Kalau nak ikutkan, ke Pulau Langkawi yang paling selesa ialah menaikki kapalterbang. Bukan mahal sangat pun tambangnya sekarang, terutamanya kalau beli tiket awal.
Tetapi kali ini, aku nak cuba satu yang baru diperkenalkan iaitu ETS atau Electric Train Service ke utara oleh KTM Berhad. Pernah naik Komuter KTM sebelum ini, tetapi sampai Batu Gajah Perak sahaja.
Perkhidmatan ini sebenarnya telah bermula sejak Februari 2015. Kini ia menjadi pilihan pengangkutan ke utara, sehingga Padang Besar termasuk untuk ke Pulau Langkawi. Mungkin kerana masih baru, coach atau gerabak masih bersih dan baru, tempat duduk bersih dan selesa yang menjadikan perjalanan cukup selesa.
Berhawa dingin, ada tayangan video, wifi percuma yang laju dan tempat meletak barang, selain tandas yang luas dan bersih tetapi unisex. Maknanya tidak membezakan tandas wanita dan lelaki, guna tandas yang sama..
Kantin juga disediakan. Tetapi harga makananya agak mahal. Kalau ikutkan, tidak dibenarkan makanan luar di bawa masuk. Namun belasah ajelah.
Surau juga disediakan. Cukup muat untuk dua orang sekali solat. Seperti juga tandas, surau juga jenis uni-sex. Namun agak sukar untuk berdiri betul ketika solat, ketika ETS bergerak dan bergoyang-goyang.
Perjalanan dari Kuala Lumpur Sentral ke Arau mengambil masa kira-kira 6 jam. Bertolak 9.30pagi dan sampai stesen Arau jam 3.30. Kadar tambang RM 76 sahaja.
Satu keistimewaan menaiki ETS ialah dapat menikmati pemandangan luar yang menarik. Dari bandar, pekan, perkampungan serta ladang-ladang kelapa sawit serta sawah yang luas terbentang.
Kira oklah sistem pengangkutan ETS ni. Pengalaman yang menarik. Harap dapat sesama mengekalkannya, sama ada pihak KTMB serta penumpang juga.
No comments:
Post a Comment