berangkat ke Baghdad, Abdul Qadir meminta kebenaran dari ibunya agar Allah sentiasa disampingnya dalam usahanya. Ibunya menjaminkan beliau akan keselamatan dengan syarat beliau hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak sesekali menipu.
Dalam perjalanan beliau bersama sekumpulan kafilah ke Baghdad, sekumpulan perompak telah datang menyerang. Seorang daripadanya menanyakan kepada beliau, berapa wang yang dimilikinya. Abdul Qadir menjawab dengan jujur seperti mana yang telah dinasihatkan oleh ibunya. Beliau menyatakan jumlah wang yang ada didalam poketnya.
Perompak itu bertanya pada Abdul Qadir, mengapa beliau berkata benar sedangkan beliau tahu akan dirompak. Lalu Abdul Qadir menceritakan halnya bersama ibunya yang beliau telah berjanji atas nama Allah pada ibunya yang beliau akan bercakap benar dan jujur. Perompak tersebut merasa hairan dan takjub atas kejujuran Abdul Qadir menjaga janjinya dengan usianya yang semuda itu dan akhirnya bertaubat daripada perbuatan merompak.
Keistimewaan Lain
Terdapat banyak keistimewaan lain atau kisah menarik mengenai Sheikh Abdul Qadir Jilani yang boleh digelar sebagai kekasih Allah kerana nasihat-nasihat, zikir dan solawat serta penyerahan mutlaq beliau kepada Allah s.w.t termasuk, sejarah beliau yang telah mengislamkan lebih 5,000 orang Kristian dan Yahudi serta lebih 100,000 orang penyamun, pembunuh, perompak telah bertaubat melalui tangan beliau dan berubah menjadi orang yang alim dan taqwa.
Sehingga umur 51 tahun, tidaklah beliau menunjukkan dirinya kepada orang ramai dan tidak berfikir hendak kahwin. Setelah beliau berumur 51 tahun hasil bercampur dengan orang ramai dan juga kerana hendak menurut sunnah nabi Muhammad s.a.w, beliau pun berkahwin. Beliau mempunyai 49 orang anak, 27 lelaki dan 22 orang perempuan daripada 4 orang isteri. Semua isteri beliau merupakan isteri yang baik dan taat kepada beliau. Malah empat orang anak beliau menjadi terkenal kerana ilmu pengetahuannya.

Restoran Sinaran Suria Ikan Bakar Tg Lumpur
Sering kedengaran, makanan di Kuantan agak mahal. Lebih mahal berbanding dengan Kuala Lumpur. Entahlah, mungkin tengok keadaan serta kawasan. Harga makanan di Titiwangsa tentu lain dengan harga makanan di Lembah Pantai. Di Putrajaya juga mungkin lebih mahal berbanding di Segambut. Itu yang anakku merungut sebab kadar biasiswa JPA yang diterimanya di UIAM Kuantan lebih rendah berbanding daripada yang diterima oleh pelajar yang menuntut di Kuala Lumpur atau Lembah kelang. Patutunya lebih mahal jika harga makanan di Kuantan lebih mahal berbanding di KL. Tetapi JPA mungkin tidak lihat daripada aspek barangan makanan sahaja, ada aspek lain yang melibatkan kos sara hidup yang dianggarkan lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur.
Tetapi rega makanan di restoran ikan bakar atau seafood Tanjung Lumpur kira ok sahaja. Minggu lepas aku singgah ke sini. Memang Tanjung Lumpuer Kuantan terkenal dengan restoran ikan bakar atau seafoodnya. Mungkin sebab dekat dengan tempat pendaratan ikan dan ikannya pun agak fresh. Yang dikatakan popular di sini ialah Ikan Bakar Ana Petai. Tetapi sebab nampak ramai pengunjung maka aku ke restoran lain berdekatan dengan harapan servisnya pun cepat. Maka masuklah ke Restoran Sinaran Suria Ikan Bakar Petai.
