Lepas solat subuh, berehat sambit lihat apa yang belum dikemas lagi. Pergi dengan dua beg. Kini jadi 4 beg. Satu daripadanya ‘mengembang sekali ganda’. Satu beg kecik isi kitab semata. Apakah akan bertambah bila singgah ke Jakarta hari ini ? Duit Rp masih ada lagi.
Lepas sarapan, bersiap checkout daripada hotel. Sebelum bertolak bergambar ramai depan hotel sebagai kenangan. Satu van ditukar kepada yang lebih besar lantaran bimbang tidak muat nak masuk barang. Memang betul tu.
Singgah Kedai Kek Kartika Sari
Dikatakan terkenal dengan kek lapis serta beberapa jajan yang boleh dijadikan ole-ole pulang ke tanah air.
Rupanya ada banyak cawangan, namun begitu hanya terdapat di Bandung. Tempat lain di Indonesia tidak ada. Yang kami singgah adalah di Jalan Kebun Jukut.
Apakah nama Kartika Sari ini merujuk kepada anak bekas Presiden Indonesia Pertama iaitu Kartika Sari Dewi Sukarno ?
Selain kek serta pisang goreng, aku mencuba beberapa ole-ole pelik seperti dodol durian belanda. Harganya murah sahaja, kalau tak ‘lalu’ nak makan, boleh buang sahaja … huhu
Memang terdapat macam-macam jualan di sini. Kreatif tentang makanan orang Indonesia ni. Mungkin lantaran dengan orang Malaysia kita serumpun, kalau tentang kerepek tu lebih kurang sahaja kot.
Kehidupan Pak Jajat
Kehidupan sebagai Pak Supir atau Pemandu Pelancung di Bandung mungkin tidak banyak bezanya dengan pemandu atau tourist guide di negara lain. Pak Jajat tinggal di pinggir bandar dan kekira 30 minit perjalanan dengan bas.
Mempunyai 4 orang anak, dua masih belar dan dua telah berkeluarga. Anak-anak beliau tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti disebabkan keterbatasan kewangan. Nak dapat bantuan kewangan pendidikan pun kena result periksa yang bagus katanya.
Dengan kelulusan macam SPM di Indon, dua anak beliau berpendapatan sekitar Rp3juta sebulan sebagai kakitangan kerajaan. RP3 juta lebih kurang RM900 sahaja. Apa boleh dapat dengan nilai tersebut ?
Kesusahan dan usaha warga Indon untuk mendapatkan biaya sara hidup dapat dilihat menerusi pelbagai usaha yang dilakukan demi mendapatkan wang. Selain daripada apa yang diceritakan sebelum ini, kewujudan pembantu parking yang mengharapkan sumbangan ihsan pemandu kenderaan sebagaimana terdapat di Malaysia boleh dilihat di merata tempat.
Pendek kata Pak Jajat terpaksa menyediakan sekadar Rp2,000 barangkali untuk diberikan kepada setiap mereka yang membantu untuk kita keluar daripada parking.
Tentang Pengangkutan
Kereta buatan Jepun atau Toyota nampaknya mendominasi atas jalan raya. Ada sekali dua nampak kereta Proton BLM.
Avanza 1.3 Automatik boleh didapati dengan harga Rp 173juta atau Inova baru ( di sini dipanggil Kijang ) boleh didapati pada harga dari Rp 260 juta. Macam lebih murah berbanding di Malaysia ?
Pelbagai jenis pengangkutan awam digunakan. Macam mereka tidak seragamkan bentuk dan warna seperti di Malaysia. Agaknya ikut memasing syarikat pengusaha.
Melihat daripada keadaan jalan khususnya di pusat bandar Bandung yang sentiasa sesak menunjukkan Indonesia bukanlah negara yang susah. Jika tidak bagaimana boleh banyak kenderaan di atas jalan raya. Bukan begitu ?
Istilah Jawa
Di Bandung yang memang di atas Pulau jawa, pelbagai istilah sama digunakan oleh masyarakat Jawa di Malaysia. Antara yang dapat aku fahami apabila berbual dengan Pak Jajat serta yang terdapat di papan tanda ialah gede ( besar ), banget ( sangat ), wetan ( utara ), batas ( had, sempadan ), sugih ( kaya ) dan pelbagai lagi.
Namun yang terbesar dan meluas di Bandung ialah bahasa Sunda. Jawa kira minoriti. Cuma Pak Jajat memang orang Jawa.
Jambatan Posapati
Boleh dikatakan merupakan salah satu landmark Bandung yang juga merupakan perhubungan yang penting.
Beberapa kali melewati jambatan ini semasa di Bandung. Apa yang menariknya ia merentas kawasan rumah-rumah yang padat di Bandung. Macamanalah pembinaannya dahulu kerana aku berkeyakinan, perumahan tersebut wujud sebelum jambatan dibina.
Tiba Jakarta
Perjalanan Bandung-Jakarta dikira lancar sahaja. Tiada halangan semasa menggunakan lebuhraya yang menghubungkan dua bandar tersebut. Selamat Tinggal Bandung.
Memasukki Bandaraya Jakarta tidaklah sesak sebagaimana dijangkakan berdasarkan cerita orang. Ataupun yang aku alami semasa tiba Jakarta tempohari ketika menuju ke Bandung. Mungkin sebab hujung minggu atau ramai yang keluar dari Jakarta bercuti hujung minggu yang agak panjang.
