Walimatul Urus Anakku : Terima Kasih Semua

Entry ini aku adakan bagi menghargai saudara mara, rakan-rakan serta mereka yang hadir dalam Majlis Perkahwinan anak ke-2 aku, Abdul Rahman Hassan dengan Siti Zaleha Baharuddin pada 8 Januari 2014 di Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.

Pertamanya, maaflah kalau gambar tidak dipaparkan dalam entriku ini. Lagipun aku tidak mengupah jurugambar professional bagi merakamkan detik-detik malis serta kehadiran bagi setiap mereka yang hadir memeriahkan majlis.

Keluarga Terengganu
Aku memang teruja dengan kehadiran adik beradik isteriku serta keluarga dan pasangan dari Kuala Terengganu dan Besut. Maklumlah kebanyakkan mereka jarang-jarang sampai Putrajaya walaupun pernah sesekali-sekala singgah.

Ada yang hadir dengan rombongan yang menyewa van, datang sekeluarga dengan kenderaan sendiri serta naik bas.

Abang Mat serta famili, Che De Baba dan Keluarga Su Lan tunggu sampai pengantin datang, malah sampai petang.




Malah keluarga mertua Che De Babar dari Tongkang Pecah pun datang serombongan van. Mereka juga tidak sempat bertemu dengan Mek dan Ayah ( mertuaku ) yang pulang awal.

Saudara Mara
Ramai juga yang dapat hadir. Alhamdulillah, seronok tengok mereka berkumpul, dari Che Shahrom Kuala Terengganu sampailah ke Atok Singapura.

Teringat gurau nek Amah Singapura, besarnya rumah. Kenapa buat majlis kat sini. mana rumahnya. Mungkin beliau tidak puas harti sebab tak nampak rumahku. Ha .. ha

Ada yang sempat aku bagikan kad jemputan, ada yang pakai jemput melalui mulut atau berpesan pesan menerusi sedara mara yang lain serta tag dalam facebook.

Kekadang terfikir juga, yang jauh-jauh tu kalau tidak dijemput nanti 'terasa' hati dan kalau nak jemput nanti takut menyusahkan untuk datang jauh-jauh.

Geng Saujana Utama
Sebelum ini aku tinggal di Saujana Utama, iaitu sejak penghujung 2000 sampailah kepada pertengahan 2009.

Daripada hampir 80 kad jemputan yang aku hantar kepada kengkawan rapat masa di Saujana Utama, nampaknya tidak sampai separuh keluarga yang hadir.

Mungkin adala hal memasing tu, balik kampong atau ada program keluarga yang lain. Namun terima kasih kepada yang dapat hadir serta 'mengirim'.

Moga persahabatan tidak terputus.

Anggota Ofis
Ini yang sukar sebenarnya. Nak jemput camana sebab ada 150 orang dalam bangunan tempat aku bertugas. Kad jemputan hanya aku edarkan beberapa sahaja.

Yang lain jemput menerusi email, sama ada mereka yang sama dalam Bahagianku dan mereka yang terpilih daripada Bahagian lain, yang aku anggap agak rapat denganku.

Ternyata yang hadir kebanyakkan adalah mereka yang sering menerima undanganku dalam majlis-majlis lain seperti Rumah Terbuka Aidil Fitri. Yang pernah bersama juga ada hadir walaupun kad jemputan aku poskan sahaja.

Agak teruja juga sebab beberapa Pengarah bahagian di Ibupejabat Jabatanku turut hadir termasuk Dato' Timbalan Ketua Pengarah dan Pn Noriah ex-Boss Bahagianku yang telah bersara pada akhir 2011.

Kawan SAJOHA
Hanya beberapa keluarga rakan semasa sekolah di SMS Johor Kluang yang hadir khususnya yang tinggal di Lembah Kelang. Aku juga difahamkan ex-classmateku pun buat majlis seumpama di selatan tanah air.

Kehadiran mereka hanyalah atas jemputan dan hebahan menerusi Facebook SAJOHA SPM80. Nak hantar kad, bimbang alamat yang aku ada dalam yahoo group rakan batch sekolah ku ini tidak updated.

Dr Osman, kawan sekolah sejak rendah darjah Satu sampai sekolah menengah Tingkatan 5 pun hadir bersama famili. Sebelum ini hanya berbual menerusi telefon, kali ini dapat jumpa setelah lama tidak ketemu.

Agak teruja dengan kehadiran Dato' Prof Dr Musa Ahmad, TNC USIM yang merupakan senoir aku dulu dan kami pernah tinggal sebilik. Malah beliau juga kenal Che Abdul Halim Sulaiman yang katanya baru bermeeting sama di Negeri Sembilan beberapa hari sebelum ini.

Persembahan Kumpulan Du'a
Diadakan khas membuat persembahan pengisian bagi memeriahkan majlis. Namun Ustaz Amal yang juga merupakan bapa kepada dua daripada ahli kumpulan ) tidak dapat hadir.

Perancangannya, Ustaz Amal akan mengepalai sambutan ketibaan romgongan masuk pengantin dengan selawat beramai-ramai ( sempena bulan Maulud ) yang diturut dengan bacaan doa.

Persembahn Du'a tidak menghampakan walaupun nampak mutu sistem PA yang kurang berkualiti sesekali-sekala menenggelamkan suara berbanding musik yang mengiringinya.

Yang Lain-Lain
Selain tu rakan-rakan anak-anakku, tetapi hanya beberapa group sahaja.

Juga turut dijempjut hadir anak-anak Yatim Darul Ruqyah, Sungai Merab bersama guru pengiringnya.

Turut hadir geng-geng AJK Surau SMK Presint 14(1).


No comments:

Post a Comment