Masuk sahaja terus memilih ikan, memang kelihatan fresh-fresh. Ada pelbagai ikan, udang, sotong dan ketam. Tetapi masa tu kerang takde.
Berdasarkan senarai harga, nampaknya agak murah berbanding Seri Empangan Putrajaya … ha X 3. Walaupun kira macam gerai biasa sahaja, tetapi kira bersih juga sekitarnya. Patut pun dapat Gred A daripada segi kebersihan.
Seperti dijangka, hidangan siap di masak dan disediakan satu demi satu dalam kadar yang aku kira agak cepat juga. Bermula dengan sotong goring tepung yang rangup dan terasa akan isi sotongnya.
Diikuti dengan nasi serta tomyam campur untuk makan dua orang. Mungkin stail tomyam sini, kuahnya jernih sahaja. Sedap walaupun tidaklah terasa pedas sangat.
Seterusnya ikan siakap masa sweet sour seberat kira-kira 600 gram masa belum masak tadi. Biasa sahaja rasanya, tetapi kira boleh tahan.
Kemudian sepiring sayur kailan masak ikan masin untuk dua orang. Sedap sebab tidaklah terasa masin sangat.
Akhirnya ikan pari bakar. Aku sebenarnya sebelum ini tidak begitu suka ikan pari bakar sebab sering terasa macam kurang masak atau berlemak hingga cepat muak. Tapi ikan pari bakar yang disediakan di sini sungguh enak. Mungkin pes yang digunakan, ditambah dengan pencicah yang disediakan.
Semuanya berharga RM69 sahaja. Okeylah untuk makan tiga orang, kira berpatutan. Bagiku yang istimewanya di sini ialah ikan pari bakar tadi, memang menyengat sungguh. Bolehlah singgah lagi.

Melencong Lagi Ke Kota Kinabalu ...
Melencong ? Bukan, tetapi mengambil kesempatan daripada tugasan rasmi di Kota Kinabalu, lalu aku bawa familiku untuk ikut serta. Sekurang-kurangnya ‘lepas’ kos flight aku serta penginapan untuk dua malam. Yang lain guna duit sendiri. Inilah konsep CHOGM atau “Cheap Holiday On Government Money” … ha .. ha. Tapi bagiku yang telah beberapa kali ke Kota Kinabalu sebelum ini, terasa istimewa apabila berjaya membawa famili bersama kali ini.
Flight bertolak pada 9.25malam bagi memberikan peluang anakku mengikuti kuliah sehingga 5.00 petang atau pulang kerja. Flight Air Asia on time dan tiba di Hotel Klagan Kota Kinabalu jam 12.00 malam. Letih juga flight 2 jam setengah, sekadar makan roti kaya dan air yang dibeli di LCCT tadi.
Sengaja pilih hotel ini sebab agak murah ( ada diskaun bagi kakitangan kerajaan ), baru, bersih serta dekat dengan beberapa lokasi tumpuan untuk shopping seperti pusat membeli belah Centre Point, Pasar Filipina, Pasar Malam Sinsuran dan Kedai Aksesori Jamilah.
Seawal 7.00 pagi keesokan hari kami naik tingkat 11, paras tertinggi hotel untuk sarapan pagi. Cantik view dengan pemandangan laut yang luas serta pulau-pulaunya. Hari telah terang, Suboh masuk seawal jam 5.00 pagi lagi. Makanan yang dihidang biasa sahaja, takdelah mewah atau istimewa sangat. Tetapi takde nasi lemak. Nasib baik ada bubur nasi kegemaranku.
Pasar Filipina
Lepas sarapan kami terus turun menuju deretan kedai-kedai di Pasar Filipina yang banyak menjual cenderahati Sabah serta perhiasan berasaskan mutiara. Mutiara tu sekadar tengok-tengok sahaja sebab targetnya nak beli di Kedai Jamilah saja nanti.
Nak beli apa-apa di sini, kena pandai tawar menawar berbanding dengan rega asal yang diletakkan.