Terdapat banyak juga bangunan tinggi-tinggi kelihatan dalam perjalanan kami ke pusat membeli belah Thamrin City. Mungkin Jakarta tidak memerlukan bangunan pencakar melangit memandangkan kejadian gempa bumi dan gunung berapi yang sering berlaku di Indonesia.
Asalnya hendak ke Mangga 2, tetapi berubah kerana dikatakan Mangga 2 sudah lama, sesak dan agak kurang bersih berbanding Thamrin City yang masih baru. Entahlah .. follow saja.
Pusat Shopping Thamrin City
Kata Pak Jajat, ia mengambil sempena nama pahlawan Indonesia dulu-dulu. Sebagai tempat shopping memang besar giler. Nak dibandingkan dengan The Mall atau One Utama di Malaysia, mungkin setara.
Memasuki pintu utama tertera ‘kawasan bebas rokok’. Pelbagai gerai pakaian mula kelihatan. Jalan-jalan sambil menuju tandas, aku mulai terasa panas di dalam. Mungkin aircond tidak dibuka atau tidak kuat.
Ada 8 tingkat dengan wing kiri dan kanan yang turut dilengkapi dengan tangga, lift dan escalator. Namun yang geramnya, kebanyakan lelaki penjual tidak lekang di tangannya dengan rokok yang berasap. Terasa lemas dengan asap rokok.
Lunch di Food Court Tingkat 4. Ha .. ha … dapatlah rasa sup bontot dengan nasi putih. Boleh tahan sedapnya. Memang benar kata Pak Jajat, sebenarnya sup ekor lembu.
Kemudian solat Zuhor-Asar di surau yang disediakan. Nak ceritanya, seolah-olah menjadi satu yang biasa di Indonesia ruang solat adalah campur untuk lelaki dan perempuan, tanpa sebarang sekatan.
Bagi kita orang Malaysia tentunya tidak selesa. Perangai begini sampai terbawa-bawa bagi orang Indonesia apabila berada juga di Mekah. Patut pun …
Beli juga beberapa barangan kenangan sambil menghabiskan tunai yang ada dalam tangan. Jumpa juga baju batik yang aku kira corak atau motifnya tidak terlalu keIndonesiaan. Sebagai kenag-kenangan.
Kembali Ke Airport
Jam 4 petang kami berkumpul semula di hadapan bangunan Thamrin City dan seterusnya menuju ke Airport. Kira-kira 30 minit perjalanan, sampailah kami.
Kami check-in barangan secara berkumpulan bagi memastikan tidak lebih berat dan dikenakan bayaran tambahan.
Sebaik memasuki kawasan menunggu, aku berehat sahaja menantikan masa untuk menaiki flight. Nak membeli lagi, duit Rp sudah tinggal beberapa ribu sahaja. Lagipun tidaklah terasa lapar sangat. Beberapa hari di Bandung asyik makan berat siang dan malam sahaja.
Tiba KLIA2
Flight lewat setengah jam, sempatlah kami untuk solat Maghrib-Isyak di surau yang disediakan. Sekali lagi, bercampur lelaki perempuan. Kalau buat di Malaysia, apa kata Majlis fatwa negara ?
Tiba KLIA2 terasa penat. Tambahan kena berjalan jauh giler dari gate flight stop untuk ke tempat tuntutan bagasi. Kenapalah tidak sediakan eorotrain dan banyak escalator macam di KLIA ? Atau bas macam di Jakarta ?
Aku terkejut apabila beg barangan dibuka dan kena declare apa yang dibeli kepada pegawai kastam ketika melalui kawasan pemeriksaan kastam. Lebih mengejutkan bila aku kata beli kitab, dia kata ni nak kena rujuk JAKIM. Dibimbangi ada pengaruh Syiah.
Aku kata buku biasa saja malah terdapat dijual di Malaysia. Cuma di sana murah sikit. Namun sebab beli kurang dari 10 unit, maka aku dilepaskan. Betul ke begitu ?
Bertukar Beg
Sedang berkemas setelah sampai rumah, tetiba aku menyedari yang aku tersilap ambik beg. Maksudnya aku terambil beg orang, beg yang aku wrap dengan plastic di Airport Jakarta tadi. Dah di wrapped, rupa nak sama aje dengan orang lain. Lantas aku dan isteri bergegas kembali ke KLIA2 untuk mendapatkan kembali bag sebenar kami.
Alhamdulillah, bag kami sudah berada di atas troli di ruang ‘Tuntutan Beg’. Setelah memaklumkan kepada petugas di situ kami membawa pulang beg kami yang sebenar. Lega terasa… kalau ambik beg orang pun apa faedahnya ? Bukan ada jongkong emas !!!
Kesian pulak kepada orang yang kami terambil begnya. Patutnya tadi kalau benar-benar pegawai Kastam nak chek beg kami, dari situ sudah perasan yang kami tersilap ambil beg. Huhu .. Tak sempat nak tidur rehat, lantas kami bertolak pulang ke Terengganu untuk menghadiri Majlis Walimatulurus anak sedara di Besut Terengganu.
Nak Ke Bandung Lagi ?
Kalau pakej murah ok juga. Rasanya kunjungana aku ini lebih kepada untuk shopping. Kalau datang lain kali, factory outlet tolak ke tepi. Seharian kalaupun tidak setengah hari di Pasar Baru dan kedai kitab sudah cukup. Lain masa ke tempat menarik lain yang boleh dikunjungi seperti muzium, masjid dan zoo ... ops !!!
No comments:
Post a Comment