Nampaknya roti yang aku bawa dari Malaysia masih merupakan juadah tersedap untuk dinikmati sehingga kini. Malangnya hotel tidak menyediakan cerek letrik, kecuali sewa USD15 sehari. Dahlah bawak keluar apa-apa yang dalam fridge terus discan kena bayar, letak makanan kita dalam fridge pun kena bayar USD15. Giler, agaknya suroh kita minum-minum sambil berjudi di Ground Floor kot ?
Las Vegas memang terkenal dengaan perjudiannya. Ia merupakan industry yang dibenarkan di Las Vegas sejak tahun 1930an. Kini banyak pembinaan hotel diintegrasikan dengan aktiviti perjudian ini. Di tingkat bawah hotel penginapanku pun tidak ketinggalan.
Ulang alik ke persidangan dan bilik penginapan, aku sendiri terpaksa melalui kawasan perjudian tersebut. Tak boleh nak elak dah.
Sesekali terdengar suara orang bersorak menjerit. Agaknya kegembiran kerana menang judi. Selalunya senyap aje, agaknya banyak yang kalah dari yang menang.
Kekadang terfikir, camana syarikat judi boleh untung ? Mesti ada manipulasi disebaliknya. Tengok orang main pun, aku bukannya boleh faham.
Mungkin kerana perjudian serta ‘adult entertainment’, Las Vegas dipanggil sebagai Sin City serta The Entertainment Capital of the World. Las Vegas merupakan kawasan lembah yang dikelilingi gunung ganang yang dogol. Kekadang terasa macam di Arab Saudi sahaja.
Las Vegas merupakaan ibu negeri bagi Nevada dan menjadi antara kota tumpuan utama pelancong dunia, termasuk untuk perniagaan, mesyuarat dan persidangan. Mugkin benar memandangkan dari biliku sendiri setiap minit ada flight mendarat dan berlepas.
Difahamkan, dalam kawasan kota Las Vegas, penduduknya sekitar 600ribu orang. Majoritinya adalah mat salleh kulit putih dengan bahasa Sepanyol ( Hispanic ) sebagai bahasa kedua.
Hotel penginapanku hanya di sebelah jalan yang dipanggil sebagai Las Vegas Strip. Ia merupakan jalan utama sepanjang 6km dengan pelbagai tarikan dan mungkin ‘hidup’ sepanjang malam. Agak sejuk jalan waktu malam, khabarnya sekitr 16C. Anginnya yang buat aku makin tak tahan.
Singgah lihat-lihat kedai souvenir, mula mencongak akan ole-ole yang nak aku beli dan bawa balik. Semuanya main sifir 3.6 dalam kepalaku. Kalau USD1 maknnnya = RM3.60, pergh !!! USD10=RM36 dan USD100= RM360 !!
Aku berpeluang melihat air pancut berirama di hadapan sebuah hotel berdekatan. Ia dimainkan setiap 15 minit antara 9malam hingga 12 malam. Agak menarik.
Sempat juga aku merakamkan sebahagian daripada persembahan tersebut.
Juga melihat volcano berirama di hadapan sebuah lagi hotel bersebelahan. Walaupun ianya merupakan pertunjukan percuma, namun ia menjadi tarikan bagi pejalan kaki malam.
Aku dibawa ke suatu bangunan yang unik senibina dalamannya, The Grand Canal Shoppe.
Di suaru sudut, walaupun ketika itu jam 11.00malam, namun suasananya kelihatan seperti siang sahaja. Ia dipanggil ‘The Heaven’ yang kononnya mengambarkan syurga yang tidak pernah ada malam.
Banyak struktur yang seolah-olah meniru daripada dunia lain. Antaranya Statue of Liberty ( New York ), Spinx ( Mesir ) dan Eifel Tower ( Perancis). Mungin ada lagi yang aku tak ketahui.
Apakah Las Vegas tercari-cari identity untuk mereka. Atau untuk menunjukkan bahawa dunia berada di Las Vegas.
Mencari kedai jualan makanan yang halal memang tidak ketemu. Menerusi internet ada, tetapi agak jauh. Begitu juga dengan masjid-masjid. Ada juga orang Islam di Las Vegas. Apa mata pencarian mereka ? Tak kan terlibat dengan industri judi jugak.
Selain taxi dan bas, terdapat monorail sebagai pengangkutan awam. Tetapi rasanya untuk kawasan-kawasan tertentu sahaja.
Namun semua taxi nampaknya agak canggih, dilengkapi dengan kemudahan pembayaran tambang dengan kad kedit dan resit dikeluarkan.
No comments:
Post a Comment