Tidak semua kedai dibuka lagi. Semalam pemandu yang membawaku dari airport ke hotel kata jangan ke sini sebab tidak selamat. Bukankah jauh antara Kota Kinabalu dengan Lahat Datu ?
Berlaku tembak menembak kelmarin yang dikaitkan juga dengan isu pencerobohan bangsa Sulu di Lahad Datu Sabah sehingga mengorbankan nyawa semalam. Tapi aku nampak ok sahaja !!!
Rumpai Air
Dulu mungkin memang banyak, tapi aku sahaja yang agaknya tidak perasan. Kelihatan banyak di jual rumpai air dalam bungkusan di kedai barangan kering sebelah Pasar Filipina. Melambak-lambak !!!
Ada warna kuning, purple dan hijau. Aku tidak berhajat nak beli sebab kiriman dengan kawanku yang dibeli di Tawau last year masih banyak lagi di rumah.
Warna kuning sekitar RM8 bagi sebungkus 500gram, Purple rasanya sekitar RM18 dan yang hijau sekitar RM15. Tapi aku lihat kualitinya bentuk dan warnanya tidaklah secantik kirimanku dari Tawau.
Malah di sana lebih murah, RM5 bagi sebungkus 500gram rumpai warna kuning. Jika dibandingkan dengan rega yang dijual di Semenanjung, beza giler. Cuma aku bukan ‘otak bisnes’, malas nak ambil kesempatan beli banyak-banyak dan balik jual.
Jamilah Lagi
Singgah sekadar nak tunjukkan isteriku di mana lokasinya dan kemudian tinggalkan di situ kerana time untuk aku memulakan tugasan rasmiku hampir tiba.
Di sini selain kira banyak juga pilihan dan corak, bersih dan suasananya nyaman dengan aircond. Harga pun semuanya 50% diskaun berbanding tag harga.
Nampaknya seperti dalam kunjungan aku ke sini sebelum ini, keadaan dalam Kedai Jamilah masih begitu sahaja rupanya. Sama ada tingkat atas atau tingkat bawah, susunannya masih sama sahaja.
Mungkin masih seawal 9pagi ( walaupun matahari sudah mula terik ), orang belum ramai lagi di kedai tersebut. Kedai dibuka sehingga 6.00 petang, tetapi di sini dah masuk Maghrib dah. So nak tak nak kena singgah sekarang, sebab habis bertugasku pun nanti jam 6.00 petang. Esok dah seharian nak jalan tempat lain.
Bagi wanita, boleh jadi mabuk agaknya jika berada dalam kedai Jamilah ni. Tak cukup cash, boleh bayar dengan kad kredit.
Pasar Malam Sinsuran
Malam lepas solat maghrib, kami jalan-jalan melihat suasana di Pasar Malam Sinsuran sambil mencari juadah untuk makan malam.
Suasana nampak macam biasa sahaja, orang tetap ramai dan mungkin tiada langsung kesan pencerobohan Lahad Datu. Cuma kelihatan beberapa anggota polis yang membuat tinjauan atau kawalan keselamatan.
Sesaja tengok, Ada beberapa kawasan jualan, iaitu sayuran, buah-buahan, hasilan laut, ayam daging serta pasar makanan. Aku terkejut lagi melihatkan rega mangga di bawah, setumpuk RM20. Ada juga yang RM30 setumpuk yang mengandungi 6 bijik. Mahalnya lantas aku tanya mangga dari mana. Dijawabnya Filipina. Dalam hatiku kata, boikot !!!
Kebanyakkan di pasar makanan jual makanan bakaran seperti sate, wing ayam, ikan bakar, nasi campur serta minuman. Begitu punya pasar malam, ingatkan reganya murah-murah. Tetapi harga lobster serta udang yang dijual sungguh mengejutkan.
Udang bakar panjang kekira sejengkal berharga R10 seekor ? Pergh … sepiring ikan dan sotong bakar antara RM20-30 ? Lobster ikut sais dari RM80 – RM 120 … terkejut giler aku !!!
Mengapa mahal sangat, sedangkan yang fresh di pasar kawasan sebelah murah sahaja !! Akupun pernah beli siap bawak balik Semenanjung lagi.
Akhirnya kembali ke food court dalam Kompleks Centre Point untuk membeli juadah makan malam. Harga murah berbanding kuantitinya. Beli nasi ayam tapau RM3.00, tak dapat nak habiskan nasinya. Pelbagai makanan segera juga ada di sini.
Hari Kedua
Hari kedua merupakan 1 day trip to Kundasang, tengok puncak Gunung Kinabalu dengan lebih dekat. Memang kami dah plan, hari pertama jalan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan hari kedua terus check-out, jalan ke luar bandaraya sehinggalah terus ke airport.
Pekan Nabalu
Ia merupakan destinasi pertama, kira-kira 70km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Tiba kekira jam 9.00 pagi, setelah melalui jalan yang berliku dan turun naik bukit. Pekan ini menjadi antara lokasi terbaik untuk melihat puncak Gunung Kinabalu.
Daripada sini agak jelas kelihatan puncak gunung walaupun sedikit di sebalik bayang matahari. Mungkin rezeki kami kerana cuaca cerah dan terang di sekitar puncak tanpa awan.
Memang menakjubkan dapat lihat puncak yang tinggi lagi ‘gondol’ tu. Macam manalah mereka boleh sampai ke puncak. Agak ramai juga pelancong atau pengunjung lain yang tiba ketika itu. Malangnya anjung tinjau telah kopak-kopak, kenapa tidak diperbetulkan ?
Walaupun panas mula menarik, tapi agak sejuk dan berangin. Di sini terdapat juga gerai jualan cenderahati kenang-kenangan. Nampak reganya boleh tahan murah berbanding di Bandaraya !!
Kinabalu Park
Kemudian bertolak ke Kinabalu National Park, kira-kira 30 minit perjalanan. Bayar tiket RM3 dipintu masuk terus van kami mendaki ke Pondok Timohan iaitu pintu masuk untuk pendaki Gunung Kinabalu.
Jalan naik agak sempit dan berliku-liku tetapi suasana kelihatan nyaman dengan pokok menghijau di kiri dan kanan. Sesekali Nampak seperti Pegawai Penyelidik di tepi-tepi jalan, entah apa yang dikaji.
Tiba di destinasi, kami mengambil peluang mengabadikan kenangan di papan keputusan Marathon Gunung Kinabalu. Pergh !!! Jam setengah berlari turun dan naik gunung, sedang pendaki biasa mengambil masa dua hari untuk turun dan naik.
Apabila berada di kawqasan tinggi, tekanan udara luar menjadi lebih rendah. Ini menyebabkan bungkusan makanan dalam plastik menjadi kembang pembalutnya. Bukan keajaiban, tetapi membuktikan betulkan satu fakta sains.
Menurun semula kami singgah di Galeri Gunung Kinabalu untuk memahami dengan lebih dekat tentang Gunung Kinabalu serta flora dan faunanya.
Kira orait juga, agak menarik bahan pamerannya. Turut disediakan kedai menjual souvenir serta kedai makan.
Pasar Kundasang
Kira-kira 15 minit perjalanan, tiba di Pekan Kundasang. Kundasang merupakan kawasan tanah tinggi yang rendah suhunya serta berbukit bukau. Kelihatan banyak rumah di lereng bukti serta kebun-kebun sayur yang menjadikan pemandangan begitu indah.
Kami singgah di Pasar Kundasang yang menjual hasil keluaran pertanian tempatan. Antaranya sesawi, kobis, bunga kobis malahan buah strawberry.
Boleh tahan manis juga strawberry di sini walaupun kecik montel aje saiznya. Banyak juga sayuran serta buahan lain yang aku sendiri pun tak tahu apa namanya.
