Teruja dengan satu tarikan yang katanya sudah lama wujud, sejak Oktober 2014 di Lukut, Port Dickson. Terdapat kekira 50 lukisan 3D dalam beberapa unit deretan bangunan rumah kedai 3 tingkat di Jalan Dataran Segar, Lukut.
Sebab pernah pergi yang seumpamanya di Langkawi yang dibuka Feb 2015 tetapi lebih besar dengan 200 lukisan, terasa terdapat beberapa lukisan yang kelihatannya hampir serupa. Mungkin pelukisnya yang sama.
Namun menarik juga dengan apa yang ada di sini. Cuma jangan malu-malu beraksi merakamkan kenangan berdasarkan tips yang disediakan.
Setaip gambar ditandakan cadangan kedudukan kamera semasa mengambil gambar agar hasil gambar yang berkesan dapat dihasilkan.
Terasa pulak macam senang buat duit dengan cara ini. Sewa atau beli beberapa unit kedai, hiasi dengan lukisan 3D di dalamnya, buat iklan dan panggil orang ramai datang mengunjungi. Lukisan boleh ditukar ganti dari semasa ke semasa.
Namun agakanya bagaimana lukisan ini dihasilkan. Apakah sebab jenis warnanya dakwat ? Besar saiznya atau macaman >
Cuma terasa mahal juga dengan tiket masuknya RM20 untuk dewasa danRM15 untuk kanak-kanak. Patutnya RM15 untuk dewasa sudah memadai dan RM10 untuk kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment