Sering kedengaran, makanan di Kuantan agak mahal. Lebih mahal berbanding dengan Kuala Lumpur. Entahlah, mungkin tengok keadaan serta kawasan. Harga makanan di Titiwangsa tentu lain dengan harga makanan di Lembah Pantai. Di Putrajaya juga mungkin lebih mahal berbanding di Segambut. Itu yang anakku merungut sebab kadar biasiswa JPA yang diterimanya di UIAM Kuantan lebih rendah berbanding daripada yang diterima oleh pelajar yang menuntut di Kuala Lumpur atau Lembah kelang. Patutunya lebih mahal jika harga makanan di Kuantan lebih mahal berbanding di KL. Tetapi JPA mungkin tidak lihat daripada aspek barangan makanan sahaja, ada aspek lain yang melibatkan kos sara hidup yang dianggarkan lebih rendah berbanding di Kuala Lumpur.
Tetapi rega makanan di restoran ikan bakar atau seafood Tanjung Lumpur kira ok sahaja. Minggu lepas aku singgah ke sini. Memang Tanjung Lumpuer Kuantan terkenal dengan restoran ikan bakar atau seafoodnya. Mungkin sebab dekat dengan tempat pendaratan ikan dan ikannya pun agak fresh. Yang dikatakan popular di sini ialah Ikan Bakar Ana Petai. Tetapi sebab nampak ramai pengunjung maka aku ke restoran lain berdekatan dengan harapan servisnya pun cepat. Maka masuklah ke Restoran Sinaran Suria Ikan Bakar Petai.
Masuk sahaja terus memilih ikan, memang kelihatan fresh-fresh. Ada pelbagai ikan, udang, sotong dan ketam. Tetapi masa tu kerang takde.
Berdasarkan senarai harga, nampaknya agak murah berbanding Seri Empangan Putrajaya … ha X 3. Walaupun kira macam gerai biasa sahaja, tetapi kira bersih juga sekitarnya. Patut pun dapat Gred A daripada segi kebersihan.
Seperti dijangka, hidangan siap di masak dan disediakan satu demi satu dalam kadar yang aku kira agak cepat juga. Bermula dengan sotong goring tepung yang rangup dan terasa akan isi sotongnya.
Diikuti dengan nasi serta tomyam campur untuk makan dua orang. Mungkin stail tomyam sini, kuahnya jernih sahaja. Sedap walaupun tidaklah terasa pedas sangat.
Seterusnya ikan siakap masa sweet sour seberat kira-kira 600 gram masa belum masak tadi. Biasa sahaja rasanya, tetapi kira boleh tahan.
Kemudian sepiring sayur kailan masak ikan masin untuk dua orang. Sedap sebab tidaklah terasa masin sangat.
Akhirnya ikan pari bakar. Aku sebenarnya sebelum ini tidak begitu suka ikan pari bakar sebab sering terasa macam kurang masak atau berlemak hingga cepat muak. Tapi ikan pari bakar yang disediakan di sini sungguh enak. Mungkin pes yang digunakan, ditambah dengan pencicah yang disediakan.
Semuanya berharga RM69 sahaja. Okeylah untuk makan tiga orang, kira berpatutan. Bagiku yang istimewanya di sini ialah ikan pari bakar tadi, memang menyengat sungguh. Bolehlah singgah lagi.
Assalamualaikum...jika singgah di kuantan lg...blh cuba ikan aji2...bakar dgn petai...sedap...lain drpd lain....
ReplyDelete