Keindahan Puncak Kinabalu
Memang terasa bernasib baik sebab beberapa km sebelum sampai Nabalu serta sepanjang perjalanan ke Kinabalu park dan Kundasang, puncak Kinabalu keihatan cantik dipandang daripada van kami.
Walaupun kemudiannya ditutupi awan, sedikit sebanyak pergerakan perubahan tersebut dapat disaksikan sedikit demi sedikit sehinggalah awan menyelubungi terus puncak Kinabalu.
Mungkin kalau nak menikmati pemandangan lebih menarik dengan Puncak Gunung Kinabalu, kena menginap di area Kundasang atau berada di sini sebelum 9.00 pagi.
Air Panas Porim
Kemudian perjalanan kekira 45minit lagi, sampai ke Poring Hot Spring. Terasa macam lama sangat nak sampai, sampai terngantuk-ngantuk dan kelaparan. Rupanya sudah 12 tengahari.
Just tunjukkan tiket yang dibeli di Kinabalu National park, masuk ke sini free. Orang agak ramai. Rupanya ini kawasan perkelahan, tak sesuai untuk kami singgah.
Aku cuma mengambil peluang merendamkan kaki di kolam air panas yang natural original. Di kolam lain ada dua pilihan sama ada nak sejuk atau panas berdasarkan paip yang disediakan, boleh campur. Ada disediakan kolam tertutup untuk privacy.
Selain daripada itu, ada taman rama-rama, taman bunga orkid serta jambatan tergantung yang dipanggil canopy walk. Kami rasa tak larat nak ke sana kerana kena berjalan jauh lagi rupanya.
Kaki dah keletihan dan perutpun sudah lapar, lalu cari kedai makan yang terletak di luar pintu masuk. Rasa tidak berbaloi ke sini, sudahlah jauh berjalan, tetapi tak sempat nak explore lebih lagi. Kalau nak jalan betul-betul di sini, mungkin kena peruntukkan masa setengah hari kot ?
RM20 Untuk Tengok Bunga Raflesia
Berjalan balik kami singgah di tepi jalan yang ada iklan menerusi baner menunjukkan ada bunga Raflesia untuk ditontoni. Alamak RM20 seorang just nak masuk tengok. Satu tempat lain menurut pemandu kami, dia caj RM48 !!! Giler lagi mengilerkan ….kayalah lagu ni !!
Sebab nak tengok sangat ( maklumlah dikatakan bunga terbesar di dunia ) kami pun tawar menawar dan dapatlah RM50 untuk tiga orang.
Setelah 10 minit berjalan melalui lorongan jalan hutan dengan diiringi oleh jurupandu, titian dan anak sungai maka akhirnya tibalah di satu taman yang dinamakan Addena Ralesia Garden. Bukan main sedap nama.
Terdapat satu bunga yang sedang mekar cantik dikatakan berusia 6 hari, satu yang bulat besar menguncup menunggu masa untuk mekar dan satu lagi yang masih kecil bulat. Selepas hari ke-7, bunga yang mekar menjadi hitam legam.
Kesian pulak kepada bunga Raflesia ni. Rupanya untuk memekar daripada benih, memerlukan tempoh selama 15 bulan dan apabila mekar cuma dapat bertahan selama 7 hari sahaja. Kami cuma berpeluang tengok dan ambik gambar saja, tak boleh pegang pun. Katanya boleh merosakkan. Entah entah bunga palsu … ??
Bunga Raflesia menjadi bunga rasmi Sabah dan antara yang menjadi hiasan dalam duit kertas Bank Negara Malaysia. Dinamakan Raflesia bersempena dengana penemunya dulu iaitu Stamford Raffles. Mat Salleh juga yang dapat nama.
Ia merupakan pokok parasit yang tumbuh dihabitat lain dengan memakan serangga yang hadir di lubang antara kelopak bunganya. Baunya yang dikatakan busuk menarik perhatian serangga untuk hadir dan menjadi mangsanya. Ketika kami di sana, tak terbau busuk pulak. Ke sebab bunga tu dah nak 'mati'.
