Pada 8 Jun yang lalu, aku berkesempatan mengunjungi Johor Premium Outlets atau dikenali sebagai JPO. Ia dikatakan sebagai satu destinasi bagi pelancong yang gemar bershopping, khususnya bagi barangan berjenama. Mula dibuka pada Disember 2011, JPO terletak Kulaijaya yang boleh diikuti melalui Lebuhraya Utara Selatan selepas Persimpangan Senai Utara. Johor Premium Outlets merupakan 'premium outlets' yang pertama dibina di Asia Tenggara. Macam tidak percaya pada asalnya bila sampai, ditengah-tengah ladang kelapa sawit ada kompleks bangunan pusat membeli belah JPO.
Di JPO pelbagai barangan dan dikatakan bertaraf antarabangsa dijual di sini dengan potongan harga sepanjang tahun. Maknanya jika di luar sana jualan murah diadakan secara bermusim, tetapi di JPO ianya dikatakan jualan murah sepanjang tahun. Persoalannya benarkah barangan yang dijual di sini benar-benar murah ? Entahlah, aku yang tidak kisah dengan jenama, maksudnya tidak menggilai pakai yang berjenama tersohor, barangkali tak dapat nak buat penilaian tepat.
Berjalan dari outlet demi oulet, tingkat demi tingkat, blok demo blok, memang dipaparkan atau diiklankan potongan antara 10 – 70 % bagi setiap barangan yang dijual. Susunan kedai kira menarik, luas dan selesa untuk pengunjung. Barangan terdiri daripada pelbagai pakaian, pakaian sukan, aksesori lelaki dan wanita, minyak wangi serta gerai makan. Tak tahu aku nak banding apakah harga asalnya sama dengan harga yang terjual di luar sama.
Sesetengah outlet, jumlah pelanggan atau pengunjung dihadkan. Maknanya tunggu diluar sehingga kebenaran diberikan mengikut jumlah pengunjung tertentu. Mungkin bagi memberikan keselesaan mereka yang berada di dalam atau factor keselamatan. Sampai gitu sekali …
Tapi rumusan yang boleh aku buat ialah, tidaklah murah sangat berbanding dengan kalau betul-betul sales di luar JPO. Aku memasukki kedai perlatan sukan, barangan yang dijual pula macam fesyen lama aje. Apakah JPO menjadi tempat longokkan barangan lama yang tidak laku atau untuk habiskan stok, lantas dijual murah ? Jersey-jersey bola pasukan ternama kebanyakannya adalah jersi lama.
Kedai BONIA pula macam tidak banyak pilihan, sebabku memang berhasrat nak beli jam jenama BONIA. Design pun tidaklah berapa cantik. Rasanya rega kat luar lagi murah, selain banyak pilihan, terutama ketika jualan murah.
So rasanya tidak adalah hasrat sangat untuk berkunjung ke sini lagi pada masa akan datang. Mungkin ini kunjungan yang pertama dan terakhir … ha ! ha !
Namun nyangkut juga aku membeli seutas jam tangan lelaki berjenama yang harga asalnya RM499, tetapi aku cuma membayar RM149.70 untuk potongan sebanyak 70%. At least ada kenangan-kenangan berkunjung di JPO. Mungkin bagi peminat barangan jenama yang highclass merasakan ini syurga shopping bagi mereka
No comments:
Post a Comment