Aku kira ini memang rezeki pengusaha penternak Bunga Raflesia yang bermusim, macam musim durian juga. Tetapi apakah ia boleh ditanam di Semenanjung Malaysia. Pemandu kami kata di Perak pun ada. Betul ke ? Takpelah, puas hati dapat tengok Raflesia hidup spesis Sabah ...
Desa Dairy Farm
Perjalanan kembali ke Kundasang melalui Pekan Ranau. Boleh tahan besar juga pekan ini. Rupanya sebab tertidur tadi, jalan yang sama dilalui dari antara Poring Hot Spring dengan Kinabalu National Park.
Masuk kembali ke Pekan Kundasang, melewati satu bulatan jalan, kami terus mendaki bukit bukau merentasi pemandangan kawasan rumah-rumah dan kebun sayur di lerengan bukit untuk ke satu ladang ternakan lembu tenusu milik kerajaan negeri yang dipanggil Desa Dairy Farm.
Sebenarnya kawasan ini terletak kekira di kaki Gunung Kinabalu dan sekiranya tiada awan yang melingkari, puncak gunung boleh jelas kelihatan dengan indah sekali.
Memang pemandangan di sini sungguh menarik, macam kat ladang lembu New Zealand yang terdapat dalam gambar-gambar, TV dan buku geografi masa sekolah dulu gamaknya.
Ketika sampai, deretan lembu sedang diperah susunya di bangsal khas yang disediakan. Apa yang menarik ialah lembu-lembu itu beratur elok-elok dengan penuh sabarnya menunggu giliran untuk diperah susunya secara mesin. Boleh jadi pengajaran kepada manusia yang suka potong queue !!! Lembu Kundasang lebih berdisiplin ….
Dikatakan bahawa susu yang terhasil di sini menjadi bekalan utama kepada sekolah-sekolah seluruh Sabah. Dapat juga dilihat disebalik dinding cermin, bagaimana proses susu segar di pek dan seterusnya di simpan dalam bilik sejuk. Ramai juga pengunjung di sini. Turut dijual barangan tenusu, makanan aiskerim dan cenderahati serta paparan maklumat mengenai kegiatandi sini.
Terdapat satu bangsal yang diletakkan anak anak lembu serta beberapa ekor kambing. Pengunjung diberikan kesempatan untuk bermanja dengan kambing-kambing yang comel sambil memberi makan rumput yang turut dijual.
Dikatakan terdapat hampir 1,000 lembu di sini yang diternak sejak 1980an, merupakan baka dari New Zealand dan Australia. Kini ianya juga dijadikan tarikan pelancongan dan masuk pun kena bayar RM4 untuk seorang dewasa.
Kundasang War Memorial
Menuruni ladang lembu tenusu tadi, menghampiri Pekan Kundasang, kami singgah di Kundasang War Memorial berdekatan dengan deretan kedai. Tiket masuk RM 2 untuk dewasa.
Memorial ini dibina dalam bentuk kubu bagi mengenang 2,428 perajurit tahanan perang British dan Australia yang terbunuh semasa perang dunia Ke-2, khususnya kerana menentang serangan tentera Jepun.
Setiap tahun dilakukan upacara peringatan di sini oleh pihak kerajaan negeri bersekali dengan kerajaan British dan Australia.
Kesemua nama tentera yang terbunuh diabadikan pada dinding khas di suatu sudut taman yang mengambarkan ‘ketenangan’, dengan ala pergola serta kolam di lereng bukit yang juga cantik pemandangannya.
Jambatan Gantung Tamparuli
Kemudian kami meneruskan perjalanan pulang ke Airport, melewati Kinabalu National Park, serta lerengan bukit yang cantik pemandangan sekitaran hingga singgah di Jambatan Gantung Tamparuli yang sangat unik.
Ia merupakan jambatan gantung merentasi sebuah sungai, iaitu Sungai Tamparuli. Hanya boleh dilakui oleh pejalan kaki ( juga motor agaknya ). Agak tinggi dan terasa gayat juga apabila berada di tengah-tengah jambatan. Tambahan pula ia bergoyang-goyang jika ada orang lain yang lalu di atas jambatan itu. Mungkin kini dibiarkan, lebih kepada tarikan pelancong.
Kata pemandu kami, jambatan ini dibina oleh Mat Salleh dulu secara ‘temporary’. Itu yang timbulnya nama Tamparuli ( dekat-dekat dengan nama ‘temporary’ ) sebagai nama kawasan ini. Satu versi lain pulak, dulu menjadi lokasi untuk orang ramai membasuh lori, jadi ‘tempat basuh lori’. Kira dekat juga nama ‘tamparuli’ dengan ‘tempat basuh lori’ … ha … ha.
Jambatan Tamparuli
Bersebelahan Jambatan tergantung ini ialah Jambatan Tamparuli yang membolehkan kenderaan menyeberangi sungai. Tapi cuma satu hala pada sesatu masa. So kena bertimbang rasa supaya tidak degil dan bertembung kedua-dua arah di tengah-tengah jambatan. Ha … ha … patutnya kena ada trafik light ?
Oleh sebab jambatan ini rendah dan hampir sama dengan paras air, ia sering ditengelami air sekiranya hujan berpanjangan dan paras air sungai naik. Hairan, kenapa dibina sedemikian rupa ? Tak cukup budget ke ? Pemandu kami kata banyak kali berlaku kereta hanyut, lantaran cuba menyeberang dengan menyangka air tidak dalam.
Di tepi jambatan yang cetek, kelihatan beberapa pengunjung sedang bermain dengan ribuan ikan yang mengigit melingkari kaki yang direndam dalam air. Jadi macam terapi pulak. Kelihatan agak keruh airnya, walaupun dikatakan berasal dari puncak Gunung Kinabalu.
Rumah Terbalik Tamparuli
Kali kedua aku ke sini, nampak banyak perubahan berbanding dengan kunjungan yang pertama dahulu, khususnya di bahagian luar. Semua kawasan kompleks sudah dipagari berbanding dengan dulu, kita boleh mendekati kereta kancil terbalik tanpa bayar tiket pun.
Kini ada kedai makan baru di pintu masuk, manakala jalan menuju pintu rumah terbalik pula telah berbumbung.
Yang di bahagian dalam nampak macam serupa dulu juga. Pakaian pemandu pengiring seperti dulu juga dan skrip penerangannya pun tidak banyak beza.
Baru aku perasan, mengapa nombor kereta kancil yang terbalik tu merupakan nombor kereta Johor iaitu JDX6168. Asal dari Johor ke ?
Tidak pasti juga sehingga kini, benarkah rumah ini merupakan salah satu daripada 5 rumah seumpamanya di dunia dan masih satu-satunya yang terdapat di Asia Tenggara ?
Balik Airport
Rumah terbalik merupakan destinasi terakhir kami. Hari sudah mulai gelap, kami ada dua jam lagi sebelum flight berangkat jam 8.25 malam. Maknanya kena sampai selewat-lewatnya jam 7.30malam sebab kami dah check-in secara on-line, cuma nak drop baggage.
Namun van kami tidak juga boleh jalan laju sebab kereta yang agak banyak di atas jalan serta terdapat road blok yang dilakukan oleh pihak PDRM. Namun pemandu kami ikut jalan pintas tanpa meredah Bandaraya Kota Kinabalu dan tiba di Airport jam 7.15 malam.
Sebaik melepasi pemeriksaan, dimaklumkan flight kami delay 30minit. Orait juga sebab tidaklah lama sangat. Terasa penat sekali tetapi puas hati dengan aktiviti hari ini. Terima kasih Pakcik Hamdan kerana membawa kami seharian. Insya’allah jumpa lagi.